Posted on Thursday, April 30, 2009

Selamat Hari Pekerja!

Kepada semua bloggers dan sesiapa jua yang bergelar pekerja aku ucapkan Selamat menyambut Hari Pekerja. Memang best 1 Mei 2009 jatuh pula pada hari Jumaat, boleh terus sambung bercuti sehingga Ahad. Sesiapa yang hendak bersantai atau berfoya-foya inilah masanya.

Walaupun sekarang ini aku telah bebas dari cengkaman korporat dan organisasi tetapi aku masih menganggap diri ini sebagai pekerja. Bekerja dengan diri sendiri. Akulah Boss akulah kuli.

Setelah lama tidak bekerja di bawah orang lain aku terkadang timbul juga rasa bosan kerana tiada lagi rakan-rakan sekerja yang boleh jadi teman berbual. Dahulu hendak tak hendak terpaksa bekerja keras, laksanakan saja tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan setia, disamping perlu disiplinkan diri demi meningkatkan prestasi dan reputasi. Hujung bulan terima upah.

Namun setelah difikirkan kembali aku redha dengan jalan yang aku pilih ini. Aku telah puas menyusuri alam pekerjaan rutin sebegitu selama berbelas tahun. Kini tiba masa untuk aku berdikari menentukan sendiri jumlah rezeki tanpa limitasi yang aku idam-idamkan ketika terbelenggu dahulu.

Mungkin lain orang lain cara, lain pilihan. Ada yang selesa bekerja makan gaji tetap tanpa perlu risau apa-apa dugaan dan risiko yang mungkin menjelma sekiranya bekerja sendiri. Yang penting rezeki halal dan dapur berasap.

Apa-apa pun, Selamat bercuti! Semoga dapat rehatkan minda secukupnya dan rejuvinasikan semula khudrat untuk digunakan setelah kembali bertugas Isnin nanti. Bagi yang terpaksa bekerja tu redha sajalah. Anggap itu sebahagian daripada ibadat. Lagipun rezeki pasti berganda kan?

kredit foto: www.compassgroup.com.au


Posted on Monday, April 27, 2009

Mangsa Cinta Si Philophobic #1 - Kasih Gadis Tomboy

Hari ini tibalah masanya untuk aku kongsi bersama kisah pra cinta yang aku telah tempuhi setelah trauma cinta pertama. Kisah pertama dengan seorang gadis tomboy.

Gadis itu bernama Azur. Bukan Azura. NorAzur. Ketika aku mula menjejaki Institut tersebut kami tidaklah rapat malah tidak pernah terfikir satu hari kami akan menjadi sepasang kekasih. Salah satu sebabnya mungkin kerana dia seorang gadis yang agak kasar penampilan dan boleh dikategorikan sebagai tomboy.

Dari semester ke semester persahabatan semakin akrab. Setiap kali diberi tugasan kerapkali juga aku dipilih untuk masuk ke kumpulannya. Lama kelamaan timbul pula rasa suka. Seperti ada daya tarikan. Nak kata cantik tidak. Dia tidak gemar berhias atau bermake-up seperti gadis-gadis lain. Tapi aku rasa geram bila melihatnya. Mungkin disebabkan gerak lakunya yang cheeky dan poyo.

Aku lupa bagaimana ianya berputik. Mungkin kalau tidak silap aku pernah meluahkan dengan cara berseloroh dengan salah seorang kawan karibnya yang aku menyukainya. Rupa-rupanya aku dapat tahu yang aku tidak bertepuk sebelah tangan.

Pada masa itu aku tidaklah bertekad mahu hubungan yang serius sebagai pasangan kekasih. Cuma admirasi dan flirt sahaja tetapi setelah mengetahui aku meminatinya dia kelihatan agak malu-malu. Tidak lagi beraksi poyo terhadapku. Dengan erti kata lain dia “kontrol ayu”.

Tetapi apabila tamat kelas, Sebelah malamnya kerap pula dia melelefon aku di rumah untuk berbual kosong. Sesuatu yang tidak pernah dilakukannya dulu. Caranya seolah menanti reaksi lanjut dariku. Aku memahaminya tetapi apabila dia semakin intim aku jadi seolah janggal. Timbul perasaan gentar dalam diri. Mungkin juga aku tak boleh terima caranya yang seolah push aku untuk ke next level. Aku mungkin akan teruskan jika aku yang take charge dan mengemudinya secara slow and steady.

Aku pun kekadang hairan, bila mula menjalin sesebuah hubungan selalunya gadis tersebut yang akan memulakan gerak langkah. Mungkin disebabkan inilah aku rasa sedikit kaget dan janggal. Aku tahu dia menanti hari aku mengajaknya keluar bersama tetapi tidak pernah berlaku. Ketika berbual dia pernah memberi hint tetapi aku buat seolah tidak faham. Dari sinilah aku mula merasai yang aku gentar untuk melalui jalan cinta lagi.

Dipendekkan cerita, suatu malam seperti biasa dia menelefonku. Setiap kali dia menelefon timbul rasa bersalah kerana aku tidak pernah pun sekali pun punya inisiatif untuk menghubunginya walaupun sekali. Lalu aku meluahkan padanya yang aku mahu kami kembali menjadi kawan biasa seperti dahulu. Aku nyatakan yang aku rindu Azur yang dahulu. Gadis lincah, kasar dan poyo yang selalu make my day. Caranya sekarang seolah tidak menjadi dirinya sendiri.Pretentious. Aku tidak selesa jika orang lain berubah semata-mata kerana aku.

Aku luahkan juga yang aku belum bersedia mahu serius dengannya. Aku mintak maaf dan menyatakan yang aku tidak mahu dia kecewa satu hari nanti jika hubungan ini makin serius. Lebih baik putuskan sekarang sebelum semuanya masih berada di gear bebas.

Dia diam sepanjang perbualan aku. Akhirnya dengan nada tenang dia berkata “Takpelah kalau macam tu”. Lalu memutuskan talian.

Aku faham hatinya remuk. Harapannya hancur. Mungkin juga malu kerana aku menolak cintanya. Tapi aku masih anggap seorang gadis tomboy sudah tentu dia selamba, cekal dan tabah menghadapinya. Rupa-rupanya tidak. Aku dapat tahu dari rakannya yang selepas sahaja meletak telefon dia menghubungi rakannya dan menangis. Aku tidak pernah bayangkan gadis sepertinya dalam suasana duka dan menangis.

Sayu aku mendengarnya dan timbul rasa bersalah. Justeru aku bercadang meminta maaf secara muka ke muka. Tidak berhasil kerana dia kerap mengelak dariku. Malah tidak langsung mahu melihatku. Bila aku cuba tegur dia tidak mahu membalas. Tetapi kelakuannya telah kembali seperti biasa ketika berinteraksi dengan orang lain. Ceria, lincah dan poyo tetapi tidak lagi denganku.

Agak seminggu juga dia tidak menegurku. Akhirnya setelah berkali-kali aku cuba memperbaiki persahabatan kami melalui rakan-rakannya, dia kembali seperti biasa melayaniku sebagai seorang sahabat. Walaupun terkadang rindu dengan sisi romantisnya dulu namun aku sedar hakikat yang kami tidak mungkin dapat bersama.

Setelah tamat belajar kami terputus hubungan. Kali terakhir aku dengar dia telah pun berkahwin dan kini telah menukar penampilan dengan bertudung. Alhamdulillah. Tentu ayu kini. Aku doakan dia berbahagia bersama teman hidupnya…

Kredit foto: http://femifist.today.com


Posted on Friday, April 24, 2009

Perkahwinan dan kebebasan

Aku ingin bertanya kepada mereka yang telah berkahwin. Pernah atau tidak rasa rindu pada kebebasan yang dikecapi semasa zaman bujang? Dahulu hanya fikir diri sendiri sahaja, hendak ke mana-mana, pulang lewat malam, jumpa siapa saja, apa-apa aktiviti yang ingin dilakukan. Bebas. Tiada siapa yang larang. Tiada perlu report pada sesiapa.

Dahulu hanya menanggung diri sendiri. Poket kering tidak mengapa. Setelah berkahwin terpaksa memikirkan tanggungjawab untuk mencari nafkah untuk menyuap mulut-mulut lain. Malah perlu mementingkan mereka terlebih dahulu dari diri sendiri. Tiada wang bukan lagi alasan untuk melepaskan diri. Wajib mencari rezeki walau dengan apa cara sekalipun yang mampu demi menyara insan-insan yang kita tanggungi.

Semua ini salah adalah antara faktor yang aku fikirkan samaada aku cukup kuat untuk menerima tanggungjawab besar ini. Mungkin aku kebelakangan ini bukan lagi seorang yang suka bersosial dan berfoya-foya. Kini aku lebih suka suasana yang tenang dan aman tanpa gangguan. Ketenangan ini juga satu kebebasan bagi aku. Aku tak dapat bayangkan terpaksa korbankan semua ini, terpaksa bertoleransi dengan segala hectic kerenah keluarga dan berkongsi masa dan dedikasi hidup aku dengan insan lain sepanjang hayat.

Mungkin keengganan melepaskan kebebasan dan kepentingan diri sendiri sebagai orang bujang ini salah satu tanda aku masih belum bersedia menempuh alam perkahwinan.

Gambar di atas sekadar gambar hiasan atas izin pemiliknya, Hezesuze. Hezesuze dan pasangannya ini antara pasangan yang telah berkahwin yang aku takjub dan kagumi kerana dari segi observasi, aku dapati hidupnya tetap ceria dan bebas walaupun sudah punya deretan cahaya mata. Lawatilah blognya di sini dan tatapilah wajahnya yang penuh blissful dan kepuasan hidup rumahtangga. Mungkin Heze telah ditakdirkan bertemu jodoh dengan soulmate sehati sejiwanya. Melihat mereka seolah memberi harapan baru dan inspirasi pada aku dan dapat menangkis persepsi negatif dalam diri berkenaan alam perkahwinan.

Disclaimer: Entry ini TIDAK dibayar mahupun disponsor oleh Hezesuze. Sekadar admirasi.


Posted on Wednesday, April 22, 2009

Cinta selepas kahwin lebih manis dan bahagia?

Kebelakangan ini aku teramat sibuk akibat dari segala tanggungjawab di alam realiti. Nak update blog pun kekadang tiada ilham akibat penat dan kekusutan fikiran. Bagi mereka yang menantikan kisah lanjut “Mangsa Cinta Si Philophobic” harap bersabar ya. Coming soon.

Baiklah. Merujuk pada tajuk di atas aku ingin berkongsi revelasi aku tentang adakah Cinta selepas berkahwin lebih manis, bahagia dan kekal? Pada yang telah berkahwin, pendapat dan pandangan kalian juga amat dialu-alukan.

Bagi aku secara personal terasa betulnya pendapat tersebut berdasarkan pengamatan aku yang mana pasangan yang bermula dengan percintaan sebelum ke jinjang pelamin selalu mengalami konflik rumahtangga. Berikut merupakan antara point aku yang menyokong topik ini. Jika ada lagi akan aku tambah kemudian. Jadi, sesiapa yang ada idea sila kemukakan.

1. Konflik terjadi disebabkan cinta telah habis diluahkan semasa zaman bercinta sehinggakan tiada lagi yang tinggal untuk bekalan untuk alam rumahtangga seterusnya mengakibatkan timbulnya perasaan jemu dan bosan dengan pasangan.

2. Tiada lagi kemanisan. Ini ditujukan pada pasangan kekasih yang terlalu jiwang dan rakus sehingga terlanjur. Jadi, apabila mereka telah berkahwin, tiada apa lagi yang istimewa untuk dipersembahkan pada pasangan.

3. Setiap hari dan selamanya merupakan bulan madu bagi mereka yang bercinta selepas berkahwin kerana setiap hari merupakan satu pengembaraan untuk mempelajari dan menerokai hati budi pasangan. Jika dah puas bercinta sebelum kahwin rasanya sudah tiada thrill.

4. Sejarah membuktikan bahawa perkahwinan selepas berkahwin kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Ini terjadi pada orang-orang lama yang mana perkahwinan mereka diatur oleh ibu bapa mereka. Contoh terdekat adalah parents aku sendiri. Mereka hanya mengenali satu sama lain pada hari pernikahan itu sendiri. Alhamdulillah kekal bahagia sehinggalah bapaku meninggal dunia baru-baru ini. Ibuku dengan penuh setia tanpa keluhan menjaga bapaku ketika arwah sakit.

5. Melalui sumber yang aku baca, bercinta selepas berkahwin sebenarnya adalah sunnah junjungan kita, Rasulullah S.A.W sendiri. Ini untuk mengelak zina dan perlakuan yang boleh menjurus ke arah itu. Rasanya majoriti yang sedang bercinta pasti mempunyai imaginasi dan nafsu untuk bermesra dengan kekasih mereka yang sudah tentu bukan muhrim.

Tentu nanti ada yang bertanya apa motif aku bangkitkan topik ini. Adakah aku akan mengambil jalan ini untuk menamatkan zaman teruna bujangku?

Jawapannya aku sendiri belum mengetahui. Masih menanti seru. Masih belum yakin adakah aku sanggup memperjudikan nasib aku dan masa depan anak dara orang dengan berkahwin dengan sesiapa sahaja pilihan rakan atau keluarga dengan cuma berlandaskan harapkan cinta akan bersemi selepas berkahwin. Aku masih gentar dengan segala kemungkinan…

Kredit foto: http://www.mississippifamilylawblog.com


Posted on Sunday, April 19, 2009

Majlis Tahlil

Siang tadi telah diadakan Majlis Tahlil sempena 40 hari pemergian Allahyarham Ayahandaku. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar .Walaupun pada mulanya aku agak risau juga kerana tiba-tiba hujan turun dengan lebat tapi selang beberapa minit kemudian kembali teduh dan orang ramai bertandang melebihi jangkaan. Syukur sekali lagi kerana makanan yang disediakan mencukupi untuk semua para hadirin. Semoga Allah memberkati semua yang sudi hadir mensedekahkan tahlil dan bacaan yasin pada Arwah.

Walau telah lebih dari sebulan Arwah ayahandaku telah pergi menemui Penciptanya, aku terkadang seolah tidak percaya yang beliau sudah tiada lagi di dunia ini. Realiti tiba-tiba menghempap bila aku telah sedar akan hakikat yang aku kini tidak berbapa lagi. Namun begitu aku masih tabah. Masih tidak mampu menangis walau pada hakikatnya jiwa aku mudah rapuh kalau di situasi-situasi lain yang meruntum jiwa.

Semoga roh arwah ayahanda sentiasa terpelihara dan sejahtera di sana.

Amin


Posted on Friday, April 17, 2009

Wujudkah seseorang yang dicipta khas buatku?

Persoalan di atas selalu bermain difikiranku. Walaupun buat masa ini aku selesa berseorangan tanpa teman hidup tetapi nun jauh di lubuk sanubari terpendam hasrat untuk mencinta dan dicintai. Aku sudah biasa berdikari dan tidak perlukan orang lain untuk menjaga diri dan makan minumku tapi persoalannya.. sampai bila?

Jika aku berfikir jauh ke hadapan aku jadi takut. Risau sampai bilakah aku akan begini. Adakah satu hari aku akan sakit dan mati sendirian tanpa belaian kasih seorang isteri dan anak-anak?

Terkadang aku cemburu apabila melihat atau membaca blog-blog rakan yang dengan bangganya mempamerkan kemesraan bersama teman hidup dan cahayamata mereka yang comel. Walau ada diantara mereka yang telah nampak kertu dimamah aura rumahtangga namun kasih sayang mengatasi segalanya.

Konklusinya apabila telah berkeluarga, rupa dan fizikal bukan lagi jadi kriteria utama. Aku jadi tersentuh bila melihat cinta yang tidak berbelah bagi sebegini. Keinginan memiliki dan menghirup kemanisan sejati bersama insan yang telah diciptakan khas buat aku memang meluap tapi apakan daya. Buat masa ini aku masih sabar menanti saat manis itu jika telah ditakdirkan memang ada seorang wanita yang diciptakan buatku.

kredit foto: http://cworth.org

Posted on Tuesday, April 14, 2009

Mangsa Cinta Si Philophobic - prelude

Bagi yang telah mengikuti kisah " Trauma Cinta Pertama "ku dalam entry yang lepas-lepas tentu telah mengetahui bagaimana aku bermula dari seorang pencinta akhirnya menjadi seorang yang fobia cinta.

Namun aku pada asalnya tidak terus mengalah pada hakikat yang aku tidak lagi mampu bercinta. Aku terus juga berusaha mencari cinta bagi mengisi kekosongan jiwa tetapi semuanya tidak berhasil. Aku pula end up menjadi seorang pemangsa yang acapkali mengecewakan gadis-gadis murni yang mengharapkan secebis cinta sejati dariku.

Sumpah. Aku memang ikhlas melamar atau menerima cinta dari mereka. Tidak pernah terniat untuk menzalimi mereka tetapi setelah cinta itu aku perolehi aku tiba-tiba jadi tergamam, hati kebas. Aku seolah jadi bodoh, tidak pandai lagi bagaimana menjaga hati seorang kekasih, blur.. hilang skill bagaimana mengambil hati wanita, tidak lagi romantis seperti Corey yang dahulu. Pendek kata aku bagaikan naif, seolah tidak pandai atau tidak pernah bercinta.

Entry ini merupakan prelude atau intro bagi salah satu kisah hidup philophobia aku yang aku ingin kongsi pada sesiapa yang sudi membaca. Kali ini aku pula yang berada di posisi terbalik yakni sebagai seorang pemangsa. Nantikan “Mangsa Cinta Si Philophobic – Part 1” tidak lama lagi.

Bagi yang belum mengetahui atau ingin mengikuti kisah cinta pertama aku yang menjadi titik tolak aku menjadi seorang philophobic kini, Di bawah aku sertakan links untuk entry-entry kisah tersebut:

  1. Trauma Cinta Pertama – part 1
  2. Trauma Cinta Pertama – Part 2
  3. Trauma Cinta Pertama – Part 3
  4. Trauma Cinta Pertama – Part 4
  5. Trauma Cinta pertama – Part 5

edit: Title ditukar dari “Mangsa Cinta Corey” ke “Mangsa Cinta Si Philophobic” atas nasihat rakan yang prihatin untuk mengelakkan persepsi negatif atau kesalahfahaman awal.


Posted on Monday, April 13, 2009

Sentap dengan Memey

Dalam 2 hari ni aku kusut fikiran. Tak tenteram. Sentap betul dengan makhluk yang bernama Memey ni. Agak lama juga aku pendam kebengangan ini. Makin menjadi-jadi songeh dia terutama lepas beranak baru-baru ni.

Hehe jangan prasangka. Memey tu nama kucing aku. Kucing yang telah lupa daratan. Dahulu Memey cuma kucing terbuang yang hanya menagih simpati diluar tingkap rumah aku saja tapi kerana simpati aku bela, tatang dan manjainya. Sebelum ini beri apa saja pasti dimakannya dengan penuh syukur dan redha hinggakan karipap pun dimakannya licin.

Sekarang perangainya makin mengada-ngada. Seolah berlagak dan demanding. Cepat jemu dengan makanan yang diberi. Asalnya aku beri makan catfood both dry and wet. Lama kelamaan tak mahu sentuh langsung processed food. Kemudian selera pada ikan rebus digaul dengan nasi pula, tak lama kemudian hanya ingin ikan rebus sahaja. Kemudian kepingin ikan mentah pula. Sekarang semua tak mahu disentuhnya. Beri apa saja, hanya cium dan kembali meminta makanan.

Aku dah give up. Nak kata tiada selera tak pula sebab selalu bising, aktif meminta makanan. Namakan saja semua jenis makanan, semua dah aku beri tetapi tetap tidak mahu makan. Sangat annoying kerana bising mengganggu. Dengar saja orang ke dapur, dia datang serbu merengek dikaki, sanggup tinggalkan anak-anaknya. Kalaulah aku boleh faham apa yang dia inginkan kan senang.

Tak pernah sepanjang hidup aku temui kucing macam ni. Sesiapa yang ada cadangan atau pernah alami situasi begini sila kongsi ya. Aku dah buntu, dah bosan. Kalau tidak kerana dia ada 4 ekor kitten dah lama aku bebaskan kembali ke luar.

*Maaf tiada gambar Memey. Aku agak superstitious ambil gambar kucing.


Posted on Saturday, April 11, 2009

Tagged by B-boy

Aku lupa bila exactly aku dapat tag ni dari Boy. Minggu lepas kot. Tangguh punya tangguh baru teringat nak langsaikan hari ni. Takut lelama nanti dia merajuk lak. Hehe. Tag ni umpama sebuat interview berkenaan info blog. Check it out…

Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

Nama blog aku sekarang... "Corey Alias – Melankolia Seorang Philophobic". Nama ini dipilih setelah renovasi dan penjenamaan semula. Aku mencari nama yang ringkas dan straight the point lalu ia menjadi pilihan. Sebelum renovasi, blog ini diberi nama Chronicles of Corey dan kemudian ditukar ke Confessions of a Philophobic. Nama dalam Inggeris kerana asalnya blog ini ditulis dalam bahasa Inggeris diawal kemunculan. Namun sejak aku membuka blog lain dalam bahasa Inggeris, aku tukar blog yang ini menjadi blog bahasa Malaysia sepenuhnya. Tetapi terdapat juga sedikit pinjaman bahasa Inggeris pada ayat-ayat yang perlu lebih ekspresi.

Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

Link blog aku adalah “http://coreyalias.blogspot.com” . Mudah. Dipilih kerana ia sebuah nama yang telah bertahun-tahun aku gunakan sebagai identiti diri aku. Juga kerana blog ini bersifat peribadi, jadi lebih afdal aku menggunakan nama aku sebagai nama link blog.

Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

Blog B-boy sekarang lebih menarik, kemas dan sesuai dengan imejnya sebagai seorang pelajar. (Hehe ikhlas ni boy). Kandunngannya jelas, tersusun rapi dan senang dinavigasi tanpa useless widgets yang memberatkan blog. Overall semuanya baik cuma aku masih confuse tentang nama blognya.

Sekian.

Seterusnya..aku ingin tag…

hmm siapa ya.. nantilah fikir dulu.


Posted on Thursday, April 09, 2009

Fave Outfit - Tagged by Rizz

Semalam aku telah ditag oleh Rizz. Tag ini mengenai Outfit kegemaran. Kebelakangan ni aku memang jarang bersosial, busy dengan menguruskan kehidupan di Perak ni. Tetapi jika ada peluang bersantai atau berfoya-foya, berikut adalah outfit kegemaran dan idaman aku...

Oops terlebih dahulu list di bawah ni merupakan keperluan tag tersebut:

1. Copy title kat atas tu.
2. Buat satu sedikit "kenyataan" tentang "Outfit" kegemaran korang,macam pendahuluan.
3. Cari "Outfit" kegemaran korang kat "Google Image Search"
4. Tak kire la ape segala occasion yang korang suke pakai macam gi party ke, gig ke, berak ke.
5. segale pakaian mestilah start dari kepale hingge ke kaki.tak kire la brape banyak pon. accessories pon boleh,yang rare,mane-mane pon boleh.janji termasuk dalam kategori pakaian.
6. letak caption kat setiap gambar.macam brand ke,lagi best kalo ngan harge skali.
7. lastly,buat kesimpulan tentang outfit favourite korang.lantaklah kalau korang ni perasan ke.
8. pedajal 6 orang member korang dengan menge"tag" mereka.=D

KEPALA

BADAN

KAKI

LAIN-LAIN AKSESORI

Sekian.

Nak kasi siapa eh tag ni?.. hmm oklah aku bagi pada insan-insan glamer ini:

B-boy

Heze

Miszirdawaty

Qiellah

Suziey

Rhuddy

p/s: Jangan marah ye. Saja nak mengeratkan silaturrahim. Majoriti wanita kerana nak tengok juga pilihan wanita-wanita yang innocent dan warak ni bergaya. Kalau rajin dan ada masa buat ya. Take your time. Tiada paksaan.


Posted on Wednesday, April 08, 2009

Trauma Cinta Pertama – Part 5 (last)

Selepas dibenarkan keluar dari SJMC, aku kembali bertugas seperti biasa. Aku sekali lagi bertanya samaada dia masih sudi memberi aku peluang kedua. Sekali lagi aku kecewa dengan jawapan negatif. Dia mahu menganggapku hanya sebagai kawan. Perhatian dan keperihatinannya padaku semasa di hospital hanyalah atas dasar simpati semata.

Aku sedaya upaya gagahi bekerja seperti biasa walaupun sudah tiada kekuatan. Aku masih tidak boleh menerima hakikat yang gadis yang aku angankan bakal menjadi permaisuri hidupku kini milik orang lain. Aku rasa cemburu yang teramat bila membayangkan selepas ini lelaki lain pula yang akan bermesra dan membelainya. Aku rasa seolah semuanya tiada bermakna lagi.

Prestasi aku kembali merundum. Aku tidak lagi bersemangat bekerja. Tambahan pula kami satu pejabat, jadi setiap masa aku tersentap apabila melihatnya berbual ditelefon dengan lelaki lain dan tampak ceria.

Hati aku sakit mengenangkan yang begitu mudahnya dia melupakan cinta yang bersemi dahulu. Begitu mudah dia memulakan cinta itu dan akhirnya dia juga yang mengakhirinya. Begitu mudah dia kembali normal seolah tiada apa-apa yang berlaku padahal aku tersiksa berhempas pulas diulit duka. Yang buat aku lebih sakit hati apabila dia keras menafikan yang dia ada hubungan istimewa dengan lelaki itu padahal aku mendengar dari sumber yang boleh dipercayai yang dia dan lelaki itu sedang bercinta.

Sejak berpisah dia tidak lagi memilih giliran offday sama hari dengan aku. Aku syak sesuatu. Pada hari dia bercuti aku menelefonnya dari pejabat. Bibiknya memberitahu yang dia keluar. Naluri aku kuat mengatakan yang dia keluar dengan lelaki itu.

Lalu aku mengambil cuti kecemasan dan bergegas pergi ke Subang Parade mencari mereka. Tidak jumpa. Aku pergi pula ke KL, dari satu shopping complex ke shopping complex yang lain mencari mereka. Aku bagaikan telah pyscho. Bukan tidak merestui cinta barunya tetapi aku rasa diri aku tercabar apabila dia berselindung dariku. Aku rasa terhina kerana dia tidak berterus terang. Aku tidak suka ditipu sebegini.

Setelah penat mencari aku menunggu mereka di stesen komuter Subang Jaya. Firasat aku kuat mengatakan yang mereka menaiki komuter. 5 jam aku menunggu dengan bodohnya di stesen itu dan akhirnya memang betul firasat aku. Aku nampak mereka berdua dengan mesranya berpimpin tangan keluar dari komuter dan masuk ke stesen.

Niat aku bukanlah untuk menyerang mereka. Cuma untuk mengetahui kebenaran dan berhadapan dengan lelaki itu untuk mengetahui kebenaran. Di pintu stesen mereka tergamam melihat aku. Gadis itu seperti memberitahu lelaki itu supaya beredar kerana dia mahu menyelesaikan sendiri dengan aku.Aku nampak seolah lelaki itu mahu confront aku. Aku biarkan sahaja mereka sambil duduk menanti. Mungkin setelah berjam-jam menunggu aku sudah exhausted mentally and physically.

Gadis itu datang duduk disebelahku dan bertanya mengapa aku begini. Aku dengan linangan air mata menyatakan aku mungkin tidak kisah kalau dia berterus terang padaku tetapi caranya seolah menghinaku dengan berselindung. Akhirnya dia mengaku yang memang benar dia telah menerima lelaki itu sebagai kekasih barunya. Dia meminta maaf jika aku terasa kerana niatnya merahsiakan semua ini kerana ingin menjaga hati aku. DIa mahu aku melupakanya kerana aku sudah tiada dihatinya. Tidak mungkin dia akan menerima aku kembali.

Aku walaupun kecewa tapi berpuas hati kerana akhirnya dia berterus terang. Itu yang aku mahukan…kebenaran. Ketika itu aku rasakan jiwa aku seolah sudah kosong. Aku rasakan yang aku memang tidak boleh kembali normal jika terus bekerja di situ atau berada dekat dengannya.

Demi menjaga kewarasan aku dan tidak mahu terus jeopardize reputasi syarikat, aku mengambil keputusan drastik dengan berhenti kerja. Kalau ikutkan aku sayang kerja itu kerana ketika itu memang sukar bagi sesiapa untuk mendapat kerja di syarikat telekomunikasi terulung itu. Aku korbankan segala benefits dan peluang cerah dalam syarikat demi utk melupakan sebuah cinta luka.

Awalnya aku amat sesali keputusan itu. Namun sekarang aku redha kerana percaya semua ada hikmah disebaliknya. Selama 6 bulan juga aku mengambil masa untuk betul-betul melupainya. Sekarang aku tiada apa-apa perasaan lagi padanya atau sesiapa pun. Hubungannya dengan lelaki itu pun tidak kekal lama. Aku dengar dia telah berkahwin dengan lelaki lain. Semoga dia kekal bahagia selamanya.

Selepas bekerja di sana sini aku akhirnya mengambil keputusan melanjutkan pelajaran di sebuah institut pengajian tinggi. Semasa belajar aku pernah cuba kembali bercinta. Di sinilah aku mula sedar yang aku telah menjadi seorang philophobic kerana aku tiada perasaan langsung dan akhirnya aku sendiri telah mengecewakan hati seorang perempuan yang lain.

Disebabkan itulah aku gentar untuk bercinta kembali bukan hanya tiada hati tetapi tidak mahu melukakan insan lain. Dari buat orang lain menderita baik aku sendiri tanpa cinta. Aku sayu bila mengenang kembali gadis-gadis yang telah terluka akibat dari eksperimentasiku untuk kembali bercinta. Tapi itu sebuah kisah yang lain. Jika rajin nanti akan aku ceritakan…

Pautan Lengkap:

Trauma Cinta Pertama - Part 1

Trauma Cinta Pertama – Part 2

Trauma Cinta Pertama – Part 3

Trauma Cinta Pertama – Part 4

Trauma Cinta Pertama – Part 5 (last)


Posted on Tuesday, April 07, 2009

Penjelasan untuk kisah Trauma Cinta Pertama

Setelah mendapat komen berbisa dari Ratu Kerajaan Putus Fius, Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah yang rupawan itu aku terpanggil untuk membuat penjelasan tentang kisah Trauma Cinta Pertama aku. Terima kasih Cik Qiellah atas komen yang bernas, tegas dan berguna itu. Aku sangat gemar dan menghargai insan yang outspoken seperti ini.

Mungkin ada yang baru mengikuti kisah ini yang missed out my earlier statement. Memang kisah tersebut kisah benar yang pernah aku alami dahulu tapi bukanlah kejadian yang baru berlaku. Ia berlaku semasa aku berumur 18/19 tahun iaitu lebih kurang 15 tahun yang lampau. Jadi jika ada perlakuan dungu atau sesat yang aku lakukan tidak mencerminkan diri aku sekarang.

Memang asalnya aku agak berbelah bagi untuk menceritakan kembali kisah perit itu tetapi aku gagahi juga kerana mungkin ada lagi insan naif di luar sana seperti aku dahulu yang memerlukan teladan dan mungkin boleh menjadikan kisah aku sebagai pengajaran apa akan terjadi jika terlalu ikutkan nafsu untuk sebuah cinta yang belum tentu ada penghujung bahagia.

Aku ketika itu baru saja mengenali cinta yang serius. Apabila tergadah aku tiada siapa ketika itu untuk aku luahkan. Semua tidak memihak kepada aku. Mungkin sebab itu jiwa muda dan naif aku tidak berfikir panjang.

Aku boleh saja edit dan merahsiakan apa jua perlakuan memalukan yang boleh menjatuhkan imej aku tetapi aku rasakan jika merahsiakan seumpama aku masih menafikan kekhilafan diri aku sendiri. Tiada siapa yang sempurna dalam hidup ini..

Setelah mengenang dan meluahkan kisah luka itu sekurang-kurangnya aku dapat mengurangkan kapasiti lara berlebihan dalam jiwa aku. Aku juga walaupun gentar pada cinta tapi masih ada keinginan suatu hari nanti untuk berkeluarga, mempunyai seorang wanita yang dapat bersama menagih cinta. Mana tau kalau-kalau setelah bebanan trauma emosi ini dapat dikurangkan, hati aku dapat kembali pulih untuk menerima sebuah cinta…

InsyaAllah

P/s: Well B-boy, now you know. Apa yang boy nak tahu sudah terjawab hehe


Posted on Monday, April 06, 2009

Trauma Cinta Pertama – Part 4

*Maaf karena lambat update dan menyambung kisah cinta pertama aku ni. Kebelakangan ini aku agak sibuk dengan hidup.

Ternyata naluri negatif aku benar berlaka. Memang ada orang ketiga yang telah mencuri hatinya. Sebelum ni memang aku pernah mendengar gossip-gossip dan syak dengan perilakunya yang mencurigakan apabila sedang berbual ditelefon namun semuanya aku sangkal demi kepercayaan jitu padanya. Aku jadi buta dan menganggap kedinginannya sebelum ni hanyalah satu pemberontakan emosi untuk menagih lebih perhatian.

Aku mungkin tidak akan sakit hati, terasa teraniaya dan diperbodohkan kalau dia mengambil masa untuk kembali bercinta dengan lelaki lain. Perhubungannya bermula sejurus selepas dia memutuskan hubungan dengan aku. Lelaki itu pun aku kenali. Tidak rapat tetapi selalu terserempak kerana dia bekerja di tempat yang sama cuma berlainan tingkat.


Aku tidak salahkan lelaki itu kerana dia jarang ke tempat aku. Mungkin cuma terjatuh hati selepas terkesima dengan kelembutan dan kemesraan perempuan itu. Aku masih cuba bersabar tetapi hati aku luka dan bernanah tiada siapa tahu. Setiap kali masa rehat perempuan itu terus bergegas ke lounge untuk menghubungi extension lelaki itu. Alasannya hanya kawan biasa tetapi sebodoh mana seseorang itu dapat menafsirkan cara perbualan antara kawan dengan perbualan dengan seseorang yang bertahkta dihati.

Aku memendam rasa, menahan diri aku dari memberontak kerana menjaga reputasi aku yang sudah mula diterima baik oleh rakan-rakan sekerja setelah aku meredhai perpisahan dengan perempuan itu.

Sampai satu hari..

Tekanan dan pendaman perasaan aku tidak tertahan lagi hari itu lalu aku melakukan tindakan bodoh yang aku sesali sehingga kini. Aku membeli beberapa papan pil panadol. Semasa di workstation aku telan kesemuanya dan masuk ke tandas. Niat aku bukanlah ingin membunuh diri tetapi lebih kepada inginkan perhatian dan simpati dari perempuan itu. Aku masih ada perasaan padanya dan ingin dia kembali.


Di dalam tandas aku mual lalu termuntah. Aku rebah, terbaring sehingga beberapa lama. Aku masih sedar tetapi hanya biarkan diri aku dalam posisi sebegitu sehinggalah rakan sekerja yang menyedari aku telah lama away datang memeriksa dan menjumpai aku terbaring bersama taburan muntah.


Suasana kecoh di pejabat, ambulan dipanggil dan membawa aku ke SJMC di Subang Jaya. Dipendekkan cerita, aku ditahan di wad selama beberapa hari. Selama itu juga aku dapat rasakan kembali kemesraan perempuan itu. Setiap hari selepas kerja dia datang menziarahiku. Dia mengambil berat padaku seperti dulu. Aku rasa berbunga kembali dan sangkaku dia sudah kembali.


Aku silap. Hatinya memang tiada lagi untukku..

Bersambung...
(maaf ya, terpaksa sebab masih panjang dan terpaksa melayani tuntutan hidup)


Posted on Thursday, April 02, 2009

Renovasi Selesai!


Akhirnya proses renovasi blogku selesai. Kepada Encik B-Boy, terima kasih atas pandangan dan cadanganmu. Bro amat menghargainya, walaupun kamu busy dengan studies tapi masih meluangkan masa dengan kerenah bro. Maaf kerana bro terpaksa revert kembali ke design pilihan asal kerana tiada yang sesuai yang memuaskan hati buat masa ni. Juga kerana telah penat setelah sekian lama mengubah dan merombak. InsyaAllah akan diubah kembali jika terjumpa background yang lagi sesuai.

Layout lama

Aku agak gemar dengan layout baru ini kerana nampak kemas, bersih, suci, minimal dan anggun. Layout asal nya tiada warna lain selain dari grey dan white. Aku telah menambahkan a hint of green sebagai trademark blogku. Juga mengalami transformasi adalah tajuk blogku yang lebih straighforward.
Jika kalian terlihat atau menghadapi sebarang masalah semasa mengakses blog ini sila beri komen ok.

Dengan ini Blog Corey Alias telah kembali beroperasi. Coming Soon..
Nantikan kesudahan Trauma Cinta Pertama.


p/s: jika ada link blog kalian yang aku terlupa masukkan kembali atau yang ingin exchange link, please let me know.