Showing posts with label Bushfire Records. Show all posts
Showing posts with label Bushfire Records. Show all posts
Posted on Thursday, May 21, 2009

Zee Avi: Ikon Sebenar

Dalam keghairahan kita melaburkan wang ringgit dalam misi untuk menabalkan idola bintang realiti pujaan kita menjadi ikon hiburan tanahair, kita terkadang lupa bahawa terdapat ramai lagi insan seni suara berbakat besar dalam negara kita yang tidak berpeluang, dinafikan atau pun tidak berminat untuk mengikut jalan pintas melalui persada hiburan picisan.

Mereka ini mungkin mahu menjadi diri sendiri dan mahu take control hala tuju mereka dalam dunia muzik. Kebanyakan dari mereka ini mencari alternatif sendiri bergerak mengikut aliran yang kita kenali sebagai underground dan indie.

Golongan inilah yang lebih menghargai muzik kerana ia datang terus dari jiwa dan interpretasi sendiri, bukan hanya mengikut telunjuk orang lain yang hanya mementingkan komersil dan keuntungan.

Entry ini adalah dedikasi aku untuk seorang insan seni, rakyat Malaysia tulen yang lahir dan membesar di Malaysia tetapi telah berjaya menempa nama di Amerika Syarikat. Peliknya kejayaan beliau seperti tidak disedari oleh majoriti dari kita. Media massa Malaysia seperti tidak mengendahkan kejayaan beliau ini. Hairan. Adakah kerana beliau bukan lahir dari pertandingan nyanyian atau program realiti?

Gadis ini adalah Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Ali Rahman (jika tidak silap).

Dilahirkan di Miri, Sarawak sebelum menetap di Kuala Lumpur. Beliau turut dikenali sebagai Kokokaina di dalam YouTube.

Di YouTube inilah bakatnya di kagumi oleh seluruh masyarakat YouTube dari seluruh dunia sehinggakan YouTube telah meletakkannya sebagai salah satu feature di muka depan laman web tersebut disebabkan hits tinggi yang diterima oleh video-videonya. Yang menariknya beliau bukan hanya mempunyai suara yang lunak tetapi berbakat dalam menulis sendiri lagu-lagu nyanyiannya.

Populariti disamping kelunakan suaranya akhinya menarik perhatian recording company dari USA iaitu Bushfire Records yang dimiliki oleh Jack Johnson. Beliau telah pun merakamkan album di bawah label tersebut dan kini sedang melakukan tour promosi disekitar USA. Zee Avi sememangnya telah dikenali ramai disana dan persembahannya memang dinantikan peminatnya. Turut membanggakan beliau telah dijemput ke talkshows di sana dan lagunya, Monte telah digunakan dalam satu episod siri Private Practice.

Kejayaan Zee Avi ini telah membuka mata aku untuk tidak hanya menyanjungi bakat yang disogokkan di kaca TV tetapi perlu melihat dari sudut platform lain juga. Sesungguhnya Zee Avi harus menjadi idola pada semua yang ingin mengembangkan bakat dalam dunia muzik. Tiada yang mustahil. Yang penting jadi diri sendiri dan tahu apa yang diinginkan, jangan sekadar menanti suapan.

Semoga Industri hiburan di Malaysia akan lebih membuka mata kepada bakat-bakat sebenar di luar sana sebelum kesemuanya lari atau disambar orang luar.

Zee Avi. Inilah Ikon sebenar yang dicari-cari selama ini. Satu transformasi telah bermula. Dari seorang yang tidak dikenali kini bakal mengharumkan nama Malaysia. Nantikan debut albumnya yang akan mencecah pasaran Malaysia bermula 27 Mei ini.

Tahniah Zee Avi!

Berikut adalah antara koleksi videonya. Layarilah pautan berikut untuk info lanjut serta koleksi lagu/videonya: