Posted on Friday, March 06, 2009

Aku mangsa cabulan emosi

Aku sangkakan aku sudah cukup memahami perempuan.

Rupa-rupanya ternyata meleset! cuma disebabkan wujudnya seorang perempuan dengan sifat unik yang buat aku keliru dan pilu. Aku berasa seolah emosi aku sedang dicabul, didera dan dikhianati tanpa belas.

Tiada pernah terlintas langsung suatu hari seorang perempuan yang kukenali selama tiga tahun dan selalu ku tatang dan sokong setiap kali dia tergadah dalam percaturan hidup dan hubungan akhirnya merobek emosi aku sebegini.

Kami tiada apa-apa hubungan intim atau dengan erti kata lain bukanlah pasangan kekasih. Cuma sahabat online dan teman gosip. Disebabkan jarak umur yang jauh berbeza aku juga mengasihi dia sebagai seorang adik.

Dirinya turut Ku sanjung, hargai dan kerap menyokongnya dari belakang tanpa musykil dan berbelah bagi demi kepercayaan serta keyakinan padanya.

Tetapi baru-baru ini aku dapati dia tiba-tiba berubah. Tidak lagi ghairah melayaniku dalam ym, kadangkala langsung tidak online (atau invi), blognya didelete, kemudian dibukanya pula blog baru yang lebih serius tetapi kandungan entry yang selalu diedit dan dibuang.

Aku hairan tetapi masih tidak menyangka aku menjadi salah satu punca. Aku bersangka baik ,mungkin dia hanya perlu masa sendiri dan hanya gangguan emosi sementara yang biasa dialaminya sebelum ni. Aku cuba menegur tetapi dapat rasakan kedinginan menerpa.

Akhirnya dia luahkan dalam blognya tentang kecemburuannya apabila ada melihat mesej shoutmix perbualan aku dengan seorang temanku yang mana teman itu memanggilku 'syg' dan aku membalas 'hun' sebagai ganti namanya. Teman itu sudah kukenali lebih lama dari perempuan itu dan kami memang rapat.

Terkedu aku. Perkataan itu bagi aku normal dan flirty. Juga aku difahamkan yang dia turut cemburu apabila aku bergurau secara flirty dalam mesej komen blog sahabatnya.

Aku kaget kenapa dia terasa. Adakah aku kekasihnya? Tidak. Bercinta jauh sekali. Kalau benar pun aku sudah tidak philophobia dan mahu bercinta kembali dengan sesiapa pun adakah itu salah? adakah itu bermakna aku mengkhianatinya dan tidak boleh lagi meneruskan persahabatan dengannya?

Adakah aku tidak bebas mengekspresi apa saja yang aku kehendaki semata-mata perlu menjaga hatinya. Aku tak faham. Walhal aku pun pernah malah selalu flirty dengannya. Dia of all people yang sepatutnya memahami dan tau cara aku dan tidak prasangka. Aku tidak terasa hati pun malah redha bila acapkali dia melupakanku tatkala sedang asyik dengan idola, teman dan abang-abang angkatnya yang lain.

Timbul juga rasa tidak adil kerana dia bebas berbuat apa saja. Dia bebas flirt dan intim dengan sesiapa saja yang dia ingini tetapi bila aku yang hanya mengucapkan 'hun' dan gurauan flirty dengan orang lain.. dia boleh pula terasa dan sensitif. Adakah aku perlukan permisi untuk berkawan dengan orang lain selainnya? Apa aku tak layak berkawan ramai?

Kenapa aku? apa salah aku? itu yang selalu bermain dalam diri aku sehingga sekarang. Setelah aku cuba tegur, menasihati dan memberi pandanganku dia lantas menghilang. Blognya didelete (atau mungkin buka yang baru). Tidak lagi follow blogku (tetapi masih kekal follow blog-blog orang lain).

Ini menunjukkan aku seolah bersalah padanya. Padahal hakikat sebenar akulah mangsa keadaan. Aku cuma menjadi aku. Adakah itu salah? Adakah dia berasa dirinya sempurna dan maksum, bebas berbuat apa saja, boleh memiliki semua yang dia inginkan tetapi jika orang lain berbuat perkara yang sama tidak boleh sama sekali.

Ini tidak adil!

Memang ini semua di luar jangkaan aku. Memang sejak mengenali dia aku tidak sangka persahabatan akan berakhir begini. Aku pernah mendengar kisah darinya perihal insan-insan yang telah dibuang dari hidupnya..

..Tidak ku sangka kini aku menjadi salah seorang dari mereka..

Sedih.


18 Responses to Aku mangsa cabulan emosi

  1. cik helena
    March 6, 2009 at 12:49 PM
    kadang-kadang kemesraaan yg ditunjukkan disalah tafsir,,lebih2 lagi perempuan,hati memang halus,cepat tersentuh,,bezanya weder she show or keep wat their feel..bukan semua org bole terime kte apa adanye..mean paham kte secare internal,,sebab tu communication sgt penting dalam mane2 hubungan pun,.cube bincang dulu..cheer up k corey..
  2. Corey
    March 6, 2009 at 1:10 PM
    thanks helena.. ya i faham perasaan2 itu semua tapi kali ni mmg caught me offguard sebab tak sangka boleh terjadi sebegini dgn dia.
    Yang i terasanya dia terus seperti membuang i, seolah mcm i yg buat salah. why only me? what is my fault? tu yg jadi persoalan
  3. farish izaryl @izreez
    March 6, 2009 at 4:22 PM
    ssh kan nak faham isi hati girl cmni..:|
  4. tqa
    March 6, 2009 at 5:12 PM
    wah! komplex! bersabar sodara..
    pmpuan slalu xtaw apa yg dia ingin kn sbnarnya..
    (hehehe.. pgalaman org lain k..)
    :P
    suka buat ikut suka ati..
    xpa3.. cool je..

    :)
  5. Corey
    March 6, 2009 at 5:19 PM
    rizz: memang..aku sangka aku dah mahir rupanya belum lagi.

    tqa: thanks..kalau dia tidak terus lari dan kembali normal dan menrima tegurn i sedia forget about it tapi sebaliknya.
  6. Pojiepooh Abdullah
    March 6, 2009 at 7:53 PM
    mmg sgt susah nak faham hati n prsn wanita nih..
    kdg2 mmg leh wat kiter pening n giler..
    tp yg penting apa2 mereka jenis yg perlu dbelai n dbawa bbincang...
  7. Corey
    March 6, 2009 at 8:10 PM
    sudah dibawa berbincang menggunakan ayat yg bertapis dan bersalut mutiara lagi. Mungkin dia hanya perlukan insan yg hanya memuji dan bukan menegur
  8. Hezesuze
    March 6, 2009 at 8:38 PM
    alangkah indahnye percintaan itu dimulai dgn tali persahabatan...

    tp kalo da lama bsahabatan pastu plak x bgi tau isihati...alih2 cari kesalahan org len...haa pmpuan tu yg bermasalah..

    don't sedey2 ek corey...ramai lgik kwn yg nak berkawan dgn u...

    i kan ade...kikikiki
  9. Corey
    March 6, 2009 at 8:43 PM
    thanks heze for the encouragement hehe

    sy hanya wish dia the best of life sebab dia turut punya elemen yang positif..harap yg negatif tak take over.
  10. Suziey Ahmad
    March 7, 2009 at 10:00 AM
    hmm..pompuan mmg sukar difahami..xperlu terlalu memahaminya..ckp sekadar memahami emosinya..sbb bila u memahami emosinya..dgn sdiri pemahaman lengkap akn dirinya akn sama2 dtg..expressions are tru emotion..so then just understand that...nothing much to worry..wah wah..pndai jek aku ckp..ekeekek:D
  11. Corey
    March 7, 2009 at 10:12 AM
    wow! thanks suziey for the great wisdom! :D
  12. DicKiE aDaMs
    March 7, 2009 at 3:38 PM
    love is complicated..

    feelings lg la..

    bile kita wat bdoh je.. diorg kata kita xda prasaan..

    bile kite amik berat.. diorang kate kita terhegeh-hegeh..

    bile dia buat something yg nice utk kite..

    kite besar2kan as if is a big thing..

    tu sume overthinking kan?

    my advice..
    just dance with the music..
    see what happens..

    worst case scenario - putus kawan..
    well what the heck.. like u said.. dia just kwn on9 shaja..

    chill :P
  13. Cik Jannah
    March 7, 2009 at 3:50 PM
    apakah?
    mungkin persahabatan yg terjalin sekian lama 2 membibit perasaan "cinta" pd si dia. myb kemesraan u oll di slh tafsir oleh dia. mmg ssh nak memahami perasaan pompuan. die akn tnjuk attitude yg d luar dr ati nya sbb die x nak owg laen taw isi atinya.

    sabar;
    try slaw talk ape yg ptt.
    jgn akhiri persahabatan dgn bnda yg x besh.

    ;)
  14. Corey
    March 7, 2009 at 4:00 PM
    Dickie: rasanya dia sendiri dah putuskan persahabatan kot sebab dia yg buang me lepas i tegur and give advice.

    jannah: i dont think so dia in love. i rasa dia just ada feeling mau memiliki semua org yg dia kenali. org lain tak boleh potong line.
  15. Lovely Emy
    March 7, 2009 at 6:21 PM
    ermm, rs nya dia suka sama kamu. bila dia cerita ttg lelaki lain tu mau tgk kamu beri respon yg mcm mana..
    kan perempuan sng jatuh hati sama org yg dia suka. lg2 org yg dia suka beri respon yg baik ;)
    i think so..
  16. Corey
    March 7, 2009 at 10:27 PM
    Aimi: oh sy rasa tidak. dia tiada hati kerana lebih ramai org lain yang dia intim. why i am the only one yg kena ntah la.. mungkin sebab sy seorg yg berani menegur dan luahkan pada dia apa yg dia perlu ubah kot. mungkin org lain hanya tau membodek dan memuji
  17. .sofia.
    March 8, 2009 at 11:48 PM
    hurm..agak susah nak tafsirkan perasaan seorg perempuan..kadang2 dia flirt dgn org laen nk tgk bro jeles ke x..konklusinye.= u're not guilty..biarkan saje dia dan perasaan dia,,relax yeapp..~
  18. Corey
    March 9, 2009 at 12:31 AM
    Thanks for your opinion and advice, sofia. appreciate it :)