Showing posts with label 16 Mei. Show all posts
Showing posts with label 16 Mei. Show all posts
Posted on Sunday, May 17, 2009

…Dan Juara Akademi Fantasia Musim Ke Tujuh Jatuh Kepada…

TAHNIAH HAFIZ!

Kedudukan AFUNDI sebelum konsert bermula:

Hafiz - 44%, Aril - 22%, Yazid - 15%, Akim - 13%, Isma - 6%

Kedudukan AFUNDI selepas undian ditutup:

Hafiz - 46%, Aril - 22%, Akim - 18%, Yazid - 9%, Isma - 5%

Walaupun persembahan Hafiz agak kurang menyerlah dengan impak yang minima tetapi aku tidak salahkannya 100%. Ini Konsert Akhir, selama sembilan minggu sudah pasti semua sudah ketahui dan yakin dengan kelebihan anak muda berasal dari Sarawak ini. Rata-rata telah menyakini dan memilihnya sebagai juara di hati masing-masing sedari awal lagi. Selamat datang ke industri hiburan Malaysia, Hafiz. Di situlah cabaran sebenar bermula. Masamu telah tiba. Gear up!

Aku tak pasti sama ada akan membuat ulasan penuh Konsert akhir AF7 ini atau tidak kerana segala-galanya telah terungkai. It would not matter anymore. Apa yang aku inginkan telah pun menjadi kenyataan. Perjuangan telah selesai. Yang penting selepas ini aku sudah boleh menjalani hidup aku dan berkarya dengan tenang. Itu yang paling bermakna bagi aku.

Namun begitu, jika sisa-sisa mood AF aku masih ada  aku mungkin akan cuba membuat ulasan penuh esok. Buat masa ini satu perkataan yang boleh aku katakan untuk menggambarkan keseluruhan konsert adalah – HAMBAR. Lagu-lagu baru yang sepatutnya menjadi umpan pertama untuk mereka mencipta nama kedengaran tidak mesra telinga. Seolah pilihan tangkap muat.

Tahniah juga kepada:

ARIL (Naib Juara)

AKIM (3rd)

YAZID (4th)

ISMA (5th)

Kalian tetap juara di hati penyokong masing-masing. Gelaran juara bukanlah segala-galanya. Persaingan sebenar adalah di luar sana. All the best!

Selamat mewarnai industri hiburan tanahair buat semua.

Kredit foto: http://www.astro.com.my/akademifantasia


Posted on Saturday, May 16, 2009

Menjelang Malam Penentuan AF7

 

AF6%20logo

 

Kepada peminat-peminat tegar Akademi Fantasia, malam ini adalah malam penentuan yang kita telah nantikan selama sepuluh minggu. Antara lima finalist AF7 di bawah siapa yang bakal dinobatkan sebagai JUARA Akademi Fantasia musim ke 7? Undian kita yang akan menentukannya.

Kepada yang menonton secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil, semoga terhibur dan memberi sepenuh sokongan kepada para pelajar. Disamping itu kawal emosi dan jaga tata susila. Walau nanti keputusan diumum tidak menepati kehendak, redha dan berhemahlah. Terimalah seadanya.

Dalam pada itu, teruskan misi gerak gempur mengundi pelajar pilihan anda. Kepada yang ingin turut serta atau belum mengetahui caranya sila ikuti panduan seperti berikut:

Melalui telefon bimbit:

AFUNDI10 HAFIZ ke 32999

AFUNDI10 AKIM ke 32999

atau

Melalui telefon talian tetap:

Dail 13730 dan tekan 06

Dail 13730 dan tekan 03

 

 

 

MAY THE BEST MAN WIN!

Kredit foto: ASTRO, http://www.klubbkidd.com


Posted on Wednesday, May 13, 2009

Konsert Akhir AF7: Menghitung Hari Kesengsaraan Berakhir

af7-logo Sabtu 16 Mei ini adalah hari penentuan bagi empat orang pelajar Akademi Fantasia 7. Antara Akim, Aril, Hafiz, Isma dan Yazid, siapa yang akan dijulang sebagai juara musim ini? Kepada para peminat tegar Akademi Fantasia yang telah terjerumus dalam permainan ASTRO seperti aku, silalah dermakan kredit handphone kalian untuk calon-calon juara pilihan hati. Hantar AFUNDI10 ke 32999 kepada yang layak. Kalian penentunya.

Aku sendiri seolah tidak percaya tahun ini aku menjadi begitu kemaruk dan fanatik dengan Akademi Fantasia walaupun telah saban tahun sejak musim pertama lagi sudah biasa dan masak dengan segala gimik yang dihidangkan. Dengan kata lain makin cuba dibuang makin rapat pula dia datang menggomol.

Namun tahun ini aku dapat saksikan makin ketara kejelekan perangai sesetengah fanatikus AF yang bagaikan cacat emosi, meroyan menggunakan kata-kata kesat bersalut penghinaan untuk menjatuhkan pelajar yang tidak mereka sukai. Mungkin juga paranoia, tidak pun desperasi tinggi, terlampau risau jika ada pelajar lain nampak boleh menggugat kedudukan pelajar pujaan mereka. Sikap sebeginilah yang menjangkiti penyokong lawan yang akan bertindak balas. Bagi yang beragenda pula mereka sengaja bertalam dua atau menjadi batu api untuk melagakan sesapa peminat. Peminat AF tidak lagi murni seperti dahulu yang mana saling menyokong, tidak berpuak-puak seperti kini.

Tindakan mereka ini impak negatifnya akan tertimpa pada pelajar itu sendiri. Pelajar yang naif tentang perlembangan luar yang akan jadi mangsa kebencian. AF kini bukan lagi hiburan santai mesra keluarga seperti mula-mula diperkenalkan dahulu. Kini ia menjadi sebuah medan politik kotor lagi keji.

Seperti pilihanraya umum, musim AF telah menonjolkan keluar sisi gelap sesetengah manusia dalam mencapai agenda mereka. Astro pula ghairah memainkan segala sentimen untuk menghangatkan lagi permainan ini. Maklumlah yang penting keuntungan. Terapan nilai murni insan diketepikan demi untuk memastikan nilai ringgit terus mengalir masuk.

Aku seperti peminat tegar AF yang lain, mahu melihat pelajar pilihanku ditabalkan juara tapi pada masa yang sama tidak sabar untuk semua ini berakhir. Terus terang aku katakan jiwa aku sengsara sepanjang musim AF ini hinggakan tidak mampu lagi berkarya tenang untuk topik lain. Begitu hebat jangkitan AF ini bagi jiwa yang berimunisasi lemah seperti aku.

Seawalnya aku berhasrat untuk melihat sendiri konsert akhir ini di Stadium Putra, Bukit Jalil tetapi atas urusan yang perlu diselesaikan pada hujung minggu ini aku terpaksa membatalkannya, Mungkin tiada rezeki aku pada tahun ini. Ironinya setelah aku membuat keputusan tidak mahu pergi, tiba-tiba aku dapat tahu tiket axcess telah membuka jualan tempat duduk ARENA yang berharga RM50 itu. Sebelum ini aku sangka hanya tinggal tempat duduk Upper Tier yang berharga RM10 sahaja tinggal. Tempat duduk ARENA inilah yang menjadi target aku untuk mendapatkannya sebelum ini.

Aku tidak begitu berminat melihat dari Upper Tier yang sudah pasti impaknya minima. Alang-alang melihat secara langsung lebih berbaloi rasai kehangatannya sehampir yang mungkin. Jadi, kepada yang masih belum mendapatkan tiket sila serbu atau beli secara online di http://www.axcess.com.my sebelum kehabisan.

Tahun depan aku dengar tetap akan diadakah musim kelapan kerana kontrak AF telah disambung untuk lima tahun lagi. Entahlah aku tidak pasti maklumat ini benar atau sebaliknya. Persoalannya yang hanya aku peduli adakah aku terus akan menjadi fanatikus AF untuk lima tahun lagi? Harapan aku biarlah tahun ini yang terakhir. Jika AF hendak ditamatkan terus pun aku redha. Tidak sanggup lagi rasanya terjerumus dalam drama dan permainan politik hiburan picisan ini.

Kredit foto: http://www.klubbkidd.com