Posted on Tuesday, March 10, 2009

Selamat Tinggal Ayahanda

Aku terjaga jam 4 pagi tadi akibat kaki cramp mungkin disebabkan terlalu penat.

Allahyarham ayahku telah selamat disemadikan selepas zohor semalam. Alhamdulillah semuanya terlaksana dengan sempurna. Penghargaan kepada semua teman-teman yang sudi mendoakan kesejahteraan Allahyarham dan memberi kata-kata semangat pada aku. Hanya Allah yang dapat membalas budi kalian. Terima kasih.

Hari ni setelah analisis diri baru aku faham kenapa aku tidak langsung menangis semalam. Ya aku sebak, sedih, mahu luahkan tetapi air mata enggan keluar. Ini mungkin disebabkan aku telah bersedia secara mental dan emosi. Sudah lama aku jangkakan ini pasti terjadi dalam hidup aku di mana ibuku akan mengejutkanku memberitahu ayahku telah tiada. Hiba rasa bila melihat sekujur tubuh kaku, sejuk tanpa helaan nyawa sambil menyabarkan ibuku yang masih belum yakin suaminya telah pergi menemui Ilahi.

Sebelum ini aku seperti sudah rasakan yang ajalnya telah dekat melihatkan tanda-tanda pada fizikal dan kelakuannya. Kesihatannya tidak berubah walaupun telah discharged dari hospital. Bermacam ikhtiar telah dicuba namun tiada perubahan.

Walau lemah arwah tetap cuba menggagahi diri berdikari kerana tidak mahu menyusahkan orang lain. Arwah tetap mahu duduk bersama keluarga, sama-sama ketawa dan bergossip semasa menonton Tirai AF7 walaupun beberapa jam sebelum itu mengadu sakit dada dan pedih ulu hati. Arwah berkeras menyatakan jangan risau, beliau tidak apa-apa.

Sebelum aku melangkah masuk tidur tidakku sangka wajahnya yang ku tatap adalah kali terakhir bernyawa.Aku bersyukur kerana arwah pergi ketika tidur dalam aman tanpa melalui azab.

Tanpaku paksa dan sedar titisan air mata pertama menitis semasa menaip entry ini. Semoga aku ada kekuatan untuk terus blogging kerana imej-imej syahdu sepanjang hari semalam masih memenuhi minda. Namun begitu aku tetap redha dengan pemergiannya.

Selamat tinggal Ayahanda. Nantikan ku di sana...


27 Responses to Selamat Tinggal Ayahanda

  1. Blog Eazy Izzuddin
    March 10, 2009 at 11:01 AM
    al fatihah kepada ayahanda mu....
    semoga Allah mrncucuri rahmat...
    =)
  2. Anonymous
    March 10, 2009 at 11:53 AM
    al fatihah.
    harap bersabar.
  3. b0b0y
    March 10, 2009 at 12:02 PM
    kuatkan semangat bro.. yang pergi tetap pergi.. yang tinggal ni kena teruskan hidup..
  4. farish izaryl @izreez
    March 10, 2009 at 12:12 PM
    takziah corey..alfatihah
  5. Corey
    March 10, 2009 at 12:30 PM
    Eazy, hanis, b-boy,rizz.. thanks for the encouragement and doa.
  6. Feeza Mior @ Eteqcute
    March 10, 2009 at 12:47 PM
    takziah to u..
    smoge roh Arwah dicucuri rahmat hendaknye..

    Al-Fatihah..
  7. effafinette
    March 10, 2009 at 12:58 PM
    sedih bila baca!!(my tear immediately drop)
    xtahu la mcm maner perasan aku biler facing benda2 nie!!!
    gosh!!hargailah ibu bapa sblm mereka pergi!!!
  8. Hezesuze
    March 10, 2009 at 1:21 PM
    takziah dari suze...smoga tabah dengan dugaanye okey...
  9. Corey
    March 10, 2009 at 1:39 PM
    Feez,heze: thanks. i really appreciate it.

    Effa: yea aku pun sblum ni mmg selalu dngr n nasihat org yg pernh kehilangan. now aku lebh fahami.alhamdulillah dapat stay strong sebab telah ready mentally and emotionally.
  10. mr.syazwan
    March 10, 2009 at 2:05 PM
    salam corey... salam takziah ya...

    byk2kan beristigfar

    yg dtg akan pasti pergi...

    CEKALKAN HATI, KUATKAN IMAN ok..

    ini semua liku2 sebuah nama kehidupan..

    sedih and tersentuk bila baca kata2 kmu

    huhuhu
  11. tqa
    March 10, 2009 at 2:14 PM
    corey.. b strong...
    sy turut bsedih..
  12. Ani Inherown
    March 10, 2009 at 3:26 PM
    be strong. ...
  13. Corey
    March 10, 2009 at 10:00 PM
    syazwan,tqa,wdigby: terima kasih atas semua encouragements. really appreciate it.
  14. Nad'Nadia
    March 10, 2009 at 11:05 PM
    takziah corey...
    moga ayahanda mu ditempatkan di tmpt2 org yg beriman..insyaallah
    banyak2kan berdoa ok...

    take care
  15. Corey
    March 11, 2009 at 6:07 AM
    ok i will
    thanks nadia...
  16. cik helena
    March 11, 2009 at 8:59 AM
    kuatkan semangat tabahkan hati ye corey,,semua yang jadi ade hikmahnye..kite sama2 doakan yg terbaik untuk arwah..
  17. azza_irah
    March 11, 2009 at 9:11 AM
    salam kenal dr akak..

    takziah n al fatihah utk corey dan family..kuatkan semangat dan tabahkan hati..
  18. Corey
    March 11, 2009 at 9:37 AM
    Thanx helena. insyaAllah sy akan terus tabah.
  19. Corey
    March 11, 2009 at 9:40 AM
    salam kenal azza.welcome
    thanks atas doa dan encouragement
  20. DicKiE aDaMs
    March 12, 2009 at 3:46 AM
    kuatkan smgt k abg?

    saye pun sedih gak bile baca entry ni..

    xsnggup nak hadapi bnda ni satu hari nanti..
  21. Corey
    March 12, 2009 at 6:20 AM
    ok dickie. insyaAllah so far abg masih cekal dan tabah.

    kita kena bersedia dari segi emosi dan mental everyday sebab ini pasti akan terjadi juga satu hari so kita harus pasrah dan bersedia melepaskan org yg tersayang dgn redha.Tuhan lbh menyayangi mereka.
  22. Rosie Rose
    March 12, 2009 at 6:54 AM
    Salam takziah. Kehilangan org tersayang mmg satu dugaan yang hebat. Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan.

    "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira." (Surah Az-Zumar:10)
  23. Corey
    March 12, 2009 at 7:26 AM
    ladyeena: terima kasih.insyaAllah sy akan terus bersabar dan tabah
  24. Unknown
    March 13, 2009 at 3:33 PM
    Salam Takziah buat Corey.

    Sy doakan semoga ayahanda Corey tergolong didalam golongan orang2 yang beriman.

    Kirim2 kan lah doa untuk Allahyarham agar dia senang kat sana

    =)
  25. Corey
    March 13, 2009 at 9:00 PM
    terima kasih Wai.. InsyaAllah i akan selalu ingat your advice
  26. Anonymous
    March 15, 2009 at 2:34 AM
    Takziah tau ..
  27. Corey
    March 20, 2009 at 8:02 PM
    thnks oh dania