Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts
Posted on Sunday, May 17, 2009

…Dan Juara Akademi Fantasia Musim Ke Tujuh Jatuh Kepada…

TAHNIAH HAFIZ!

Kedudukan AFUNDI sebelum konsert bermula:

Hafiz - 44%, Aril - 22%, Yazid - 15%, Akim - 13%, Isma - 6%

Kedudukan AFUNDI selepas undian ditutup:

Hafiz - 46%, Aril - 22%, Akim - 18%, Yazid - 9%, Isma - 5%

Walaupun persembahan Hafiz agak kurang menyerlah dengan impak yang minima tetapi aku tidak salahkannya 100%. Ini Konsert Akhir, selama sembilan minggu sudah pasti semua sudah ketahui dan yakin dengan kelebihan anak muda berasal dari Sarawak ini. Rata-rata telah menyakini dan memilihnya sebagai juara di hati masing-masing sedari awal lagi. Selamat datang ke industri hiburan Malaysia, Hafiz. Di situlah cabaran sebenar bermula. Masamu telah tiba. Gear up!

Aku tak pasti sama ada akan membuat ulasan penuh Konsert akhir AF7 ini atau tidak kerana segala-galanya telah terungkai. It would not matter anymore. Apa yang aku inginkan telah pun menjadi kenyataan. Perjuangan telah selesai. Yang penting selepas ini aku sudah boleh menjalani hidup aku dan berkarya dengan tenang. Itu yang paling bermakna bagi aku.

Namun begitu, jika sisa-sisa mood AF aku masih ada  aku mungkin akan cuba membuat ulasan penuh esok. Buat masa ini satu perkataan yang boleh aku katakan untuk menggambarkan keseluruhan konsert adalah – HAMBAR. Lagu-lagu baru yang sepatutnya menjadi umpan pertama untuk mereka mencipta nama kedengaran tidak mesra telinga. Seolah pilihan tangkap muat.

Tahniah juga kepada:

ARIL (Naib Juara)

AKIM (3rd)

YAZID (4th)

ISMA (5th)

Kalian tetap juara di hati penyokong masing-masing. Gelaran juara bukanlah segala-galanya. Persaingan sebenar adalah di luar sana. All the best!

Selamat mewarnai industri hiburan tanahair buat semua.

Kredit foto: http://www.astro.com.my/akademifantasia


Posted on Saturday, May 16, 2009

Menjelang Malam Penentuan AF7

 

AF6%20logo

 

Kepada peminat-peminat tegar Akademi Fantasia, malam ini adalah malam penentuan yang kita telah nantikan selama sepuluh minggu. Antara lima finalist AF7 di bawah siapa yang bakal dinobatkan sebagai JUARA Akademi Fantasia musim ke 7? Undian kita yang akan menentukannya.

Kepada yang menonton secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil, semoga terhibur dan memberi sepenuh sokongan kepada para pelajar. Disamping itu kawal emosi dan jaga tata susila. Walau nanti keputusan diumum tidak menepati kehendak, redha dan berhemahlah. Terimalah seadanya.

Dalam pada itu, teruskan misi gerak gempur mengundi pelajar pilihan anda. Kepada yang ingin turut serta atau belum mengetahui caranya sila ikuti panduan seperti berikut:

Melalui telefon bimbit:

AFUNDI10 HAFIZ ke 32999

AFUNDI10 AKIM ke 32999

atau

Melalui telefon talian tetap:

Dail 13730 dan tekan 06

Dail 13730 dan tekan 03

 

 

 

MAY THE BEST MAN WIN!

Kredit foto: ASTRO, http://www.klubbkidd.com


Posted on Thursday, May 14, 2009

Undian Reset Konsert AF7 Minggu ke 9: Petisyen untuk ASTRO

Kepada para peminat Akademi Fantasia musim ke 7, Sila ke SINI untuk menyokong petisyen ini. Luahkan rasa anda diruangan komen di bawah petisyen tersebut sebagai tanda sokongan.

Keji! Itu perkataan pertama yang tercetus dibenakku bila mendapat berita ini. Apa yang aku risaukan telah menjadi kenyataan. ASTRO telah sekali lagi mempersendakan pengundi-pengundi AF7 yang setia menyokong rancangan itu.

Untuk pengetahuan para peminat Akademi Fantasia yang masih belum mengentahui, segala Afundi kalian kepada Hafiz, Akim, Isma dan Yazid telah di reset kembali setelah tamat konsert dan tidak di bawa ke hadapan walaupun tiada penyingkiran.

Ini bagaikan satu rompakan siang oleh pihak astro yang semakin jelas mempunyai agenda tertentu pada musim ini. Aku ingatkan aku boleh tenang sementara menanti AF berakhir tetapi ada saja provokasi yang meracun ketenteraman jiwa.

Ya. Mungkin ada yang sudah menjangka tiada penyingkiran dan tidak perlu gigih mengundi pada minggu tersebut. Tetapi aku rasa kebanyakan yang mengundi bukan risaukan pelajar kegemaran mereka tersingkir tetapi untuk memastikan pelajar tersebut mendapat lebihan undian yang akan dibawa ke minggu akhir yang seterusnya dapat memberi saingan sengit kepada pelajar jalan pintas yang akan terpilih melalui AFMASUK.

Petisyen di atas adalah untuk meminta ASTRO menambahkan semula kesemua undian konsert ke 9 kepada empat pelajar tersebut demi keadilan kepada para pelajar yang bersusah payah menempuhi segala cabaran minggu demi minggu untuk terpilih ke konsert akhir. Juga keadilan kepada para pengundi mereka yang gigih memastikan pelajar pilihan mereka terus kekal.

Kepada yang ingin tahu lebih lanjut dan jelas tentang kebatilan ini sila ke http://badrulaftersix.blogspot.com

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kedudukan pelajar seperti yang disiarkan di dalam Diari AF malam tadi:

1 = YAZID

2 = HAFIZ

3 = ARIL

4 = AKIM

5 = ISMA

Kredit foto: http://www.klubbkidd.com


Posted on Wednesday, May 13, 2009

Konsert Akhir AF7: Menghitung Hari Kesengsaraan Berakhir

af7-logo Sabtu 16 Mei ini adalah hari penentuan bagi empat orang pelajar Akademi Fantasia 7. Antara Akim, Aril, Hafiz, Isma dan Yazid, siapa yang akan dijulang sebagai juara musim ini? Kepada para peminat tegar Akademi Fantasia yang telah terjerumus dalam permainan ASTRO seperti aku, silalah dermakan kredit handphone kalian untuk calon-calon juara pilihan hati. Hantar AFUNDI10 ke 32999 kepada yang layak. Kalian penentunya.

Aku sendiri seolah tidak percaya tahun ini aku menjadi begitu kemaruk dan fanatik dengan Akademi Fantasia walaupun telah saban tahun sejak musim pertama lagi sudah biasa dan masak dengan segala gimik yang dihidangkan. Dengan kata lain makin cuba dibuang makin rapat pula dia datang menggomol.

Namun tahun ini aku dapat saksikan makin ketara kejelekan perangai sesetengah fanatikus AF yang bagaikan cacat emosi, meroyan menggunakan kata-kata kesat bersalut penghinaan untuk menjatuhkan pelajar yang tidak mereka sukai. Mungkin juga paranoia, tidak pun desperasi tinggi, terlampau risau jika ada pelajar lain nampak boleh menggugat kedudukan pelajar pujaan mereka. Sikap sebeginilah yang menjangkiti penyokong lawan yang akan bertindak balas. Bagi yang beragenda pula mereka sengaja bertalam dua atau menjadi batu api untuk melagakan sesapa peminat. Peminat AF tidak lagi murni seperti dahulu yang mana saling menyokong, tidak berpuak-puak seperti kini.

Tindakan mereka ini impak negatifnya akan tertimpa pada pelajar itu sendiri. Pelajar yang naif tentang perlembangan luar yang akan jadi mangsa kebencian. AF kini bukan lagi hiburan santai mesra keluarga seperti mula-mula diperkenalkan dahulu. Kini ia menjadi sebuah medan politik kotor lagi keji.

Seperti pilihanraya umum, musim AF telah menonjolkan keluar sisi gelap sesetengah manusia dalam mencapai agenda mereka. Astro pula ghairah memainkan segala sentimen untuk menghangatkan lagi permainan ini. Maklumlah yang penting keuntungan. Terapan nilai murni insan diketepikan demi untuk memastikan nilai ringgit terus mengalir masuk.

Aku seperti peminat tegar AF yang lain, mahu melihat pelajar pilihanku ditabalkan juara tapi pada masa yang sama tidak sabar untuk semua ini berakhir. Terus terang aku katakan jiwa aku sengsara sepanjang musim AF ini hinggakan tidak mampu lagi berkarya tenang untuk topik lain. Begitu hebat jangkitan AF ini bagi jiwa yang berimunisasi lemah seperti aku.

Seawalnya aku berhasrat untuk melihat sendiri konsert akhir ini di Stadium Putra, Bukit Jalil tetapi atas urusan yang perlu diselesaikan pada hujung minggu ini aku terpaksa membatalkannya, Mungkin tiada rezeki aku pada tahun ini. Ironinya setelah aku membuat keputusan tidak mahu pergi, tiba-tiba aku dapat tahu tiket axcess telah membuka jualan tempat duduk ARENA yang berharga RM50 itu. Sebelum ini aku sangka hanya tinggal tempat duduk Upper Tier yang berharga RM10 sahaja tinggal. Tempat duduk ARENA inilah yang menjadi target aku untuk mendapatkannya sebelum ini.

Aku tidak begitu berminat melihat dari Upper Tier yang sudah pasti impaknya minima. Alang-alang melihat secara langsung lebih berbaloi rasai kehangatannya sehampir yang mungkin. Jadi, kepada yang masih belum mendapatkan tiket sila serbu atau beli secara online di http://www.axcess.com.my sebelum kehabisan.

Tahun depan aku dengar tetap akan diadakah musim kelapan kerana kontrak AF telah disambung untuk lima tahun lagi. Entahlah aku tidak pasti maklumat ini benar atau sebaliknya. Persoalannya yang hanya aku peduli adakah aku terus akan menjadi fanatikus AF untuk lima tahun lagi? Harapan aku biarlah tahun ini yang terakhir. Jika AF hendak ditamatkan terus pun aku redha. Tidak sanggup lagi rasanya terjerumus dalam drama dan permainan politik hiburan picisan ini.

Kredit foto: http://www.klubbkidd.com


Posted on Sunday, May 10, 2009

Ulasan Konsert AF7, Minggu ke 9

konsertlogoJangkaan aku sangat tinggi minggu ini. Aku mengharapkan sebuah persembahan yang lebih meletup dari setiap pelajar berbanding minggu-minggu sebelumnya kerana aura pra juara seharusnya perlu ditonjolkan oleh setiap dari mereka tetapi hanya 2 pelajar bagi aku benar-benar menunjukkan kesungguhan dan peningkatan pada malam tadi. Berikut adalah ulasan aku mengikut rasa dan interpretasi aku sebagai penonton di rumah.

LAGENDA – Akim, Hafiz, Isma, Yazid

  • Aku tak faham, dalam banyak-banyak lagu yang telah dicipta untuk seorang ibu, lagu ini juga dipilih sebagai lagu tema sempena menyambut Hari Ibu versi AF7. Tak perlu aku senaraikan setiap lagu bertema ibu. Aku rasa kalian semua mesti tahu dan punya lagu kegemaran bukan? Sudahlah terpaksa ditukar lirik. Sesuatu yang tak perlu dilakukan jika hanya memilih lagu khas dedikasi untuk Ibu. Pendek kata lagu ini tidak langsung memberi kesan kepada aku. Yang cuma buat aku tersentuh adalah mimik tangisan dari Akim, itu saja.

isma1 ISMA – Aku Pasti Datang & Hot and Cold

  • Pada pusingan pertama, seperti biasa Isma berjaya membosankan aku. Tiada rasa, tiada apa-apa faktor yang bikin aku teruja. Malah aku merasakan persembahan ini sangat panjang sampaikan tak sabar menanti ia berakhir.
  • Dia hampir menebus kembali kekecewaan persembahan pusingan pertama tadi tetapi faktor-faktor tambahan mengganggunya seperti kasut tumit tinggi itu. Hampir-hampir tergelincir. Nasib baik. Elemen yang boleh dibanggakan cuma koreografi persembahan lagu ini. Dari segi vokal tiada apa yang menarik mungkin Isma tidak mampu multitask diantara mengingati langkah tari dan mengimbangi badan dengan kasut itu. Sebutan Bahasa Inggeris juga tidak jelas dan lemah.
  • Nota: Walaupun tidak meminati Isma tetapi aku simpati kerana merasakan seolah Isma diperdajalkan minggu ini kerana para pelajar lain mendapat lagu-lagu forte mereka dan mesra telinga tetapi Isma diberi lagu-lagu yang dia tidak familiar bersama koreografi mencabar.


yazid 1 YAZID – Where The Street Have No Name & Aku Skandal

  • Seperti biasa sebutan Bahasa Inggeris yang tidak jelas dan lemah.Aku rasa dari awal persembahan itu amatlah tidak perlu melainkan untuk show off semata. Tiada tujuan kerana sejurus jejak ke bawah dia kembali naik ke pentas. Aku sangkakan dia ingin membuat intro di bawah . Terlalu banyak pergerakan sehingga aku tidak dapat hayati nikmat lagu tersebut.
  • Untuk persembahan kedua, tidak dinafikan Yazid mempunyai vokal yang bagus tetapi ekspresi wajahnya terlalu bersahaja dan selamba. Bukan bersahaja yang berkarektor tetapi bersahaja kosong. Tiada rasa.
  • Nota: Aku tertanya-tanya apakah Yazid mampu membawakan lagu Inggeris jika bukan dari pilihan lagu-lagu kegemarannya?


akim1 AKIM – I’m Yours & Larut

  • Selain Hafiz, Akim adalah antara pelajar AF7 yang bagus sebutan nyanyian Bahasa Inggerisnya walaupun tidak begitu fasih. Kelebihan bagi lagu I’m Yours adalah ini lagu kegemarannya dan selalu dinyanyikan di setiap pertandingan nyanyian yang disertainya sebelum ini. Dari segi vokal, agak lemah lontanrannya minggu ini disebabkan terlalu banyak berlatih barangkali. Agak terjejas suaranya lebih-lebih agi di note tinggi. Penguasaan pentas yang bagus. Imej seorang penghibur jelas kelihatan bersama gitarnya. Sebuah persembahan yang amat membanggakan dan saya setuju malam ini merupakan yang terbaik dari Akim.
  • Aku terlupa terus yang lagu Larut ini adalah lagu dari Dewa19. Mungkin kerana aku tidak familiar dengan lagu ini tetapi mungkin juga kerana Akim begitu menyakinkan di pentas seolah lagu ini dia yang punya. Aksinya seolah sedang make love dengan Mic stand itu sangat sensual hinggakan hilang konsentrasi seketika untuk menghayati lagu ini.
  • Nota: Nampaknya makin kerap pula pelajar beraksi turun pentas . Terasa klise pula. Aku demand sesuatu yang baru. Selain itu aku rasa Akim seorang yang pandai berstrategi. Dia berjaya mencuri peluang dan memancing perhatian bekas pengundi-pengundi Aishah.

hafiz1 HAFIZ – Laskar Pelangi & I Believe I Can Fly

  • Laskar Pelangi aku rasakan sebuah lagu picisan bagi Hafiz. Dia terlalu besar untuk lagu ini. Terima kasih kepada kanak-kanak yang membantu menceriakan pentas. Tanpa mereka mungkin persembahan menjadi membosankan. Tiada komen berkenaan lontaran vokal. Sememangnya Hafiz punya tona suara yang lazat.
  • SAVE THE BEST FOR LAST! Aku bangga dengan Hafiz kerana berjaya tafsirkan lagu ini dengan gaya dan cara tersendiri. Ketika melihat sesi latihan dalam diari aku agak risau kerana dia banyak mengikut adlib R.Kelly tetapi ternyata dia menunjukkan sesuatu yang baru pada konsert malam ini. Lagu ini kembali menjadi segar. Di nota tinggi vokalnya juga transform seiring dengan ekspresi rasanya sehinggakan aku lupa seketika adakah ini Hafiz. Meremang bulu roma. Walaupun ada ketika suara terkucil tetapi boleh dimaafkan. Terima kasih juga atas bantuan teknikal. Pencahayaan yang membangkitkan mood.
  • Nota: Hafiz sesuai dengan lagu-lagu inspirasi dan uplifting yang bernada tinggi. Kekuatan vokalnya saja sudah mampu mempesonakan penonton tanpa aksi-aksi gimik tambahan terjun pentas, main kerusi mahupun mop lantai.

MENUJU PUNCAK

  • Aku takjub dengan persembahan Menuju Puncak minggu ini. Mungkin juga kerana tinggal 4 orang lagi koreografi dan aksinya lebih jelas dan terang. Ending yang Superb! Aku rasa koreografi AF7 adalah yang terbaik sepanjang sejarah AF. Iringan vokal pun rasanya kebih kemas dan padu. Kekalkan cikgu Aris tahun depan!

AFMASUK

  • Tahniah Aril. Walaupun aku tidak setuju dengan konsep dan ketidakadilan AFMASUK, tapi apa boleh buat sudah ini keputusan mereka. Good Luck sajalah kepada peserta shortcut ke final ini. Nasib baik tiada penyingkiran. KALAU TIDAK...
  • Nota: Disebabkan tiada penyingkiran pada minggu ke 9 ini, adakah undian buat 4 pelajar tersebut akan dibawa ke minggu akhir? Memang keji kalau undian direset semula, satu penganiayaan buat pengundi tegar.


*Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

YAZID – 32%
HAFIZ – 28%
ISMA - 25%
AKIM – 16%

*Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

HAFIZ – 34%
ISMA** AKIM - 25%
YAZID – 22%
AKIM** ISMA – 18%

**edited 11am: pembetulan ralat selepas rujukan semula.

*Kedudukan pelajar undian AFMASUK setelah undian ditutup:

ARIL - 52.45%
AISHAH - 26.6%
ZIZI - 6.87%
SIDI - 5.84%
CLAUDIA - 4.59%
QHAUD - 1.71%
RINI - 0.86%
RUBISA - 0.48%
OBRI - 0.34%
ADILA - 0.26%

*Sumber: http://www.astro.com.my/AkademiFantasia

Kredit foto: ASTRO, http://mstar.com.my, http://www.klubbkidd.com


Posted on Monday, May 04, 2009

Sarimah boleh meramal masa depan!

Aku malas nak explain. Tonton dan amati saja video di atas. Sila beri komen atau speku apa yang kalian faham. Kalau tak faham juga sila ke SINI.

Komen aku simple sahaja..

KANTOI!!!


Posted on Sunday, May 03, 2009

Ulasan Konsert Akademi Fantasia, Minggu ke 8

Buat julung-julung kalinya aku ingin membuat ulasan Konsert Akademi Fantasia di blog ini. Sebelum ini segala ulasan santai dan hiburan aku luahkan di blog Alter Ego kerana aku rasakan blog ini terlalu serius untuk Akademi Fantasia. Kali ini aku terpanggil untuk menulis di sini mungkin kerana tema Teater Muzikal yang sesuai dengan jiwa dan minat aku.

Sebelum itu aku ingin sentuh fasal AFMASUK. Memang aku sudah agak akan ada pengumuman gimik ini pada minggu ni. Tambahan pula bila melihat Principal Tiara yang konon terkejut tak tentu hala ke sana ke mari lalu mengumumkan mandatnya sebagai Pengetua dengan memberi peluang undian AFMASUK untuk bekas pelajar yang kandas.

Semua ini telah dijangkalah wahai principal! Tak perlu lakonan-lakonan murahan sebegitu. Bukankah lebih mudah jika diberikan saja AC umumkan. Rakus mencuri air time berdrama sampaikan Claudia dan Aishah pun tidak diberi peluang berucap langsung walhal masa masih panjang lagi. Keji!

Bagi aku AFMASUK ini tidak memberi apa-apa makna melainkan untuk menguntungkan ASTRO semata. Ini tidak termasuk penafian terhadap komitmen para penyokong yang bertungkus lumus memastikan idola mereka kekal, pencabulan hak dan ketidakadilan kepada pada para pelajar yang masih kekal yang mana mereka terkurung di dalam Akademi, sudah tentu tidak punya kelebihan seperti bekas pelajar yang bakal di AFMASUK yang berpeluang untuk merancang strategi dengan para penyokong dan kaum keluarga mereka. Kredibiliti AF semakin korup!

Baiklah, Berikut adalah ulasan aku menurut urutan persembahan. Perlu diingatkan selera kita tak mungkin sama. Mungkin pada kacamata, selera dan interpretasi aku berbeza dengan kalian. Jadi, terimalah seadanya ya.

DEWA PERANG – Semua Pelajar

(Maaf, ulasan akan disambung nanti. Penulis tiba-tiba mengalami kecelaruan emosi)

----------------------------------------Edited 03/05/2009 19:45pm---------------------------------------------

Aku mengambil keputusan tidak akan membuat ulasan tentang persembahan para pelajar atas rasa hormat dan kekaguman aku atas pengorbanan, keazaman, kesugguhan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan mereka.

Dalam hanya kurang dari seminggu mereka dapat mempamerkan satu persembahan yang amat membanggakan. Bayangkan mereka perlu beraksi dalam pelbagai koreografi, berlakon, menari, menyanyi pada masa yang sama. Disebabkan ini, jika ada segala kekurangan dan kekhilafan dalam persembahan aku sedia lupa dan maafkan.

Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:
YAZID – 29
ISMA - 27
HAFIZ – 15
AKIM – 10
AISHAH – 9
CLAUDIA – 9


Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:
YAZID – 22
HAFIZ – 21
ISMA - 20
AKIM – 14
AISHAH – 13
CLAUDIA – 11

Berikut merupakan antara gambar-gambar aksi menarik para pelajar AF7 semasa konsert semalam. Kredit pada Joe Lee@Klubbkidd. Untuk menikmati lebih banyak gambar-gambar menarik sepanjang konsert sila ke blog beliau di http://www.klubbkidd.com.

*Klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Kredit foto: mstar.com.my, klubbkidd.com


Posted on Tuesday, February 10, 2009

AF7 fever pulak



Semasa aku terdampar atas katil Ahad lepas..aku received call from my buddy and ex housemate, Adie. Katanya dia bersama gf and another friend kat Bukit Jalil sedang Ujibakat AF7. Malangnya diorang tak lepas Stage 2.

Tak sangka diorang pergi gak sebab masa aku sms jumaat lepas katanya tak jadi pegi. Aku pun kalau ikutkan nak join gak, bukan serious sangat, saje for fun untuk get exposure and experience.

Sejak AF1 through AF5 aku tak pernah miss out tengok. Maybe dah terbiasa jadi tradisi every year. Lagipun aku dapat escape myself forawhile dari loneliness and hectic life during the day.
AF6 je aku tak ikuti sebab masa tu baru pindah Wangsa Maju..tak pasang Astro, cuma tengok final concert je kat NZ.



This year khabarnya AC Mizal still kekal Pengacara Konsert.. He better be good and improve this year. Dia ler one of the reason buat aku turn off last year.
Sarimah Ibrahim kekal sebagai Pengacara Diari although I wish she would be given the chance to host a concert instead. Dia penah jadi MC masa company aku buat anniversary dinner last year.. memang meletop and spontaneous.

Dari segi tenaga pengajar nampaknya ada perubahan sedikit:

The juicy Linda Jasmine no longer Guru Koreografi. Maybe sibuk kot nak kawin. Tahun ni dia digantikan oleh A.Aris Kadir. Aku pun tak kenal siapa dia ni tp bagi sesiapa yang terlibat dalam industri tarian ni kenal kot.

Tanggungjawab sebagai Pengarah Muzik tahun ni diberi pada ACIS iaitu suami pada Datuk Sheila Majid.

Ida Nerina pula diberi tugas sebagai Guru Seni Persembahan. Selama ni pun Ida Nerina agak familiar dengan AF disebabkan kerap terlibat dalam sesi ujibakat AF.

Siti Hajar dan Syafizawati Sharif kembali menjadi Guru Vokal. Manakala Fatimah Abu Bakar sebagai Perunding Motivasi cum Guru Bahasa Inggeris.

Overall aku rasa gandingan2 yang terpilih ni agak ok cuma pengacara tu je tak puas hati tapi aku sedia be open and give him a chance sebab tahun lepas maybe first time, masih belum dapat cari rentak dia lagi. Lagipun AC dan Sarimah memang dah sign kontrak dengan ASTRO/AF selama Lima tahun..so nak tanak we have to adapt and get used to them.

Pengetua belum announce lagi tapi prediction aku bila tengok list tenaga pengajar tu ada ACIS..kemungkinan DATUK SHEILA MAJID akan menduduki takhta Pengetua tahun ni. Lagipun ramai yang mahukan tokoh hiburan wanita pula diberi peluang tahun ni. Lagipun tentu ramai yang ingin menyaksikan apa perubahan dan kelainan yang bakal ditonjolkan oleh beliau berbanding bekas suaminye Roslan Aziz di AF5 dulu. Interesting bukan?

Pengkritik Tetap juga belum confirm tapi ura-ura mengatakan kemungkinan Aznil Nawawi akan kembali ke AF kali ni menduduki kerusi Pengkritik pula disamping Nurul yang mana juga pernah memberi komitmen pada sesi ujibakat yang lalu. Who knows mungkin akan ada perubahan lagi last minute.

Jangan lupa Tirai Akademi Fantasia yang akan bermula pada 7 mac nanti. Diari AF pula akan menyusul pada 9 Mac dan 14 Mac akan berlangsung Konsert AF7 minggu pertama.
Stay Tune!

Update: Datin Tiara Jaquelina rupa-rupanya Pengetua AF7 ni.