Kepada para peminat Akademi Fantasia musim ke 7, Sila ke SINI untuk menyokong petisyen ini. Luahkan rasa anda diruangan komen di bawah petisyen tersebut sebagai tanda sokongan.
Keji! Itu perkataan pertama yang tercetus dibenakku bila mendapat berita ini. Apa yang aku risaukan telah menjadi kenyataan. ASTRO telah sekali lagi mempersendakan pengundi-pengundi AF7 yang setia menyokong rancangan itu.
Untuk pengetahuan para peminat Akademi Fantasia yang masih belum mengentahui, segala Afundi kalian kepada Hafiz, Akim, Isma dan Yazid telah di reset kembali setelah tamat konsert dan tidak di bawa ke hadapan walaupun tiada penyingkiran.
Ini bagaikan satu rompakan siang oleh pihak astro yang semakin jelas mempunyai agenda tertentu pada musim ini. Aku ingatkan aku boleh tenang sementara menanti AF berakhir tetapi ada saja provokasi yang meracun ketenteraman jiwa.
Ya. Mungkin ada yang sudah menjangka tiada penyingkiran dan tidak perlu gigih mengundi pada minggu tersebut. Tetapi aku rasa kebanyakan yang mengundi bukan risaukan pelajar kegemaran mereka tersingkir tetapi untuk memastikan pelajar tersebut mendapat lebihan undian yang akan dibawa ke minggu akhir yang seterusnya dapat memberi saingan sengit kepada pelajar jalan pintas yang akan terpilih melalui AFMASUK.
Petisyen di atas adalah untuk meminta ASTRO menambahkan semula kesemua undian konsert ke 9 kepada empat pelajar tersebut demi keadilan kepada para pelajar yang bersusah payah menempuhi segala cabaran minggu demi minggu untuk terpilih ke konsert akhir. Juga keadilan kepada para pengundi mereka yang gigih memastikan pelajar pilihan mereka terus kekal.
Kepada yang ingin tahu lebih lanjut dan jelas tentang kebatilan ini sila ke http://badrulaftersix.blogspot.com
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kedudukan pelajar seperti yang disiarkan di dalam Diari AF malam tadi:
1 = YAZID
2 = HAFIZ
3 = ARIL
4 = AKIM
5 = ISMA
Kredit foto: http://www.klubbkidd.com
May 14, 2009 at 10:51 AM
May 14, 2009 at 10:56 AM
May 14, 2009 at 10:57 AM
May 14, 2009 at 11:06 AM
May 14, 2009 at 11:07 AM
mmg tngah hangin neh..
dr 1st week dok undi akim..
tetibe undi tuh di reset back..
jahat sungguh!!
kalo aril tbe2 bleh jd jore,
no wonder laaa..hampeh jek..
geram neh...
May 14, 2009 at 11:18 AM
patut lah isma kebwh terus..
INI MMG X ADIL!!!
MMG DA AGAK DA ASTRO RESET KMBALI..
PAHAPE ENTAH..
ISHHH
NI LEH MENDTGKAN KEMARAHAN!!!
May 14, 2009 at 11:22 AM
Cik Intan: yeah perompak siut!
May 14, 2009 at 11:23 AM
May 14, 2009 at 11:23 AM
May 14, 2009 at 11:26 AM
Rasa mcm dipermainkan pulak. Sarimah plak duk pesan2 suruh undi sepanjang minggu tu. mmgla tau takde penyingkiran tp org nak kumpul undi tu for final.tak sangka camni. tolong komen kat blog Badrul tu sbg sokongan petisyen. spread the words skali.
Syazwan:
mmg geram sgt bila dpt tau. ada je provokasi diorang. sebarkan.. semua peminat Isma, Hafiz, yazid, Akim mari bersatu sokong petisyen Bad tu.
May 14, 2009 at 11:28 AM
dah biasa la kitorang ingat sama mcm AF2 n AF4 dulu. bila tiada penyingkiran mmg undian carry forward to next week. tahun ni saja nak create kontroversi
Rizz: cepat rizz join sokong petisyen tu. visit blog Bad tu. Akim di kedudukan bahaya.
May 14, 2009 at 11:30 AM
peminat AF duk sibuk kumpul undi
May 14, 2009 at 11:36 AM
yea tak kisah derma duit undi tu kat diorang asalkan mmg digunakan. bukan useless terus reset. klu ada penyingkiran takpe gak. dh tau mmg takde punya..sebab tu undi gak dgn harapan akan carry forward spt musim2 lepas yg ada AFMASUK.
May 14, 2009 at 11:39 AM
sakit ati je bile die reset balik..
ade je agenda diorg nie kan..??
memang keji pon..
kalo aril jadi juara memang akan aku benci la die tue.. =)
May 14, 2009 at 11:39 AM
sakit ati je bile die reset balik..
ade je agenda diorg nie kan..??
memang keji pon..
kalo aril jadi juara memang akan aku benci la die tue.. =)
May 14, 2009 at 11:52 AM
yup.transformasi yg dicanang.kontroversi yg asyik berulang. apa agenda mereka ntahlah.
Aril tak bersalah tapi dia yg akan jadi mangsa provokasi astro ni.
Inilah antara bahana bila ada AFMASUK.
May 14, 2009 at 11:52 AM
May 14, 2009 at 11:56 AM
bagusla.. jiwa atty masih murni dpt watch dgn tenang. tp bagi yg tegar mereka telah invest dlm bentuk undian kpd pserta pujaan mereka sebab tu cepat emo.duit telah dilabur so ada hak utk bersuara jika nmpk kepincangan.
May 14, 2009 at 11:58 AM
May 14, 2009 at 12:01 PM
cerita ini hanya untuk golongan tegar sahaja. yg tidak berkenaan sila duduk, sandar sambil makan popcorn menyaksikan drama fanatikus AF ini :)
May 14, 2009 at 12:14 PM
tp rasenye musim kali ni undian sms merosot...tu yg ada af masuk tu...saje je nak duit uoolss...
p/s tp time af3 ze undi mawi world...hehehe
May 14, 2009 at 12:19 PM
tu la pasal. gigih sgt nak jadi musim yg plg banyak pulangan kot.
bro lak masa af3 lps mawi masuk n undian dia naik mencanak terus xde mood dah nak undi my choice..terus jd penonton murni je hehe
May 14, 2009 at 5:26 PM
ini tidak adil!
ohoho
itulah astro gamaknye..
huk3
May 14, 2009 at 6:24 PM
May 14, 2009 at 7:28 PM
Sedehkan dengan semua permainan ini.Chekdee sebagai pengundi aril pun sedih sebab chekdee pun faham, perkara seperti ini memang tidak adil.Chekdee pun tak kisah sangat akan kemenangan aril.... actually dia dapat afmasuk pun dah bonus...kita nak lihat dia buat persembahan sahaja..... dan kalau astro ambil kira undian minggu ke9, itu adalah keadilan untuk pelajar lain ....chekdee sebagai peminat aril pun ok...kita mulakan undian dari bawah sebab kalau adil...bila aril berpelang menang, kemenangan itu ok.... tapi kalau macam ini ..menang pun tak guna... kan....hmmm..sedeh-sedehhhh
Cuma, secara jujur, chekdee ingin bertanya.... Adakah dengan permainan astro ini membuatkan semua yang bukan penyokong aril akan membenci aril dan kami pengundi aril yang jujur? ....
Chekdee pun kesian kat aril ...dia lah korban permainan astro......
May 14, 2009 at 8:12 PM
ya. sy rasa seperti dipersendakan.seolah dirompak.semua sy dah luahkan sampai dah tak sanggup ceritakan semula. Latest news dari blog Bad, perkara ni dah jadi havoc kat astro n diorg akan buat kenyataan dlm diari malam ni. tak tau la apa yg dioarng nak pusing pulak kali ni.
psl nasib aril..sy ada jugak pendapat sendiri tp biarlah i luahkan bila tamat AF. nnt kita reflect semula sbb masa tu semua dah berakhir so kepanasan kurang :)
May 14, 2009 at 11:53 PM
May 15, 2009 at 6:22 AM
May 15, 2009 at 9:45 AM
cayork2 siap wt petisyen lagi...klu pun tak diterima atleast diorang tau ada yg tak suka dan tak setuju!
May 15, 2009 at 12:30 PM
petisyen tu dah kecoh kat astro. diorang dah tau tp still tanak masukkan balik dlm % 4 org tu. justifikasi spt yg di nyatakan dlm diari malam td hanyalah kedudukan undian minggu ke 9 tu akan menentukan giliran utk konsert final ni. i still x puas hati.