Posted on Tuesday, May 26, 2009

Dilanda Kemalasan Maksima

Aku apabila sudah malas, ilham datang bertalu-talu pun tiada mood untuk curahkan dalam bentuk penulisan. Sejak sabtu lepas entah apa yang melandai diri aku pun tak tahu. Asyik tidur saja. Antara aktiviti harian aku kebelakangan ini:

  • 5.30 am: Bangun pagi, lepak-lepak depan laptop,  Solat , Tidur semula
  • 11.00 am: Sarapan (jika bangun), Online ym, jika tiada yang layan..offline, tidur
  • 1.00 pm : Terjaga sebab rimas, mandi, Online ym, jika tiada yang layan..offline, check torrent downloads, tonton mana-mana dvd movies yang sudah siap didownload, baca blogs, forums,  check maybank2u dan cimbclicks, blog surfing lagi..mata letih, tidur
  • 4.00 pm – Terjaga, makan jika lapar, lepak depan laptop, Online ym, jika tiada yang layan..offline, taip penambahan dua tiga perkataan dalam novel, mata jadi berat..bla bla bla bla

Ahh sudahlah! Bosan.. tengok tu! nak habiskan menaip aktiviti harian pun malas. Mungkin tiada yang menarik dalam hidup aku sekarang sejak tidak lagi bekerja ikut rutin pejabat. Barulah aku merindui kembali cabaran bekerja seperti orang lain dahulu tetapi jika difikirkan kembali.. no turning back. Aku telah nekad, bersusah payah untuk mengambil jalan ini. Perancangan harus diteruskan.

Mungkin apa yang aku perlukan adalah masa untuk bersantai. Sudah lama tidak bercuti mahupun berfoya-foya. Inilah masanya untuk melihat keindahan dunia luar. Memerap saja di rumah mungkin telah membuatkan hidup aku  malap, tiada warna sebegini.

Ya! aku mengambil keputusan akan pergi bercuti selama dua minggu untuk refleksi dan rejunivasi semula diri. Destinasi pertama mungkin ke KL . Dengar-dengar member aku nak shooting iklan. Mungkin join mereka sekejap. Seterusnya belum dirancang lagi. Barangkali mengembara sekitar destinasi menarik di Malaysia. Jika kalian ada idea tempat-tempat menarik yang sesuai untuk relaksasikan tubuh dan minda, sila kemukakan.

Dengan ini, aku declare blog Corey Alias: Melankolia Seorang Philophobic akan hiatus selama dua minggu. InsyaAllah, Jika ada akses internet atau semangat kerajinan muncul, aku akan update di mana-mana destinasi nanti. Perjalanan akan dimulakan Jumaat ini.

Tata!


21 Responses to Dilanda Kemalasan Maksima

  1. Suziey Ahmad
    May 26, 2009 at 11:56 PM
    umangaih 2 minggu..lamanya
  2. Corey
    May 27, 2009 at 12:15 AM
    suziey:

    wah blum tidur lagi eh ahkak suziey kite.
    yeah 2 minggu tu maximum.maybe less.kira tu estimational utk i relax puas2 buang segala aura n habit negatif dlm diri dan kembali as a new man.
  3. watie wyyn
    May 27, 2009 at 3:32 AM
    uols sebenarnye perlukan teman tapi mesra la corey!
    there's something missing in ur life! walau 18 minggu u cuti nak relaks pun still ada benda yg missing tu..so cari2 la yerk!Hiks
  4. Corey
    May 27, 2009 at 6:28 AM
    mummYaeesh:

    semua ni disebabkan jiwa kosong eh?
    alamak.cuba deny tp maybe betul fakta mummY tu.cuma hati i ni je mcm blum terbuka utk berkongsi dgn sesiapa.
    tengokla jumaat ni bila i start my journey if ditakdirkan jumpa somebody, i redha :)
  5. b0b0y
    May 27, 2009 at 7:51 AM
    2 minggu ni p wusya awekk.. kalu x dpt anda x dibenarkan berbloging2 nie... wakakakakakaka...
  6. Blog Eazy Izzuddin
    May 27, 2009 at 9:54 AM
    uish
    lamenye 2 minggu
    huhu
    lorh
    bro de ym erk?
    pe ym bro?
    he2
    xD
  7. cik helena
    May 27, 2009 at 10:01 AM
    jgn malas..sila amik sijil yah!
  8. ~miszirdawaty~
    May 27, 2009 at 10:50 AM
    malas itu bgs.
    haha~
  9. Corey
    May 27, 2009 at 11:31 AM
    boy:
    hehe tanokk..
    berat sgt rules tu.cari awek bukan mcm belek ikan dipasar hehe.


    Eazy: 2 minggu tu estimate jer. ym ade.. mistacorey@yahoo.com
  10. Corey
    May 27, 2009 at 11:33 AM
    helena:
    sijil ape? sijil nikah ker


    misz:
    hehe bagus yer.mula2 dulu enjoy gak bermalasan ni tp lelama dah jadi rutin boring gak.
  11. farish izaryl @izreez
    May 27, 2009 at 12:06 PM
    wah leh la jupe bro pasni g kl hahahha
  12. Corey
    May 27, 2009 at 12:19 PM
    rizz:

    hehe insyaAllah jika tiada aral :)
  13. attyfir
    May 27, 2009 at 12:54 PM
    corey..u sehat ke..

    kty pn sjk akhir ni no idea ar nak hapdet blog
  14. Corey
    May 27, 2009 at 1:03 PM
    atty:
    badan dah sihat. kat atas ni kot tak sihat
  15. syafiqahjasmin
    May 27, 2009 at 8:59 PM
    syafiqah : (ehehe, saja je nak buat macam reply comment konon lah ada org nk comment kan, konon) okay, selamat berhibernasi(hibernate?). IM LEAVING MY HOUSE SOON, T_T, dah besar dah kan saya padahal masuk uitm dekat je. TAK PE TAK PE.
  16. mr.syazwan
    May 28, 2009 at 11:23 AM
    F
    U
    U
    U
    Y
    O
    O
    O
    O

    g kl erk??
    JOM G KOTA METROPOLITAN..
    SHOPPING2..
    ^_^
  17. Hezesuze
    May 28, 2009 at 5:26 PM
    aik! ingatkan ze ler paling lama stop berbloging...ghupe2nye bro lagi ler lama ek...

    online YM??? x penah nmpak pun...asyik2 OFFline ajo..huh!

    nak tgok shooting iklan....ermmm cam menarik ajo...nak itooooooottt bleh...bleh kita ronda2 jln2 carik makwe kekdahnye...huhuhuhu
  18. Corey
    May 28, 2009 at 11:17 PM
    syafiqah:
    hehe thanks tlg jawab. study smart ya!

    syazwan:
    InsyaAllah jika free. buat masa ni impromptu tak rancang apa2.. ikut haluan jer. ntah2 terus detour tak gi KL hehe


    Heze:
    bro online kejap pastu off balik .. maybe wrong timing ler tu.x caya tanya boy, dia slalu right timing..slalu chat ngan dia :P.

    Shooting iklan tu just keteringinan. menjadi ke tak pegi blum tentu sbb kali ni cuti mmg tak rancang..ikut sedap ati jer.makwe? hehe masih blum dtg seru :P
  19. attyfir
    May 30, 2009 at 10:06 AM
    tu ar corey..cari le suri..

    nanti join gathering 28 june..eh mai turun kl
  20. Pojiepooh Abdullah
    June 2, 2009 at 6:03 PM
    bestnyerr cuti lelama!!
    jgn lupa blog tau!!
    update cepat ok!
    bli ole2 tau!!
    hehehe..
    ngade aku!
  21. Cik Jannah
    June 6, 2009 at 6:26 PM
    uiks lama plk tuan blog nak bercuti..
    camat bercuti~!

    :)
    buang sifat mls tuH~

    hik3