Dalam 2 hari ni aku kusut fikiran. Tak tenteram. Sentap betul dengan makhluk yang bernama Memey ni. Agak lama juga aku pendam kebengangan ini. Makin menjadi-jadi songeh dia terutama lepas beranak baru-baru ni.
Hehe jangan prasangka. Memey tu nama kucing aku. Kucing yang telah lupa daratan. Dahulu Memey cuma kucing terbuang yang hanya menagih simpati diluar tingkap rumah aku saja tapi kerana simpati aku bela, tatang dan manjainya. Sebelum ini beri apa saja pasti dimakannya dengan penuh syukur dan redha hinggakan karipap pun dimakannya licin.
Sekarang perangainya makin mengada-ngada. Seolah berlagak dan demanding. Cepat jemu dengan makanan yang diberi. Asalnya aku beri makan catfood both dry and wet. Lama kelamaan tak mahu sentuh langsung processed food. Kemudian selera pada ikan rebus digaul dengan nasi pula, tak lama kemudian hanya ingin ikan rebus sahaja. Kemudian kepingin ikan mentah pula. Sekarang semua tak mahu disentuhnya. Beri apa saja, hanya cium dan kembali meminta makanan.
Aku dah give up. Nak kata tiada selera tak pula sebab selalu bising, aktif meminta makanan. Namakan saja semua jenis makanan, semua dah aku beri tetapi tetap tidak mahu makan. Sangat annoying kerana bising mengganggu. Dengar saja orang ke dapur, dia datang serbu merengek dikaki, sanggup tinggalkan anak-anaknya. Kalaulah aku boleh faham apa yang dia inginkan kan senang.
Tak pernah sepanjang hidup aku temui kucing macam ni. Sesiapa yang ada cadangan atau pernah alami situasi begini sila kongsi ya. Aku dah buntu, dah bosan. Kalau tidak kerana dia ada 4 ekor kitten dah lama aku bebaskan kembali ke luar.
*Maaf tiada gambar Memey. Aku agak superstitious ambil gambar kucing.
April 13, 2009 at 9:28 PM
April 13, 2009 at 9:42 PM
anyway, dia nak makan keropok kot. hehe.
April 13, 2009 at 11:59 PM
April 13, 2009 at 11:59 PM
Arif: huhuhu. keropok dulu2 dia makan ler. skang tak pandang dah.
April 14, 2009 at 12:23 AM
April 14, 2009 at 1:21 AM
xpayah bg apa2...
duk diam2...
haha~
[slalo wat ngn kuceng sindri. last2, kcngku tertdO~]
April 14, 2009 at 5:53 AM
ala relax la bro..xkan ngn kucinnnn pn nak sentap:p
April 14, 2009 at 8:27 AM
April 14, 2009 at 8:58 AM
dsbbkan namenye same ngan pelakon gedik si memey tu...haaa prangai pon lebih kurang same latuh...huuhuh
alah..kucing bro tu pun nak rasa menu yg berlainan...layannn je ler...ntah2 da buang tabiat tak kucing tu...huhuhuh
April 14, 2009 at 9:25 AM
qiellah: phobia kucing? adoyai..mesti trauma masa kecik nih.
heze: aah..mungkin sebab terkena badi nama pelakon tu kot sbb tu perangai sama.
April 14, 2009 at 12:16 PM
amatlah sesuai kucing itu dinamai memey...
"Dahulu Memey cuma kucing terbuang yang hanya menagih simpati diluar tingkap rumah aku saja tapi kerana simpati aku bela, tatang dan manjainya. Sebelum ini beri apa saja pasti dimakannya dengan penuh syukur dan redha hinggakan karipap pun dimakannya licin.
Sekarang perangainya makin mengada-ngada. Seolah berlagak dan demanding."
ciri-ciri memang ada....wakakakakaka
April 14, 2009 at 12:45 PM
April 14, 2009 at 7:28 PM
April 14, 2009 at 7:36 PM
April 17, 2009 at 3:31 PM
April 18, 2009 at 7:25 AM