Aku apabila sudah malas, ilham datang bertalu-talu pun tiada mood untuk curahkan dalam bentuk penulisan. Sejak sabtu lepas entah apa yang melandai diri aku pun tak tahu. Asyik tidur saja. Antara aktiviti harian aku kebelakangan ini:
-
5.30 am: Bangun pagi, lepak-lepak depan laptop, Solat , Tidur semula -
11.00 am: Sarapan (jika bangun), Online ym, jika tiada yang layan..offline, tidur -
1.00 pm : Terjaga sebab rimas, mandi, Online ym, jika tiada yang layan..offline, check torrent downloads, tonton mana-mana dvd movies yang sudah siap didownload, baca blogs, forums, check maybank2u dan cimbclicks, blog surfing lagi..mata letih, tidur -
4.00 pm – Terjaga, makan jika lapar, lepak depan laptop, Online ym, jika tiada yang layan..offline, taip penambahan dua tiga perkataan dalam novel, mata jadi berat..bla bla bla bla
Ahh sudahlah! Bosan.. tengok tu! nak habiskan menaip aktiviti harian pun malas. Mungkin tiada yang menarik dalam hidup aku sekarang sejak tidak lagi bekerja ikut rutin pejabat. Barulah aku merindui kembali cabaran bekerja seperti orang lain dahulu tetapi jika difikirkan kembali.. no turning back. Aku telah nekad, bersusah payah untuk mengambil jalan ini. Perancangan harus diteruskan.
Mungkin apa yang aku perlukan adalah masa untuk bersantai. Sudah lama tidak bercuti mahupun berfoya-foya. Inilah masanya untuk melihat keindahan dunia luar. Memerap saja di rumah mungkin telah membuatkan hidup aku malap, tiada warna sebegini.
Ya! aku mengambil keputusan akan pergi bercuti selama dua minggu untuk refleksi dan rejunivasi semula diri. Destinasi pertama mungkin ke KL . Dengar-dengar member aku nak shooting iklan. Mungkin join mereka sekejap. Seterusnya belum dirancang lagi. Barangkali mengembara sekitar destinasi menarik di Malaysia. Jika kalian ada idea tempat-tempat menarik yang sesuai untuk relaksasikan tubuh dan minda, sila kemukakan.
Dengan ini, aku declare blog Corey Alias: Melankolia Seorang Philophobic akan hiatus selama dua minggu. InsyaAllah, Jika ada akses internet atau semangat kerajinan muncul, aku akan update di mana-mana destinasi nanti. Perjalanan akan dimulakan Jumaat ini.
Tata!