Selepas dibenarkan keluar dari SJMC, aku kembali bertugas seperti biasa. Aku sekali lagi bertanya samaada dia masih sudi memberi aku peluang kedua. Sekali lagi aku kecewa dengan jawapan negatif. Dia mahu menganggapku hanya sebagai kawan. Perhatian dan keperihatinannya padaku semasa di hospital hanyalah atas dasar simpati semata.
Aku sedaya upaya gagahi bekerja seperti biasa walaupun sudah tiada kekuatan. Aku masih tidak boleh menerima hakikat yang gadis yang aku angankan bakal menjadi permaisuri hidupku kini milik orang lain. Aku rasa cemburu yang teramat bila membayangkan selepas ini lelaki lain pula yang akan bermesra dan membelainya. Aku rasa seolah semuanya tiada bermakna lagi.
Prestasi aku kembali merundum. Aku tidak lagi bersemangat bekerja. Tambahan pula kami satu pejabat, jadi setiap masa aku tersentap apabila melihatnya berbual ditelefon dengan lelaki lain dan tampak ceria.
Hati aku sakit mengenangkan yang begitu mudahnya dia melupakan cinta yang bersemi dahulu. Begitu mudah dia memulakan cinta itu dan akhirnya dia juga yang mengakhirinya. Begitu mudah dia kembali normal seolah tiada apa-apa yang berlaku padahal aku tersiksa berhempas pulas diulit duka. Yang buat aku lebih sakit hati apabila dia keras menafikan yang dia ada hubungan istimewa dengan lelaki itu padahal aku mendengar dari sumber yang boleh dipercayai yang dia dan lelaki itu sedang bercinta.
Sejak berpisah dia tidak lagi memilih giliran offday sama hari dengan aku. Aku syak sesuatu. Pada hari dia bercuti aku menelefonnya dari pejabat. Bibiknya memberitahu yang dia keluar. Naluri aku kuat mengatakan yang dia keluar dengan lelaki itu.
Lalu aku mengambil cuti kecemasan dan bergegas pergi ke Subang Parade mencari mereka. Tidak jumpa. Aku pergi pula ke KL, dari satu shopping complex ke shopping complex yang lain mencari mereka. Aku bagaikan telah pyscho. Bukan tidak merestui cinta barunya tetapi aku rasa diri aku tercabar apabila dia berselindung dariku. Aku rasa terhina kerana dia tidak berterus terang. Aku tidak suka ditipu sebegini.
Setelah penat mencari aku menunggu mereka di stesen komuter Subang Jaya. Firasat aku kuat mengatakan yang mereka menaiki komuter. 5 jam aku menunggu dengan bodohnya di stesen itu dan akhirnya memang betul firasat aku. Aku nampak mereka berdua dengan mesranya berpimpin tangan keluar dari komuter dan masuk ke stesen.
Niat aku bukanlah untuk menyerang mereka. Cuma untuk mengetahui kebenaran dan berhadapan dengan lelaki itu untuk mengetahui kebenaran. Di pintu stesen mereka tergamam melihat aku. Gadis itu seperti memberitahu lelaki itu supaya beredar kerana dia mahu menyelesaikan sendiri dengan aku.Aku nampak seolah lelaki itu mahu confront aku. Aku biarkan sahaja mereka sambil duduk menanti. Mungkin setelah berjam-jam menunggu aku sudah exhausted mentally and physically.
Gadis itu datang duduk disebelahku dan bertanya mengapa aku begini. Aku dengan linangan air mata menyatakan aku mungkin tidak kisah kalau dia berterus terang padaku tetapi caranya seolah menghinaku dengan berselindung. Akhirnya dia mengaku yang memang benar dia telah menerima lelaki itu sebagai kekasih barunya. Dia meminta maaf jika aku terasa kerana niatnya merahsiakan semua ini kerana ingin menjaga hati aku. DIa mahu aku melupakanya kerana aku sudah tiada dihatinya. Tidak mungkin dia akan menerima aku kembali.
Aku walaupun kecewa tapi berpuas hati kerana akhirnya dia berterus terang. Itu yang aku mahukan…kebenaran. Ketika itu aku rasakan jiwa aku seolah sudah kosong. Aku rasakan yang aku memang tidak boleh kembali normal jika terus bekerja di situ atau berada dekat dengannya.
Demi menjaga kewarasan aku dan tidak mahu terus jeopardize reputasi syarikat, aku mengambil keputusan drastik dengan berhenti kerja. Kalau ikutkan aku sayang kerja itu kerana ketika itu memang sukar bagi sesiapa untuk mendapat kerja di syarikat telekomunikasi terulung itu. Aku korbankan segala benefits dan peluang cerah dalam syarikat demi utk melupakan sebuah cinta luka.
Awalnya aku amat sesali keputusan itu. Namun sekarang aku redha kerana percaya semua ada hikmah disebaliknya. Selama 6 bulan juga aku mengambil masa untuk betul-betul melupainya. Sekarang aku tiada apa-apa perasaan lagi padanya atau sesiapa pun. Hubungannya dengan lelaki itu pun tidak kekal lama. Aku dengar dia telah berkahwin dengan lelaki lain. Semoga dia kekal bahagia selamanya.
Selepas bekerja di sana sini aku akhirnya mengambil keputusan melanjutkan pelajaran di sebuah institut pengajian tinggi. Semasa belajar aku pernah cuba kembali bercinta. Di sinilah aku mula sedar yang aku telah menjadi seorang philophobic kerana aku tiada perasaan langsung dan akhirnya aku sendiri telah mengecewakan hati seorang perempuan yang lain.
Disebabkan itulah aku gentar untuk bercinta kembali bukan hanya tiada hati tetapi tidak mahu melukakan insan lain. Dari buat orang lain menderita baik aku sendiri tanpa cinta. Aku sayu bila mengenang kembali gadis-gadis yang telah terluka akibat dari eksperimentasiku untuk kembali bercinta. Tapi itu sebuah kisah yang lain. Jika rajin nanti akan aku ceritakan…
Pautan Lengkap:
April 8, 2009 at 1:48 PM
April 8, 2009 at 1:51 PM
April 8, 2009 at 2:05 PM
April 8, 2009 at 2:20 PM
April 8, 2009 at 2:27 PM
mau nanges pon ade..
huk3...
bgs cerita chenta bro...
=)
April 8, 2009 at 2:27 PM
its good to know u dh bole lupekan dia ..tp jgn buat ape yg dia buat pada u pada pompuan lain..jgn pksa hati..dont push it harder..cinta xbole dipaksa rite..
good luck for ur future..smga ketemu insan yg brjaya membuka pintu hatimu itu...;)
April 8, 2009 at 2:57 PM
thanks semua kerana sudi membaca.setiap org pasti pnh mengalami pengalaman ni.ada yg strong tp my heart maybe tak dapat menerima tekanan this heavy.
mmg cinta tak boleh dipaksa sbb tu now i just ikut ketentuan je.maybe belum datang seru...
April 8, 2009 at 3:10 PM
April 8, 2009 at 3:13 PM
April 8, 2009 at 3:52 PM
sy blm rasai apa 12 cinta pd llaki slain ayh..^_^
~DIA lbh tau ape yg t'baik utk hambaNYA~
April 8, 2009 at 3:52 PM
ermm ada kene mengene ckit lerr ngan citer ze lah...tp idakler nak carik sume complex kekdahnye..huhuhu
tp akhirnye jumpe gak si dia ngan org len...skrg x ze tu da 3x kawin cerai...ermm pdn muke dia kan...
smmgnye ALLAH tu maha adil okey...still tgu part yg bro kuciwa kan ggirl..hehhe
April 8, 2009 at 6:49 PM
heze: owh ye ke..x sangka heze pun pnh kuciwa eh.. nmpk bahagia sgt skrg. alhamdulillah dah menemui bahagia.i'm happy 4u.
part bro kuciwakan tu bukan bermakna bro sengaja tau. itu semua usaha utk mencuba kembali tetapi gagal. nantikan bro cerita bila sampai masa :)
April 8, 2009 at 8:35 PM
sungguh tragis cerita cinta tak kesampaian ini... :( apepun kuatkan semangat awak yek...
kite doakan, satu hari yg manis
segalanya yg baik akn membuka pintu
hati awak itu...
April 9, 2009 at 3:37 AM
msti sgt pnt time itu...
[ad jugak mmbe yg cm encek cOrey nh. sebijik! lalala~]
April 9, 2009 at 6:42 AM
misz: owh ada mmbe yg sebijik eh..hope dia x alami sengsara mcm corey gak. masa tu mmg rasa tercabar tu yg gigih cari/
April 9, 2009 at 1:35 PM
apa pun nasihat aku tuk ang... jangan sesekali menutup pintu hati kerna sebuah cinta luka... cinta adalah sesuatu perasaan yang paling indah yang telah Allah anuerahkan... yang buta bukan cinta, yang hina bukan cinta, yang buruk bukan cinta... tetapi adalah pemilik cinta tersebut. Aku sendiri pernah rasa apa yang ang rasakan sehinggakan aku tutup rapat pintu ati aku tetapi cuba pikir balik... apakah adil???
moga ang akan ketemu dengan cinta sejati... ini adalah doa seorang sahabat blog ang... walaupun aku putus fius tapi tak bermakna selama nya aku akan putus fius...
April 9, 2009 at 2:06 PM
actually aku tak pernah tutup hati. cuma hati aku je maybe dah takde. aku dah cuba bercinta bukan tak pernah tapi gagal malah aku yg rasa bersalah sebab terpaksa kecewakan org lain. cinta tak boleh dipaksa, jadi aku putuskan sebab kalau aku terus layan sebab nak jaga hati bermakna aku menipu diri sendiri dan juga not fair kat dia kan?
amin to that..jika ditakdirkan bertemu jodoh dgn sesiapa nnt akan aku announcekan kat semua.
hehe aku respect ang sebab walau putus fius tapi masih ada fius yg masih bercantum utk memberi pandangan yang jitu gitu
April 13, 2009 at 1:47 PM
April 14, 2009 at 12:46 PM
April 21, 2009 at 8:09 PM
ntah la... saya dah lupa apa itu cinta.