Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts
Posted on Tuesday, July 21, 2009

Penghargaan ChekdeNoor & Award dari Arif Rusli

Gambar di atas adalah pemberiaan Chekdenoor sebagai penghargaan kepada teman-teman yang setia mengunjungi dan berinteraksi di blognya.

Hidup memang tiada makna tanpa persabahabatan. Di zaman serba canggih ini persabahatan bukan hanya perlu dijalin di dunia luar tetapi juga di dunia maya ini, malah dengan bantuan teknologi internet, rangkaian persahabatan akan lebih meluas lagi.

Terima kasih Chekde atas penghargaan ikhlas ini. Tersentuh rasa.

Jika kalian yang belum dan ingin mengenali wanita gigih ini sila ke blog beliau di http://chekdenoor.blogspot.com

 

award-awesome_buddy_hannie1 Award di atas pula datangnya dari salah seorang blogger kegemaran aku, Encik Arif Rusli. Terima kasih ya!

Eh ada disertakan sekali dengan tag pula. Aku jawab fakta yang pertama saja boleh tak? Soalan fakta diri tu dah jawab banyak kali dah dalam tag sebelum ni. Malas nak ulang takut rugi dakwat keyboard ni. Jangan marah ya sebab break the chain hehe.

NYATAKAN LIMA FAKTA MENARIK TENTANG PEMBERI AWARD INI:

   1. Awet muda
   2. Blogger tegar 
   3. Budak UITM Shah Alam
   4. Pencinta Kucing
   5. Masih single (ye ke?) 

Mari kita terjah ke blog beliau di http://arifrusli.blogspot.com

Tata


Posted on Tuesday, July 07, 2009

Awards dari Fatin & Precious

Terima kasih Fatin atas award di atas. Maaf kerana lambat claim atas kesibukan yang menjurus kealpaan :)

Kepada anda yang belum dan ingin mengenali Fatin lebih lanjut sila ziarahi blognya di http://fatinbaharum.blogspot.com/

Award di bawah pula diterima daripada kenalan baru yg dikenali sebagai Precious aka Queen. Award ini disertakan sekali dengan tag. Akanku cuba menjawab seberapa yang mampu, maklumlah terkadang aku sendiri agak samar jika ditanya soalan-soalan peribadi.

1. Copy badge "Vespa Blogger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.

  1. - siap!

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

- Diterima daripada Precious seperti dinyatakan di atas.

- Sila ke blognya di http://lili-precious.blogspot.com/

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya(anda di-tag).

- seorang philophobic

- gemar membaca

- mudah simpati dan percayakan insan lain

- self-conscious

- pemaaf

- mudah bosan dengan rutin

- kerap mengalami sindrom time-lagged

- suka berimaginasi

- gemar menganalisa insan lain

- minat memasak dan makan tetapi alah pada daging lembu, kambing serta semua kategori daging yang berasal dari haiwan berkaki empat.

4. Anda perlu memilih 6-7 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

- Sabar dulu ya.

Sekian, Terima kasih :)


Posted on Friday, May 15, 2009

Lagi Award dari Rizz & Qiellah

rizzaward

Sekarang ni musim blogger buat awards eh? satu demi satu aku terima. Ini salah satu cara mereka meraikan sesuatu pencapaian peribadi dan juga sebagai satu penghargaan kepada rakan bloggers yang lain yang setia mengikuti perkembangan mereka di blogosphere. Award di sebelah ini telah diterima dari Rizz, seorang jejaka bertubuh langsing. Seperti sesetegah rakan bloggers yang lain, aku belum berkesempatan bertemu di luar. Beliau tampak peramah dan berjiwa santai. Satu hari bila tiba masa kita akan ketemu jua. Kasih Rizz atas anugerah ini. Terima kasih juga atas perkongsian paparan pengalaman hidupmu saban hari.QILAHaward I’m lovin’ it!

Award di sebelah kanan ini pula diterima dari Cik Suci Qiellah yang sinonim dengan gelaran Ratu Putus Fius, sangat obses terhadap lesung batu. Beliau turut mempunyai personaliti hangat, kelakar tetapi tegas dalam pendirian. Boleh dilihat dari riak dan raut wajahnya namun aku tahu jauh disudut hatinya beliau juga seperti gadis yang lain yang punya rasa yang rapuh dan jiwa yang lembut lagi penyayang. Terima kasih Qiellah! Harap satu hari dapat bertemu di alam nyata.

Sesiapa yang belum dan ingin mengenali Rizz dan Qiellah lebih intim sila ke blog mereka di :

Rizz: http://rizzirhamy.blogspot.com/

Qiellah: http://luahan-bersahaja.blogspot.com/

Selamat berkenalan!


Posted on Thursday, May 14, 2009

Award dari Pojie Pooh

pojie sweetiest blog award

Siang tadi Pojie telah menganugerahkan Sweeties Blog Awardnya pada aku. Terima kasih Pojie atas penghargaan dan memilih aku sebagai salah seorang penerima anugerah berprestij ini. Aku kerap juga melawat blog pojie dan sesekali berkongsi rasa aku di dalam ruangan komen tetapi masih belum berpeluang mengenali lebih intim. Mungkin satu hari jika tiada aral kita akan ketemu jua.

Sesiapa yang belum atau ingin mengenali Pojie Pooh ini silalah ke blog beliau di http://pojiepooh.blogspot.com .


Posted on Thursday, May 07, 2009

Award from Eazy

Aku baru terjaga dari tidur ni. Masih mamai dari kesan ubat batuk dan selsema. Kerja aku tidur tidur tidur dalam 2 hari ni. Demam dah kebah tapi masih gatal-gatal tekak. Terlepas nak baca blog-blog rakan. Kekadang cemburu juga mereka ni gigih dan punya masa untuk menulis walaupun ada yang sibuk belajar dan bekerja di pejabat. Aku yang bekerja sendiri pun tidak mampu menjana ilham dan punya masa terluang seperti itu. Kalau tak sibuk, aku sakit. Itu saja rutin aku.

Oh ya tadi aku terima Bestest Follower Award dari Eazy Izzuddin. Ada syarat, Macam tag pula. Sebelum ni pernah juga aku terima award-award dari bloggers lain tapi tak berkesempatan nak buat. Maaf ya pada sesiapa yang awardnya aku masih belum claim. Kalau boleh, tolong ingatkan aku semula.

1) Copy paste Award ini di blog anda setelah mendapatnya dan buat entry as if it is a grammy award, hehe =P

- dah paste kat atas tu. Ok tak? :)


2) Berikan 5 sebab yg munasabah mengapa, kenapa, why.. anda memilih blog ini sebagai blog ikutan anda.. Lebih kurang, apa yang membuatkan anda jatuh hati pada blog ini, hehe, geetu~ Pastikan 5 tau!! Di larang sama sekali kurang, lebih takpe..=P

i) Sebab blog Eazy best!
ii) Sebab Eazy mesra
ii) Sebab Eazy peramah
iv) Sebab Eazy ceria
v) Sebab Eazy kendu.

Hehe harap boleh diterima sebab-sebab ni. Kepala tengah pusing tak boleh fikir lurus.

3) Please let me know when you've done it!!

- Ok jap lagi kita calling-calling.