Posted on Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru!

Sempena sambutan Hari Guru ini  aku turut ingin ucapkan Selamat Hari Guru kepada para pendidik yang tanpa mengenal jemu dan lelah dalam menjalankan tanggungjawab besar lagi mulia dalam  mendidik anak bangsa.

Maaf tiada ilham untuk mengarang lebih panjang berkenaan pengorbanan guru ini disebabkan fokus telah dicuri. Namun begitu, jasa-jasa guru yang telah banyak menabur bakti kepadaku sepanjang hidup memang sentiasa aku kenang dan hargai. Kepada para bloggers yang berprofesyen Guru, raikanlah hari ini, hari ini hari anda! jangan mudah mengeluh dan putus asa walaupun terkadang kesabaran tercabar. Ketahuilah yang tugas anda adalah salah satu tugas yang amat mulia. Banggalah bergelar seorang pendidik.

“ GURU PEMBINA NEGARA BANGSA “

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Terima kasih cikgu!

Kredit foto: http://www.moe.gov.my


5 Responses to Selamat Hari Guru!

  1. b0b0y
    May 16, 2009 at 12:20 PM
    selamat hari guru cikgu corey...eh cikgu ke..?

    jawapan: ya.. cikgu kepada anak-anak ikan beliau.. ekekekeke.. larikkk!!

    p/s : sape yang telah mencuri fokus abg tu..? adakah si dia..?
  2. Corey
    May 16, 2009 at 12:31 PM
    boy:
    hehe anak2 ikan semua dah pupus.
    aah fokus abg telah dicuri. tgh merembes sbb ayang boy skang duk kat sebelah ni. jgn marahhhh! :P
  3. Anonymous
    May 16, 2009 at 1:07 PM
    selamat hari guru tuk diriku sendiri.
    ghee~

    dan guru2 seMalaysia.
    berusahalah guru2!!
  4. syafiqahjasmin
    May 16, 2009 at 1:28 PM
    baru tahun ni dapat menghargai erti hari guru sebenar. TEEEHEHEH.

    walaupun saya hanyalah sekadar teacher's assistant di tadika. T_T, tak apa masih nak sambut juga hari ini sebagai hari saya. :D
  5. Corey
    May 16, 2009 at 1:38 PM
    Selamat Hari Guru, Cikgu Lili!!!

    Selamat Hari Guru, Cikgu Syafiqah!!!

    Tak kisah apa jua role anda..sesiapa saja yang terlibat dan terbabit memang patut dihargai. :)