Sabtu 16 Mei ini adalah hari penentuan bagi empat orang pelajar Akademi Fantasia 7. Antara Akim, Aril, Hafiz, Isma dan Yazid, siapa yang akan dijulang sebagai juara musim ini? Kepada para peminat tegar Akademi Fantasia yang telah terjerumus dalam permainan ASTRO seperti aku, silalah dermakan kredit handphone kalian untuk calon-calon juara pilihan hati. Hantar AFUNDI10 ke 32999 kepada yang layak. Kalian penentunya.
Aku sendiri seolah tidak percaya tahun ini aku menjadi begitu kemaruk dan fanatik dengan Akademi Fantasia walaupun telah saban tahun sejak musim pertama lagi sudah biasa dan masak dengan segala gimik yang dihidangkan. Dengan kata lain makin cuba dibuang makin rapat pula dia datang menggomol.
Namun tahun ini aku dapat saksikan makin ketara kejelekan perangai sesetengah fanatikus AF yang bagaikan cacat emosi, meroyan menggunakan kata-kata kesat bersalut penghinaan untuk menjatuhkan pelajar yang tidak mereka sukai. Mungkin juga paranoia, tidak pun desperasi tinggi, terlampau risau jika ada pelajar lain nampak boleh menggugat kedudukan pelajar pujaan mereka. Sikap sebeginilah yang menjangkiti penyokong lawan yang akan bertindak balas. Bagi yang beragenda pula mereka sengaja bertalam dua atau menjadi batu api untuk melagakan sesapa peminat. Peminat AF tidak lagi murni seperti dahulu yang mana saling menyokong, tidak berpuak-puak seperti kini.
Tindakan mereka ini impak negatifnya akan tertimpa pada pelajar itu sendiri. Pelajar yang naif tentang perlembangan luar yang akan jadi mangsa kebencian. AF kini bukan lagi hiburan santai mesra keluarga seperti mula-mula diperkenalkan dahulu. Kini ia menjadi sebuah medan politik kotor lagi keji.
Seperti pilihanraya umum, musim AF telah menonjolkan keluar sisi gelap sesetengah manusia dalam mencapai agenda mereka. Astro pula ghairah memainkan segala sentimen untuk menghangatkan lagi permainan ini. Maklumlah yang penting keuntungan. Terapan nilai murni insan diketepikan demi untuk memastikan nilai ringgit terus mengalir masuk.
Aku seperti peminat tegar AF yang lain, mahu melihat pelajar pilihanku ditabalkan juara tapi pada masa yang sama tidak sabar untuk semua ini berakhir. Terus terang aku katakan jiwa aku sengsara sepanjang musim AF ini hinggakan tidak mampu lagi berkarya tenang untuk topik lain. Begitu hebat jangkitan AF ini bagi jiwa yang berimunisasi lemah seperti aku.
Seawalnya aku berhasrat untuk melihat sendiri konsert akhir ini di Stadium Putra, Bukit Jalil tetapi atas urusan yang perlu diselesaikan pada hujung minggu ini aku terpaksa membatalkannya, Mungkin tiada rezeki aku pada tahun ini. Ironinya setelah aku membuat keputusan tidak mahu pergi, tiba-tiba aku dapat tahu tiket axcess telah membuka jualan tempat duduk ARENA yang berharga RM50 itu. Sebelum ini aku sangka hanya tinggal tempat duduk Upper Tier yang berharga RM10 sahaja tinggal. Tempat duduk ARENA inilah yang menjadi target aku untuk mendapatkannya sebelum ini.
Aku tidak begitu berminat melihat dari Upper Tier yang sudah pasti impaknya minima. Alang-alang melihat secara langsung lebih berbaloi rasai kehangatannya sehampir yang mungkin. Jadi, kepada yang masih belum mendapatkan tiket sila serbu atau beli secara online di http://www.axcess.com.my sebelum kehabisan.
Tahun depan aku dengar tetap akan diadakah musim kelapan kerana kontrak AF telah disambung untuk lima tahun lagi. Entahlah aku tidak pasti maklumat ini benar atau sebaliknya. Persoalannya yang hanya aku peduli adakah aku terus akan menjadi fanatikus AF untuk lima tahun lagi? Harapan aku biarlah tahun ini yang terakhir. Jika AF hendak ditamatkan terus pun aku redha. Tidak sanggup lagi rasanya terjerumus dalam drama dan permainan politik hiburan picisan ini.
Kredit foto: http://www.klubbkidd.com
May 13, 2009 at 10:43 AM
hik3
May 13, 2009 at 10:55 AM
dari dulu hingga kini..
ntah kenapa
May 13, 2009 at 10:55 AM
May 13, 2009 at 10:56 AM
May 13, 2009 at 10:57 AM
jangan mula tengok. kebarangkalian terasuk sama sgt tinggi! :P
May 13, 2009 at 11:02 AM
May 13, 2009 at 11:04 AM
So teruskan gerak gempur AFUNDI AKIM! :)
May 13, 2009 at 11:18 AM
May 13, 2009 at 11:40 AM
May 13, 2009 at 12:43 PM
rizz: hehe yea..mcm demam pilihanraya negara lak. xpe mana tau last minit if sempat pegi corey calling2.
May 13, 2009 at 2:14 PM
May 13, 2009 at 3:58 PM
May 13, 2009 at 7:10 PM
tgk kt rmh lagie besttt..dpt guling2 ngan abg pomen & anak2...huhuhuh
May 13, 2009 at 7:17 PM
huhu
=D
May 13, 2009 at 7:26 PM
Eazy: Yea nntkan. eazy pegi kan.. jgn lupa buat review suasana kat sana
May 13, 2009 at 8:20 PM
Bro Corey pun kemaruk Af7 rupa²nya..
xpelah gi layan..
Pojie kurang bminat..
btw ada award utk bro di blog Pojie sila la amik ok!
May 13, 2009 at 8:59 PM
hehe tula tahun ni lelebih lak kemaruknya.pra midlife crisis kot hehe.
ye ke pojie tak minat. dengar gigih gak nak pi final.
Thanks for the award.nnt bro amik k.
May 13, 2009 at 10:59 PM
May 14, 2009 at 12:17 AM