Farewell 2009

Salam Aidilfitri buat semua umat Islam, khususnya buat rakan-rakan dan follower blog coreyalias. Ku susun sepuluh jari mohon kemaafan jika sepanjang penglibatan seorang Corey Alias ini di dunia blog ini ada tercetus ketidakpuasan hati dan salah silap yang mungkin menyinggung kalian sama ada sedar atau tidak. Aku hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari sebarang kekhilafan.
Maaf jua kepada rakan-rakan blog yang telah mendedikasikan e-kad buatkutetapi tidak sempat ku paparkan dan balas.. Ingatan tulus ikhlas kalian amat aku hargai. Cuma masa dan keadaan kebelakangan ini tidak mengizinkan aku untuk menumpukan perhatian sepenuhnya ke atas blog ini.
Semoga kalian semua menyambut kedatangan syawal ini dengan penuh ceria dan syukur bersama keluarga dan sahabat handai tercinta. Kepada perantau yang pulang berhari raya di kampung halaman, aku doakan selamat berangkat pulang ke desa dan selamat kembali ke Ibukota.
Semoga kita ketemu lagi…
Wassalam.

Setelah dijaga sekian lama akhirnya masa sampai masa untuk menuai tapak semaian lalang dan semak samun yang semakin subur di halaman rumah.
Pada mulanya aku ingat mahu tebas sendiri tetapi kerap tertangguh dek kesuntukan masa, disamping kemalasan yang terkadang menerpa. Nak exercise konon. Harapan sajalah.
Terima kasih Rasheed, yang gigih membunyikan loceng basikalnya di luar gate membangkitkan aku dari lena. Pandai bangla ni mencari duit lebih di rantauan berbekalkan mesin rumput, penyapu dan basikal.
Terbang juga RM tapi puas hati. Barulah lapang mata dan minda.
Hmmm bolehlah buat barbecue nanti. ![]()

Kebelakangan ini aku terlalu sibuk melayani kerenah dan tuntutan kehidupan sehingga tiada masa untuk menulis walhal banyak darinya boleh sahaja dijadikan material blog.
Akibat kekurangan masa untuk online, material tersebut akhirnya menjadi bahan basi, sudah tidak ghairah lagi untukku kongsi di sini. Adakalanya pula bersedia diluahkan tetapi ilham pula tiada untuk diterjemahkan di dalam bentuk penulisan.
*sigh*
Terkadang bilamana membaca entry gathering berbuka puasa di blog rakan-rakan timbul juga perasaan makan hati dan sedikit cemburu kerana tidak berpeluang/ tiada kelapangan / halangan komitmen peribadi.
Teringin untuk turut serta dan kembali bersosial seperti dahulu tetapi apakan daya…belum sampai masanya. Aku telah bertekad untuk lebih gigih melaksanakan komitmen yang masih belum selesai itu. Jadi, hendak tak hendak aku harus kuatkan diri dan bersabar.
Tidak lama lagi wahai rakan-rakanku…tidak lama lagi.
Kita pasti bersua jua akhirnya…

31 Ogos kembali lagi. Bagi seluruh anak Malaysia pasti tidak akan melupakan tarikh keramat ini. Tarikh ini bukan sekadar hari cuti umum, bukan hanya peluang untuk berlibur sepanjang malam, bukan cuma detik penantian dentuman dan pancuran bunga api.
Inilah masa untuk kita refleksi kembali perjuangan Bapa-bapa nusa kita dahulu yang telah banyak berkorban menabur jasa untuk kita mengecapi kebebasan ini. Jangan disia-siakan anugerah pusaka ini.
Walau ada segelintir yang punya rasa tidak senang, Kenikmatan hidup di Malaysia, tanahair bertuah kita ini tidak mungkin dapat dibandingi. Sorotilah serata dunia. Adakala mungkin tercuit konflik tetapi kembali utuh tanpa tergadah.
Merdekakan minda, Jangan alpa. Silap langkah, negara tergadai. Maklumlah, Lumrah manusia apabila sudah kehilangan sesuatu barulah dikenang, dihargai.
Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-52 buat seluruh warga Malaysia. Kibarilah Jalur Gemilang sebagai simbol kesetiaan dan kebanggaan kita sebagai anak Malaysia tercinta…

Mudah bukan soalan-soalan kuiz di atas? Sebagai rakyat Malaysia, bumi bertuah yang telah 52 tahun di anugerahi nikmat kemerdekaan ini sudah tentu tidak sukar menjawabnya.
Anda boleh turut sama menyebarkan kempen iLoveMalaysia ini di blog anda. Klik banner REFER & WIN di atas atau di SINI. Dengan hanya mendaftar borang pendaftaran mudah anda juga berpeluang memenangi hadiah utama berupa iPHONE 3GS melalui cabutan bertuah yang akan di pilih oleh pihak Exabytes secara rawak.
Selain dari itu, hadiah saguhati berupa External Hard disk
Western Digital My Passport Essential 320GB turut bakal dimenangi oleh 10 pemenang terpilih.
Oh ya! JANGAN LUPA.. di dalam ruang Referrer's Email borang pendaftaran tersebut masukkan emailku brocorey@gmail.com. Manalah tau rezeki kita sama-sama bertuah dapat memenangi iPHONE 3GS :)
Tetapi yang paling penting, kita dapat turut sama terlibat dalam menyebarkan kempen iLoveMalaysia ini. Motif dan niat utama kempen ini sebenarnya adalah untuk mengembangkan semangat kecintaan terhadap negara kita, Malaysia yang tercinta. Hadiah hanya sekadar bonus.
Selamat menyambut Hari kemerdekaan yang ke 52.
MERDEKA!
P.S Entry ini akan kekal dalam sticky mode sepanjang kempen iLoveMalaysia ini. Lunsur ke bawah untuk membaca entry baru.

Proudly powered by Blogger.
Entries (RSS) and Comments (RSS).
Angel Blogger Template by Hajunik.
Original Angel WordPress Theme by Blog Oh Blog