Buntu! itu yang aku alami sejak semalam. Barangkali disebabkan selalu terperap dalam rumah. Terfikir pula nak jelajahi pelusuk kampung ku. Lagipun Sudah lama rasanya aku tidak pusing-pusing sekitar Lenggong ni.
Destinasi yang aku tuju ialah Lata Kekabu, Taman rekreasi perkelahan yang terkenal di sini. Mungkin dengan melihat keindahan alam dan menghirup udara segar dapat mengembalikan mood ku.
Agak lama juga tidak ke sini. Dahulu memang menjadi port ponteng budak-budak sekolahku. Juga port maduan asmara pasangan remaja yang sedang aktif merembes hormon.
Tiba saja di sana cuaca makin mendung seperti mencemburuiku. Tak dapatlah nak bersantai lebih lama. Dalam perjalanan pulang hujan turun dengan lebatnya beserta petir dan guruh. Kelam kabut aku mahu sampai ke rumah risau takut laptop dan router disambar kilat lagi. Terlupa pula nak cabut cable. Nasib baik tak jadi apa-apa. Lega!
Berikut adalah rentetan gambar-gambar yang sempat aku rakamkan di sepanjang perjalanan pergi, di lokasi dan perjalanan pulang. Klik gambar tersebut untuk paparan lebih besar dan jelas.
Aku akan kembali lagi satu hari untuk review dan gambar yang lebih lengkap dan menarik tentang tempat ini. Terfikir pula mahu membuat satu blog khas tentang lokasi-lokasi menarik di Lenggong ni. Ramai yang mungkin belum mengetahui yang di sini banyak tempat-tempat riadah, rekreasi, pengembaraan, sejarah dan arkeologi yang terkenal. Sila google "Lenggong" untuk maklumat lebih meluas.
Konklusi moodku setelah pulang ke rumah..
Masih buntu.
Tolong!
| |
March 8, 2009 at 1:36 PM
tp kt ne erk lenggong 2??
kedah ke?
March 8, 2009 at 1:52 PM
March 10, 2009 at 1:53 PM