Posted on Thursday, May 21, 2009

Zee Avi: Ikon Sebenar

Dalam keghairahan kita melaburkan wang ringgit dalam misi untuk menabalkan idola bintang realiti pujaan kita menjadi ikon hiburan tanahair, kita terkadang lupa bahawa terdapat ramai lagi insan seni suara berbakat besar dalam negara kita yang tidak berpeluang, dinafikan atau pun tidak berminat untuk mengikut jalan pintas melalui persada hiburan picisan.

Mereka ini mungkin mahu menjadi diri sendiri dan mahu take control hala tuju mereka dalam dunia muzik. Kebanyakan dari mereka ini mencari alternatif sendiri bergerak mengikut aliran yang kita kenali sebagai underground dan indie.

Golongan inilah yang lebih menghargai muzik kerana ia datang terus dari jiwa dan interpretasi sendiri, bukan hanya mengikut telunjuk orang lain yang hanya mementingkan komersil dan keuntungan.

Entry ini adalah dedikasi aku untuk seorang insan seni, rakyat Malaysia tulen yang lahir dan membesar di Malaysia tetapi telah berjaya menempa nama di Amerika Syarikat. Peliknya kejayaan beliau seperti tidak disedari oleh majoriti dari kita. Media massa Malaysia seperti tidak mengendahkan kejayaan beliau ini. Hairan. Adakah kerana beliau bukan lahir dari pertandingan nyanyian atau program realiti?

Gadis ini adalah Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Ali Rahman (jika tidak silap).

Dilahirkan di Miri, Sarawak sebelum menetap di Kuala Lumpur. Beliau turut dikenali sebagai Kokokaina di dalam YouTube.

Di YouTube inilah bakatnya di kagumi oleh seluruh masyarakat YouTube dari seluruh dunia sehinggakan YouTube telah meletakkannya sebagai salah satu feature di muka depan laman web tersebut disebabkan hits tinggi yang diterima oleh video-videonya. Yang menariknya beliau bukan hanya mempunyai suara yang lunak tetapi berbakat dalam menulis sendiri lagu-lagu nyanyiannya.

Populariti disamping kelunakan suaranya akhinya menarik perhatian recording company dari USA iaitu Bushfire Records yang dimiliki oleh Jack Johnson. Beliau telah pun merakamkan album di bawah label tersebut dan kini sedang melakukan tour promosi disekitar USA. Zee Avi sememangnya telah dikenali ramai disana dan persembahannya memang dinantikan peminatnya. Turut membanggakan beliau telah dijemput ke talkshows di sana dan lagunya, Monte telah digunakan dalam satu episod siri Private Practice.

Kejayaan Zee Avi ini telah membuka mata aku untuk tidak hanya menyanjungi bakat yang disogokkan di kaca TV tetapi perlu melihat dari sudut platform lain juga. Sesungguhnya Zee Avi harus menjadi idola pada semua yang ingin mengembangkan bakat dalam dunia muzik. Tiada yang mustahil. Yang penting jadi diri sendiri dan tahu apa yang diinginkan, jangan sekadar menanti suapan.

Semoga Industri hiburan di Malaysia akan lebih membuka mata kepada bakat-bakat sebenar di luar sana sebelum kesemuanya lari atau disambar orang luar.

Zee Avi. Inilah Ikon sebenar yang dicari-cari selama ini. Satu transformasi telah bermula. Dari seorang yang tidak dikenali kini bakal mengharumkan nama Malaysia. Nantikan debut albumnya yang akan mencecah pasaran Malaysia bermula 27 Mei ini.

Tahniah Zee Avi!

Berikut adalah antara koleksi videonya. Layarilah pautan berikut untuk info lanjut serta koleksi lagu/videonya:


22 Responses to Zee Avi: Ikon Sebenar

  1. Hezesuze
    May 21, 2009 at 8:26 PM
    wah da macam muke memey plak ze tgok..wakaka

    eh xpenah dgr pun name tu...zee avi..tp ttp bunyi nye ze kan..clust!

    uik! nape blog bro SY (bkn blog abg jem ek)stop plak...ishhh...

    p/s 28hb jun ni trun KL ek...bleh kita comolot...oppsss! tlebih sudah...
  2. Corey
    May 21, 2009 at 8:47 PM
    Heze:
    yea bunyi zee mcm heze hehe.muka cam memey tu xsgt kot.
    blog bro stop?maybe berat or connection bad ler tu.

    ekeke tengokla klu turun pun 28 tu maybe senyap2.tgkla camne if xde aral
  3. Blog Eazy Izzuddin
    May 21, 2009 at 8:50 PM
    macam pernah dgr n tgk...
    bile tgk video..
    sedap lah sore.
    gud2
  4. Corey
    May 21, 2009 at 9:02 PM
    Eazy:
    siapa rajin kat youtube mmg pnh nmpk.sblum disunting dia mmg aktif kat youtube dulu.
    mmg lazat suara dia.
  5. Hezesuze
    May 21, 2009 at 9:32 PM
    ishhh tgh tingtong latuh..
    bkn stop berblogging ler...

    awatnye blog SY tu berehat plak ...waduh2 enggak paham ini bapak...wakaka

    maybe berat or connection bad ler ...wakaka len yg dikomen len yg dijawap ek...wakaka lagik...
  6. Corey
    May 21, 2009 at 9:37 PM
    heze:
    ekeke tak betul ker pemahaman bro? ayoo naper la bro lmbt pickup mlm ni. cuba rephrase balik statement heze tu dalam bahasa skema.. maybe baru faham kot
  7. mr.syazwan
    May 21, 2009 at 9:47 PM
    nanti ZEE AVI ni da mencipta nama kat luar negara...

    baru laa industri muzik MALAYSIA nak mengaku ni penyanyi MALAYSIA kan??

    masa gini haram nak pandang...
    haram nak promote dia...

    dok promote budak2 bintang realiti yang adoo tu.. huhu
  8. Corey
    May 21, 2009 at 9:53 PM
    syazwan:
    btul tu. masa tula baru gigih nak bagi gelaran datuk semua.
  9. Blog Anuar Kamaruddin™
    May 21, 2009 at 9:57 PM
    entry yg samer...nuar pn promote dak nih gak :)
  10. Corey
    May 21, 2009 at 10:19 PM
    Anuar:
    bagus2. semoga ramai yang mengenali dan mengagumi insan berbakat besar ni.
  11. watie wyyn
    May 21, 2009 at 11:09 PM
    nice exposure..tak pernah tau pun pasal tis girl!
    sgt suka style sore dia...ala2 norah jones...and i like tis kind of music mcm yuna pun ada gak..lagu rocket!

    but really love her kantoi song..sgt cute!nak pomot gak la kat blog!woohoo
  12. Corey
    May 21, 2009 at 11:29 PM
    mummYaeesh:
    aah.. suara dan stail lagu dia menyegarkan.mmg muzik camni kegemaran org2 sana. kat sini je jrg org appreciate.
    silakan promote :)
  13. b0b0y
    May 22, 2009 at 8:37 AM
    calon isteri le tuuu.. saje je bagi hint2 kan... ekekekekkeke... larikkk!!!
  14. Corey
    May 22, 2009 at 9:18 AM
    boy:
    hehe kesitu plak boy ni. jauh berimaginasi tuu
  15. OBSCURE
    May 22, 2009 at 2:16 PM
    woww..xpenah dgr nama dia..baru 1st time tau kt blog corey ni..moga2 dia dpt terkenal di luar sana.. :)
  16. effafinette
    May 22, 2009 at 3:18 PM
    i love her voice!!
    best dengar lagu kantoi!!
    mix malay+english!!
    veryyyyyyyyyy talented!!!
  17. farish izaryl @izreez
    May 22, 2009 at 4:01 PM
    heheh si nuar pon ade publish n3 ni..look interesting n talented kann
  18. Corey
    May 22, 2009 at 4:06 PM
    OBSCURE:
    mula corey pun x tau.kurang explore indie scene..bila ternmpk dlm youtube baru sedar bakat dia.
  19. Corey
    May 22, 2009 at 4:08 PM
    Effa:
    same here. dengar suara dia mcm breath of fresh air. mmg ramai talented di luar mainstream scene mcm Yuna. Ini yg buat i wanna explore more and discover new talents.


    rizz:
    hehe yea. masa dia comment baru tau dia pun ada feature dlm blog dia/
  20. Erina Z Ellias
    May 23, 2009 at 4:38 PM
    Koko Kaina is the bomb!
    Dengarlah lagu melayu dia Kantoi, comel! :)

    http://www.youtube.com/view_play_list?p=6D7AB6B3B7C5164D&playnext=1&playnext_from=PL&v=RYa2ZR7yyR8
  21. farish izaryl @izreez
    May 25, 2009 at 2:23 PM
    wahh byknye sal cinte..bile la bro corey nk kawen ni..nk jd pngapit **wakakak larik!
  22. Frodo Baggins
    June 7, 2009 at 7:58 PM
    Bro Corey ~ mohon kopi pasta entry sal zee avi. will credit u!!! tqvm!