Buat julung-julung kalinya aku ingin membuat ulasan Konsert Akademi Fantasia di blog ini. Sebelum ini segala ulasan santai dan hiburan aku luahkan di blog Alter Ego kerana aku rasakan blog ini terlalu serius untuk Akademi Fantasia. Kali ini aku terpanggil untuk menulis di sini mungkin kerana tema Teater Muzikal yang sesuai dengan jiwa dan minat aku.
Sebelum itu aku ingin sentuh fasal AFMASUK. Memang aku sudah agak akan ada pengumuman gimik ini pada minggu ni. Tambahan pula bila melihat Principal Tiara yang konon terkejut tak tentu hala ke sana ke mari lalu mengumumkan mandatnya sebagai Pengetua dengan memberi peluang undian AFMASUK untuk bekas pelajar yang kandas.
Semua ini telah dijangkalah wahai principal! Tak perlu lakonan-lakonan murahan sebegitu. Bukankah lebih mudah jika diberikan saja AC umumkan. Rakus mencuri air time berdrama sampaikan Claudia dan Aishah pun tidak diberi peluang berucap langsung walhal masa masih panjang lagi. Keji!
Bagi aku AFMASUK ini tidak memberi apa-apa makna melainkan untuk menguntungkan ASTRO semata. Ini tidak termasuk penafian terhadap komitmen para penyokong yang bertungkus lumus memastikan idola mereka kekal, pencabulan hak dan ketidakadilan kepada pada para pelajar yang masih kekal yang mana mereka terkurung di dalam Akademi, sudah tentu tidak punya kelebihan seperti bekas pelajar yang bakal di AFMASUK yang berpeluang untuk merancang strategi dengan para penyokong dan kaum keluarga mereka. Kredibiliti AF semakin korup!
Baiklah, Berikut adalah ulasan aku menurut urutan persembahan. Perlu diingatkan selera kita tak mungkin sama. Mungkin pada kacamata, selera dan interpretasi aku berbeza dengan kalian. Jadi, terimalah seadanya ya.
DEWA PERANG – Semua Pelajar
(Maaf, ulasan akan disambung nanti. Penulis tiba-tiba mengalami kecelaruan emosi)
----------------------------------------Edited 03/05/2009 19:45pm---------------------------------------------
Aku mengambil keputusan tidak akan membuat ulasan tentang persembahan para pelajar atas rasa hormat dan kekaguman aku atas pengorbanan, keazaman, kesugguhan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan mereka.
Dalam hanya kurang dari seminggu mereka dapat mempamerkan satu persembahan yang amat membanggakan. Bayangkan mereka perlu beraksi dalam pelbagai koreografi, berlakon, menari, menyanyi pada masa yang sama. Disebabkan ini, jika ada segala kekurangan dan kekhilafan dalam persembahan aku sedia lupa dan maafkan.
Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:
YAZID – 29
ISMA - 27
HAFIZ – 15
AKIM – 10
AISHAH – 9
CLAUDIA – 9
Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:
YAZID – 22
HAFIZ – 21
ISMA - 20
AKIM – 14
AISHAH – 13
CLAUDIA – 11
Berikut merupakan antara gambar-gambar aksi menarik para pelajar AF7 semasa konsert semalam. Kredit pada Joe Lee@Klubbkidd. Untuk menikmati lebih banyak gambar-gambar menarik sepanjang konsert sila ke blog beliau di http://www.klubbkidd.com.
*Klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Kredit foto: mstar.com.my, klubbkidd.com