Posted on Sunday, May 17, 2009

…Dan Juara Akademi Fantasia Musim Ke Tujuh Jatuh Kepada…

TAHNIAH HAFIZ!

Kedudukan AFUNDI sebelum konsert bermula:

Hafiz - 44%, Aril - 22%, Yazid - 15%, Akim - 13%, Isma - 6%

Kedudukan AFUNDI selepas undian ditutup:

Hafiz - 46%, Aril - 22%, Akim - 18%, Yazid - 9%, Isma - 5%

Walaupun persembahan Hafiz agak kurang menyerlah dengan impak yang minima tetapi aku tidak salahkannya 100%. Ini Konsert Akhir, selama sembilan minggu sudah pasti semua sudah ketahui dan yakin dengan kelebihan anak muda berasal dari Sarawak ini. Rata-rata telah menyakini dan memilihnya sebagai juara di hati masing-masing sedari awal lagi. Selamat datang ke industri hiburan Malaysia, Hafiz. Di situlah cabaran sebenar bermula. Masamu telah tiba. Gear up!

Aku tak pasti sama ada akan membuat ulasan penuh Konsert akhir AF7 ini atau tidak kerana segala-galanya telah terungkai. It would not matter anymore. Apa yang aku inginkan telah pun menjadi kenyataan. Perjuangan telah selesai. Yang penting selepas ini aku sudah boleh menjalani hidup aku dan berkarya dengan tenang. Itu yang paling bermakna bagi aku.

Namun begitu, jika sisa-sisa mood AF aku masih ada  aku mungkin akan cuba membuat ulasan penuh esok. Buat masa ini satu perkataan yang boleh aku katakan untuk menggambarkan keseluruhan konsert adalah – HAMBAR. Lagu-lagu baru yang sepatutnya menjadi umpan pertama untuk mereka mencipta nama kedengaran tidak mesra telinga. Seolah pilihan tangkap muat.

Tahniah juga kepada:

ARIL (Naib Juara)

AKIM (3rd)

YAZID (4th)

ISMA (5th)

Kalian tetap juara di hati penyokong masing-masing. Gelaran juara bukanlah segala-galanya. Persaingan sebenar adalah di luar sana. All the best!

Selamat mewarnai industri hiburan tanahair buat semua.

Kredit foto: http://www.astro.com.my/akademifantasia


20 Responses to …Dan Juara Akademi Fantasia Musim Ke Tujuh Jatuh Kepada…

  1. Feeza Mior @ Eteqcute
    May 17, 2009 at 2:39 AM
    yeah..x kira sape pn menang..astro da untung berjuta..hehe..
  2. Corey
    May 17, 2009 at 3:13 AM
    Feez:
    yeah. tmbahan lak tahun ni takde announcement nak derma sebahagian to charity mcm yg lepas2.
  3. b0b0y
    May 17, 2009 at 7:13 AM
    itulah astro.. tapi boy sangt la sokong konsert semalam sangat HAMBAR and BEBOSAN...

    p/s : tahniah kat AKIM...I like U less than I like my ayang... opsss!! ekekekekeke
  4. Anonymous
    May 17, 2009 at 7:58 AM
    yeah hafiz menang.
    tp sedikit kecewa
    kerana akim no3.
    huu~

    isma dan yazid mmg dah jangka 4 & 5.
    masih tak dapat terima akim no3.
    kenapa??
    persembahan mantap pe..
  5. Unknown
    May 17, 2009 at 9:27 AM
    jujur wanie katakan,
    AF7 thn nie mmg x best,
    menghampakan,
    entahlah,
    x der langsung persembahan yg outstanding,
    huk huk huk...

    best lagi af3 & af6,
    hurm..

    perlu lagik kah af 8????
    hurm
  6. azman
    May 17, 2009 at 9:29 AM
    OK la hafiz menang, walaupun lagu pertama dia suaranya tenggelam timbul.

    adakah tempat ke dua memang reserve untuk AFMasuk?
    sedih sungguh...
  7. Corey
    May 17, 2009 at 9:58 AM
    boy:
    yeah.. pentas dan atmosfera dan gempak dah tapi sayangnya...
    ekeke dah mula merembes dah akim ler tu :P


    Lili:
    Xpe redha je.. bahaya gak no 2 sbb posisi tu badi. sesapa yang dpt no 2 mesti nnt malap.
  8. Corey
    May 17, 2009 at 10:02 AM
    cik wanie:
    aah.mmg tak puas la tgk konsert final this yer. takde impak besar.diorang pnh lebih perform lebih bagus dlm konsert2 sebelumnya.maybe shock dgn keadaan stage yg lbh besar and gemuruh dgn aura dari penonton yg lebih ramai kot.
    AF8 walau rasa tak perlu tp tetap akan ada.bisnes ttp bisnes. dngarnya akan ada smpai AF12.


    Azman:
    yea sbb dah tau dah keupayaan hafiz bila tgk mcm tu dikonsert final rasa terkilan lak.

    aah eh. bila ada AFmasuk mesti dpt no 2.
  9. Cik Jannah
    May 17, 2009 at 11:05 AM
    suke sgt bila hafiz mng!
    dia mmg layak!!
  10. Blog Eazy Izzuddin
    May 17, 2009 at 1:15 PM
    yea3...
    hafiz mng!...
    xD
  11. Aku Iron Man
    May 17, 2009 at 1:24 PM
    Lagi satu entry pasal AF semalam.
    Kau buat aku tergerak hati mahu youtube persembahan Hafiz.
  12. Hazrey
    May 17, 2009 at 1:32 PM
    Bro corey,

    I am not fanatic fan of AF nor any of singing competition, thus it may be unjustified for me to comment on the last nite's final.

    Tetapi satu hakikatnya ialah:

    1. Ok, here we have another juara. What gonna happen to him after this? Duta Mamee? Duta Samsung? Duta Shampoo (and this would be most suitable).

    2. Does the academy mengubah corak kelahiran artis berkualiti dan evergreen ke pentas seni?

    3. Banyak yang kita dengar ketika audition program ini - ".. tujuan saya menyertai AF ialah untuk mengubah nasib keluarga saya." Ok, now we have a winner. How does that change nasib family diaorang? Adakah diterapkan pendidikan vernakular amat penting biarpun sudah bergelar artis? Adakah ciri moral ini diterapkan, contoh sebagai hadiah sisipan - melanjutkan diploma dalam seni muzik dan sebagainya sebagai lanjutan dari pendidikan short cut di akademi ini?

    4. Berapa jumlah perolehan dari undi penonton? Adakah sedikit jumlah itu digunakan untuk memberi sumbangan kepada pelajar seni muzik dari keluarga susah? Itu pastinya "..mengubah nasib keluarga saya..".

    Banyak persoalannya, sama seperti persoalan yang saya utarakan sejak AF1 lagi. :)
  13. watie wyyn
    May 17, 2009 at 4:23 PM
    sejarah berulang...pelajar afmasuk sume dpt tmpt kedua!

    linda, lotter, aril!ceh!
  14. Fatin Baharum
    May 17, 2009 at 11:11 PM
    final concert jadi xbest sbb lagu bagi xbagus.
    patot xyh nk kask lagu nth pape utk mencabar student la.
    dh konsert final pon, kasik lagu makanan dieorg, bg havoc sket stadium.
    ni tidak, sume lagu, yg xbrape nk famous kasik.
    lagi2 lagu hafiz, anuar zain nyanyi pon xglemer mana lagu tu.
    haih, tension tau smlm.
    jenuh tunggu konsert tu abes.
    last week pny concert, sume perform bagus.
    lagu faktor dia kot.
  15. Suziey Ahmad
    May 17, 2009 at 11:35 PM
    huhuh..xtgk pn final nih...g meronda kt giant..ekekek:D
    hmmm..
  16. shandye.
    May 18, 2009 at 4:17 AM
    lagu baru hafiz sedap. yang lain2 tu macam tangkap muat dan lepas laku je. tambah2 lagi si muka korea tu. suara ke laut tapi disebabkan rupa paras diserap masuk semula, dan dapat nombor dua plak tuh.

    akademi fantasia kali ni paling tak bermutu. student2 semua pun macam biasa2 je. mungkin sebab pengetua dia seorang penggiat teater kot, terbawa2 sampai ke persembahan akim. naik kesian plak aku tengok dia kena ikat2 camtu sampai persembahan dia nampak letih dan terganggu. kalau nk buat gimik pun berpada2lah.

    sekali lagi, walaupun musim kali ni adalah yang paling aku tak ikut, tahniah kepada hafiz. the well deserved winner.

    p/s:- akim, call i taw? oops..
  17. Corey
    May 18, 2009 at 4:26 AM
    Cik jannah: yay! for sure! :)

    Eazy:yea!misi berjaya! :)

    ironman: silakan.tapi tak jamin setiap org akan enjoy.even i myself not fully teruja this year's final concert.
  18. Corey
    May 18, 2009 at 5:05 AM
    Hazrey:
    Dulu i pun selalu mempersoalkan dari sudut waras dan intelligent berkenaan ini. tahun demi tahun akhirnya i lupakan semua itu dan hanya layan semata2 utk berhibur.mmg terkadang terjejas juga emosi tp inilah thrill AF ni.

    1.- what gonna happen to juara? I seriously dont know. Jika saya mempunyai control sudah tentu saya akan berbuat apa saja untuk memastikan beliau mampu pergi jauh di dalam industri hiburan tanahair. Sehabis saja AF budak-budak ini bukan lagi di bawah jagaan (undian) para penyokong mereka. Jadi sekarang terpulanglah pada diri sendiri dan orang yang memimpin mereka untuk menentukan arah tuju seterusnya. Jika pun dia pasti menjadi duta sesuatu jenama. Bagi saya tidak salah kerana Industri hiburan di Malaysia ini kecil dan sukar untuk mendapat pulangan lumayan dengan hanya sebuah album, jadi alternatif lain perlu untuk menjana pendapatan.

    2. Ya. Jika dahulu sebelum adanya AF kebanyakan artis lahir bermula dari bawah, bersusah payah mempelajari tekn ik kemudia barulah berada dipuncak kemasyuran. Tetapi sekarang ia seolah jalan pintas. Lahir-lahir terus terkenal kemudian barulah dapat belajar teknik yang betul

    3. – bergantung pada diri sendiri. Jika mampu menggunakan platfom AF ini sbg bantu loncatan sudah tentu cita-cita akan tercapai seterusnya bakal merubah nasib keluarga. Rasanya didalam akademi tenaga pengajar pernah berpesan untuk tidak mengabaikan pendidikan walaupun sudah terkenal. Hadiah sisipan tersebut belum diterapkan tetapi sy sendiri pernah terfikir demikian mungkin elok jika astro turut menghadiahkan biasiswa Astro utk para pemenang melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik.

    4. Sudah tentu tidak. Pusing2 pun AF ini hanyalah salah satu strategi permainan bisnes. Tidak perlu fikir serious. Sesiapa yg sanggup dan sudi bermain dipersilakan.
  19. Corey
    May 18, 2009 at 5:10 AM
    mummYaeesh:
    yea..mmg badi kedudukan no 2 tu.

    fatin:
    sama. i pun mcm rasa pjg sgt, bilalah nak abis sbb tiada impak maksima dlm pemberian lagu dan perjalanan konsert. pentas je gempak.syg tul

    suziey:
    hehe skali lagi tahniah sbb berjaya escape from jadi fanatik
  20. Corey
    May 18, 2009 at 5:13 AM
    shandye:
    hehe merembes ngan akim eh sbnarnya.tp i seriously think koreografi paling bagus. simple, tak kecamuk dgn dancers dan steps mcm hafiz smpai mengganggu konsentrasi dia.
    bagi i students thn ni mmg bermutu tetapi produksi yg hampeh tahun ni yg buat spoiled.

    p.s eh kata tak layan AF hehe :P