TAHNIAH HAFIZ!
Kedudukan AFUNDI sebelum konsert bermula:
Hafiz - 44%, Aril - 22%, Yazid - 15%, Akim - 13%, Isma - 6%
Kedudukan AFUNDI selepas undian ditutup:
Hafiz - 46%, Aril - 22%, Akim - 18%, Yazid - 9%, Isma - 5%
Walaupun persembahan Hafiz agak kurang menyerlah dengan impak yang minima tetapi aku tidak salahkannya 100%. Ini Konsert Akhir, selama sembilan minggu sudah pasti semua sudah ketahui dan yakin dengan kelebihan anak muda berasal dari Sarawak ini. Rata-rata telah menyakini dan memilihnya sebagai juara di hati masing-masing sedari awal lagi. Selamat datang ke industri hiburan Malaysia, Hafiz. Di situlah cabaran sebenar bermula. Masamu telah tiba. Gear up!
Aku tak pasti sama ada akan membuat ulasan penuh Konsert akhir AF7 ini atau tidak kerana segala-galanya telah terungkai. It would not matter anymore. Apa yang aku inginkan telah pun menjadi kenyataan. Perjuangan telah selesai. Yang penting selepas ini aku sudah boleh menjalani hidup aku dan berkarya dengan tenang. Itu yang paling bermakna bagi aku.
Namun begitu, jika sisa-sisa mood AF aku masih ada aku mungkin akan cuba membuat ulasan penuh esok. Buat masa ini satu perkataan yang boleh aku katakan untuk menggambarkan keseluruhan konsert adalah – HAMBAR. Lagu-lagu baru yang sepatutnya menjadi umpan pertama untuk mereka mencipta nama kedengaran tidak mesra telinga. Seolah pilihan tangkap muat.
Tahniah juga kepada:
ARIL (Naib Juara)
AKIM (3rd)
YAZID (4th)
ISMA (5th)
Kalian tetap juara di hati penyokong masing-masing. Gelaran juara bukanlah segala-galanya. Persaingan sebenar adalah di luar sana. All the best!
Selamat mewarnai industri hiburan tanahair buat semua.
Kredit foto: http://www.astro.com.my/akademifantasia