Posted on Tuesday, March 24, 2009

Trauma Cinta Pertama – Part 3

Aku selama beberapa lama cuba untuk tidak menyelami atau bercerita tentang pengalaman cinta ini. Bukan kerana menghindari melankolia tetapi malu jika semua tahu betapa dungunya aku dahulu setelah terlalu obses menghambakan diri pada cinta ini. Banyak tindakan bodoh dan psycho telahku lakukan yang kurasakan terlalu over demi untuk menyelamatkan cinta yang menyakitkan ini.

Berbalik pada kisah, akhirnya setelah beberapa kali ku desak dia mengaku yang cintanya padaku sudah tiada dan mahu memutuskan perhubungan. Kenyataan itu bagai satu gempa yang maha hebat menggegar aku.

Aku seperti tidak percaya. Dia yang memulakan kenapa dia juga yang menamatkan cinta ini. Dia yang bertanggungjawab merubah diri aku menjadi seorang pencinta dari seorang yang naif dan suci dari cela cinta. Aku tidak dapat menerima hakikat perpisahan ini. Tidak sanggup!

Alasannya dia lemas dengan caraku yang terlalu mengambil berat padanya dan selalu bersamanya. Dia rimas, tidak bebas dan rasa terkongkong. Mungkin salahku juga terlalu obses padanya.

Aku sedar ini dan cuba memunjuknya berkali-kali sehingga melupakan ego seorang lelaki dengan menangis di depannya dan teman-teman sekerja. Aku berjanji mahu berubah asalkan dia memberiku peluang kedua.

Kerja pun terganggu, prestasi merundum dan berkali diberi amaran kerana semasa kerja aku menyalahgunakan sistem telekomunikasi tempat kerja untuk berconference peribadi dengannya demi memujuknya. Perbualan kami pasti didengari kerana supervisors dapat tap setiap panggilan. Aku tidak peduli. Misi menyelamatkan cinta bagiku ketika itu lebih penting dari segalanya. Cinta itu telah sebati menguasaiku. Aku desperate!

Aku turut meminta bantuan kakak-kakak yang lebih senior dari kami untuk membantuku memujuknya tetapi gagal malah kakak-kakak itu pun turut mengkhianatiku dengan menyebelahi gadis itu serta turut memusuhiku setelah dia meluahkan isi hatinya pada mereka.

Sekarang aku sudah tiada sesiapa lagi. Semua telah membelakangi aku. Tempat itu sajalah duniaku pada ketika itu oleh kerana aku baru sahaja berhijrah ke kota dan tiada lagi rangkaian sosial yang kukuh.

Setelah puas berusaha menyakininya dan gagal aku akhirnya mengalah dan sedia melepaskannya asalkan kami masih boleh berkawan. Dia pula berkata yang dia mahu bersendiri dan berehat dari cinta akibat sudah serik. Aku terima alasan itu. Aku juga ingin semuanya kembali seperti sediakala agar aku dapat kembali berdiri memulihkan imej, reputasi dan prestasiku.

Aku akan terus terima hakikat itu dan kembali normal jika dia betul-betul ikhlas dengan pendiriannya. Ternyata apa yang aku syak dan sangsikan benar belaka. Dia ada agenda lain.

Oops!. Maaf kerana terpaksa menyambung konklusi pengalaman ini di Part 4 disebabkan aku harus menyahut lambaian komitmen duniawi.


12 Responses to Trauma Cinta Pertama – Part 3

  1. Suziey Ahmad
    March 24, 2009 at 8:48 AM
    hmmm..life is always unpredictable..
    xpela..just let she go..perhaps shes not the right..
    know aht..slalu cengginih..bila dpt boipren yg soooo caring msti the girl yg minta break n the reason her boipren seems like kongkong dia..but then bila dpt yg jenis xcaring n xpeduli,.bg kebebasan spnhnya..reason yg diberi kekasih hatinya xsyg n xpeduli kan dia..adeii..xpela..maybe tht girl nk rs dpt boipren yg xpedulikn dia kot..maybe thats her way..

    sabar k ;)keep moving..
  2. Corey
    March 24, 2009 at 9:11 AM
    suziey: memang dah lama move on. now bila teringat balik mmg rasa bodoh gigih sangat mengharap pada orang yg dah tak sudi.
    Thanks for your opinions
  3. farish izaryl @izreez
    March 24, 2009 at 9:25 AM
    betullah life is unpredictable :'(
  4. b0b0y
    March 24, 2009 at 9:26 AM
    bro corey.. cite abg ada sikit2 mcm citer boy la... sambung lagi.. xsabar nak baca...huhuhu
  5. Corey
    March 24, 2009 at 9:38 AM
    rizz: mmg life unpredictable.kita hanya merancang, bila rancangan tak menjadi tu yg kdg2 trauma.

    b-boy: ye ker..sabar ye nnt sambung. boy pun cerita gakla satu hari your love experience :)
  6. Blog Eazy Izzuddin
    March 24, 2009 at 10:06 AM
    huhu..
    life kdg tidak di jangka...
    psl chenta bisa berubah kelakuan...
    n ego..

    take ur time
    i'll be waiting da next part..
    =)
  7. ~miszirdawaty~
    March 24, 2009 at 10:12 AM
    waiting patiently 4 da nxt part...
    lalala~
  8. Corey
    March 24, 2009 at 11:08 AM
    Eazy, misz: nantikan ya.coming soon :)
  9. Hezesuze
    March 24, 2009 at 11:15 AM
    ish cpat la kesinambungan n3 ni...x sabo da ni nak baca....huhuhuhuh
  10. Corey
    March 24, 2009 at 11:40 AM
    heze: hehe sabar.otw
  11. cik helena
    April 1, 2009 at 2:16 PM
    cinta memang susah nak dijangka..ianya bole dtg dan pergi.b strong k..sy pun penah alami camni,.anggap je dia bukan yg terbaik untuk corey..
  12. Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah
    April 7, 2009 at 12:09 PM
    cinta sebenarnya indah.. asalkan kita taw cam ner nak mewarnai dunia percintaan masing2. dan cinta semestinya memerlukan pengorbanan dan pengorbanan yang telah ang lakukan adalah dengan mengabaikan tanggungjawab ang terhadap kerja... pengorbanan yang aku maksudkn disini tidak semestinya dari segi positif malahan ada gak yang negatif... ang terlalu asyik dalam dunia percintaan shinggakan mengabaikan tanggungjawab ang yang lebih penting.. aku tak katakan cinta tue tidak penting malahan Allah sendiri telah memberikan cahya cinta pada setiap makhluk ciptaan nya... (bersambung next komen) wakakak