Sekarang ni musim blogger buat awards eh? satu demi satu aku terima. Ini salah satu cara mereka meraikan sesuatu pencapaian peribadi dan juga sebagai satu penghargaan kepada rakan bloggers yang lain yang setia mengikuti perkembangan mereka di blogosphere. Award di sebelah ini telah diterima dari Rizz, seorang jejaka bertubuh langsing. Seperti sesetegah rakan bloggers yang lain, aku belum berkesempatan bertemu di luar. Beliau tampak peramah dan berjiwa santai. Satu hari bila tiba masa kita akan ketemu jua. Kasih Rizz atas anugerah ini. Terima kasih juga atas perkongsian paparan pengalaman hidupmu saban hari. I’m lovin’ it!
Award di sebelah kanan ini pula diterima dari Cik Suci Qiellah yang sinonim dengan gelaran Ratu Putus Fius, sangat obses terhadap lesung batu. Beliau turut mempunyai personaliti hangat, kelakar tetapi tegas dalam pendirian. Boleh dilihat dari riak dan raut wajahnya namun aku tahu jauh disudut hatinya beliau juga seperti gadis yang lain yang punya rasa yang rapuh dan jiwa yang lembut lagi penyayang. Terima kasih Qiellah! Harap satu hari dapat bertemu di alam nyata.
Sesiapa yang belum dan ingin mengenali Rizz dan Qiellah lebih intim sila ke blog mereka di :
Rizz: http://rizzirhamy.blogspot.com/
Qiellah: http://luahan-bersahaja.blogspot.com/
Selamat berkenalan!