Posted on Wednesday, March 04, 2009

Cintai diri


C I N T A

Tentu ada antara kita yang masih belum memahami dan masih mencari maksud sebenar perkataan itu.

Mungkin bila mendengar saja cinta pasti ada yang terus membayangkan kasih sayang pada insan lain yang bergelar kekasih.

Bila seseorang itu jatuh cinta atau sedang dilamun cinta dengan insan lain memang berasa seolah semuanya indah belaka. Tetapi sebaliknya jika seseorang itu kehilangan cinta atau cinta tidak berbalas. Jiwa seolah dirobek dan hidup dirasakan tiada lagi indah.

Cinta itu sebenarnya sangat mendalam dan kompleks maksudnya tetapi juga sesuatu yang asas dan semulajadi dalam kehidupan seorang manusia.

Setegar mana anda dalam menghindari cinta, walaupun anda mengatakan anda philophobic, saya pasti tiga kategori utama cinta ini kalis philophobia:

  • Cinta yang menjurus pada kerohanian dan keTuhanan.
  • Cinta pada Ibu bapa/keluarga.
dan..

Kadang-kadang kita lupa aspek utama yang perlu kita tanam dalam diri:


  • CINTA PADA DIRI SENDIRI
Tanpa perasaan cinta pada diri kita bagaikan tiada arah dan jati diri seorang manusia.

Tiada kasih pada diri bermakna kita seolah tidak wujud. Kita perlu mencintai dan mengenali diri sendiri, selami potensi diri, hargai kita seadanya. Tetapi kita jarang menerapkan nilai cinta pada diri sendiri. Tentu ada yang pernah ungkapkan “I hate myself!” atau “Kenapalah aku ni bodoh sangat!” dan bermacam lagi.

Jarang kita memuji diri atau mengagumi diri sendiri. Bayangkan jika kita boleh bertemu diri kita sendiri, sanggupkan kita ungkapkan caci nesta dan umpatan ke mukanya?

Oleh itu, Jika anda mahu diri dicintai dan mencintai, terlebih dahulu kenali dan cintailah diri anda sendiri kerana hanya diri anda yang akan masih setia bersama dan keep you strong di kala anda tiada sesiapa lagi di sisi.



One response to Cintai diri

  1. farish izaryl @izreez
    March 4, 2009 at 7:43 PM
    ahhaa betul2 citailah diri sediri dlu :)