Posted on Monday, April 27, 2009

Mangsa Cinta Si Philophobic #1 - Kasih Gadis Tomboy

Hari ini tibalah masanya untuk aku kongsi bersama kisah pra cinta yang aku telah tempuhi setelah trauma cinta pertama. Kisah pertama dengan seorang gadis tomboy.

Gadis itu bernama Azur. Bukan Azura. NorAzur. Ketika aku mula menjejaki Institut tersebut kami tidaklah rapat malah tidak pernah terfikir satu hari kami akan menjadi sepasang kekasih. Salah satu sebabnya mungkin kerana dia seorang gadis yang agak kasar penampilan dan boleh dikategorikan sebagai tomboy.

Dari semester ke semester persahabatan semakin akrab. Setiap kali diberi tugasan kerapkali juga aku dipilih untuk masuk ke kumpulannya. Lama kelamaan timbul pula rasa suka. Seperti ada daya tarikan. Nak kata cantik tidak. Dia tidak gemar berhias atau bermake-up seperti gadis-gadis lain. Tapi aku rasa geram bila melihatnya. Mungkin disebabkan gerak lakunya yang cheeky dan poyo.

Aku lupa bagaimana ianya berputik. Mungkin kalau tidak silap aku pernah meluahkan dengan cara berseloroh dengan salah seorang kawan karibnya yang aku menyukainya. Rupa-rupanya aku dapat tahu yang aku tidak bertepuk sebelah tangan.

Pada masa itu aku tidaklah bertekad mahu hubungan yang serius sebagai pasangan kekasih. Cuma admirasi dan flirt sahaja tetapi setelah mengetahui aku meminatinya dia kelihatan agak malu-malu. Tidak lagi beraksi poyo terhadapku. Dengan erti kata lain dia “kontrol ayu”.

Tetapi apabila tamat kelas, Sebelah malamnya kerap pula dia melelefon aku di rumah untuk berbual kosong. Sesuatu yang tidak pernah dilakukannya dulu. Caranya seolah menanti reaksi lanjut dariku. Aku memahaminya tetapi apabila dia semakin intim aku jadi seolah janggal. Timbul perasaan gentar dalam diri. Mungkin juga aku tak boleh terima caranya yang seolah push aku untuk ke next level. Aku mungkin akan teruskan jika aku yang take charge dan mengemudinya secara slow and steady.

Aku pun kekadang hairan, bila mula menjalin sesebuah hubungan selalunya gadis tersebut yang akan memulakan gerak langkah. Mungkin disebabkan inilah aku rasa sedikit kaget dan janggal. Aku tahu dia menanti hari aku mengajaknya keluar bersama tetapi tidak pernah berlaku. Ketika berbual dia pernah memberi hint tetapi aku buat seolah tidak faham. Dari sinilah aku mula merasai yang aku gentar untuk melalui jalan cinta lagi.

Dipendekkan cerita, suatu malam seperti biasa dia menelefonku. Setiap kali dia menelefon timbul rasa bersalah kerana aku tidak pernah pun sekali pun punya inisiatif untuk menghubunginya walaupun sekali. Lalu aku meluahkan padanya yang aku mahu kami kembali menjadi kawan biasa seperti dahulu. Aku nyatakan yang aku rindu Azur yang dahulu. Gadis lincah, kasar dan poyo yang selalu make my day. Caranya sekarang seolah tidak menjadi dirinya sendiri.Pretentious. Aku tidak selesa jika orang lain berubah semata-mata kerana aku.

Aku luahkan juga yang aku belum bersedia mahu serius dengannya. Aku mintak maaf dan menyatakan yang aku tidak mahu dia kecewa satu hari nanti jika hubungan ini makin serius. Lebih baik putuskan sekarang sebelum semuanya masih berada di gear bebas.

Dia diam sepanjang perbualan aku. Akhirnya dengan nada tenang dia berkata “Takpelah kalau macam tu”. Lalu memutuskan talian.

Aku faham hatinya remuk. Harapannya hancur. Mungkin juga malu kerana aku menolak cintanya. Tapi aku masih anggap seorang gadis tomboy sudah tentu dia selamba, cekal dan tabah menghadapinya. Rupa-rupanya tidak. Aku dapat tahu dari rakannya yang selepas sahaja meletak telefon dia menghubungi rakannya dan menangis. Aku tidak pernah bayangkan gadis sepertinya dalam suasana duka dan menangis.

Sayu aku mendengarnya dan timbul rasa bersalah. Justeru aku bercadang meminta maaf secara muka ke muka. Tidak berhasil kerana dia kerap mengelak dariku. Malah tidak langsung mahu melihatku. Bila aku cuba tegur dia tidak mahu membalas. Tetapi kelakuannya telah kembali seperti biasa ketika berinteraksi dengan orang lain. Ceria, lincah dan poyo tetapi tidak lagi denganku.

Agak seminggu juga dia tidak menegurku. Akhirnya setelah berkali-kali aku cuba memperbaiki persahabatan kami melalui rakan-rakannya, dia kembali seperti biasa melayaniku sebagai seorang sahabat. Walaupun terkadang rindu dengan sisi romantisnya dulu namun aku sedar hakikat yang kami tidak mungkin dapat bersama.

Setelah tamat belajar kami terputus hubungan. Kali terakhir aku dengar dia telah pun berkahwin dan kini telah menukar penampilan dengan bertudung. Alhamdulillah. Tentu ayu kini. Aku doakan dia berbahagia bersama teman hidupnya…

Kredit foto: http://femifist.today.com


21 Responses to Mangsa Cinta Si Philophobic #1 - Kasih Gadis Tomboy

  1. ♥ cik intanurulfateha ♥
    April 27, 2009 at 8:20 PM
    .so sweet :)
  2. Corey
    April 27, 2009 at 8:31 PM
    cik intan: Sweet n sour :)
  3. ~miszirdawaty~
    April 27, 2009 at 8:36 PM
    ehem2...
    menarik.
    lalala~
  4. Hezesuze
    April 27, 2009 at 9:06 PM
    wlpon penampilan nampak tomboy tp kalo da pompuan tu ttp ler hati & jiwanya sorang pompuan jugak...tidak bleh dinafikan..

    e2 ler prasaan sorang pompuan bila sorang guyz telah mncurahkan isi hatinya...sgup jd org len drpd jd diri sendiri...

    p/s sebenonya byk nak komen ni..tp anak nagis le plak...nnti ze smbung..huhuhuh
  5. Corey
    April 27, 2009 at 10:06 PM
    misz: thanks :)

    heze: yea bro sedar tu.sbb tu rasa mcm unreal and awkward.
    hehe ok.. dodoi anak tu dulu. heze atleast dah selamat dah.
  6. arifrusli
    April 27, 2009 at 11:59 PM
    lor. napa x bersedia. kesian azur
  7. Eazy Izzuddin
    April 28, 2009 at 12:15 AM
    hiks...
    ok le 2...
    akhirnya jd wanita sejati jg..
    uhuhu
  8. Corey
    April 28, 2009 at 2:11 AM
    arif: masa tu mula2 ingat dah ready tapi lelama baru sedar yg i masih blum bersedia menerima. masih trauma.

    Eazy: hehe yeah. sudah ditakdirkan :)
  9. ♥ cik intanurulfateha ♥
    April 28, 2009 at 3:37 AM
    .emm sdapnye ikan siakap sweet n sour
    .lapa plak :P
  10. [-suziey-]
    April 28, 2009 at 8:27 AM
    hmmmm....honestly sian kat dia sbb sanggup berssh payah brubah..tp dia pn silap..sbb dia xmemahami knpa org suka kat dia...she just need to be hersefl bcoz pple like her as she is..not what she need to be...ths time i am at ur side..its not ur fault..hehehe:p ok next....ekek:D
  11. Hezesuze
    April 28, 2009 at 9:29 AM
    insyaallah akan ada sinar bahagia tuk bro...cume masanye je kita xtahu...

    ppun ze doakan moga bro dpt bukakkan ati bro tu tuk sorang wanita btahta di ati bro...

    dan dpjkan usia, dimurahkan rezeki spaya dpt carik calon isteri...hehehe

    p/s bila ler nak trun sini tuk jmpa ze & bloger2 len...
  12. Corey
    April 28, 2009 at 12:40 PM
    suziey: sy slalu alami camni.org lain yg slalu mulakan sesuatu affection. dari situ sy jadi mcm serba salah.

    heze: Aminnnnn..
    and then psl jumpa tu mmg teringin sgt.. cuma belum ada kelapangan dan kesempatan. InsyaAllah soon :)
  13. Corey
    April 28, 2009 at 12:41 PM
    Cikintan: nnt masak capture ler ek..then buat entry hehe
  14. epalgreen
    April 28, 2009 at 10:46 PM
    kesian dia..
    tapi bgslah corey btrs trg n tk permainkn perasaan die..
    dr die merana lama..
    baik dilepaskan kn..
    :)
  15. Corey
    April 29, 2009 at 6:33 AM
    epal: btul.. itulah my intention. sblum go too far baik i terus terang
  16. manje
    April 29, 2009 at 7:52 PM
    salam

    emm wlpn 'tomboy' dia masih gadis manis yg dambakan cinta seorang lelaki, mungkin cuma dia bkn tercipta utkmu... Allah Maha Mengetahui bukan...
  17. Saila Yeroc
    April 29, 2009 at 8:25 PM
    manje: yea mmg telah azali jodohnya ditentukan utk org lain. seorang lelaki yg lebih baik utknya.
  18. cIk JanNah
    April 29, 2009 at 9:02 PM
    cantik n tertarik.
    walo tomboi pon dia masih punya perasaan igin mencinta n d cintai.

    tp x de jdoh tok kamo bro besama dia
  19. Corey
    April 29, 2009 at 10:00 PM
    jannah: yeah.. dah suratan not meant for eachother
  20. syafiqahjasmin
    April 30, 2009 at 11:02 PM
    Itu mungkin lumrah. Kita mcm terOVER excited bila seseorang menyukai kita. Sanggup berubah. Walaupun kita kurang pasti, ADAKAH DIRI KITA SENDIRI BENAR-BENAR MENARUH HATI KEPADA orang tersebut.

    Tak kira lah lelaki ke perempuan. SEMUA SAMA JE.

    Ceh, saya cakap mcm saya ada pengalam je. T_T. okay tak pernah bercinta. SAYA MENGAKU!
  21. Corey
    April 30, 2009 at 11:27 PM
    syafiqah: bernas pendapat tu.benar. mcm org yg berpengalaman! hehe.
    bagusla.. nnt boleh jadikan bekalan dan ingatan jika syafiqah tiba2 terjerumus dlm cinta nnt :D