Showing posts with label Kisah Cinta. Show all posts
Showing posts with label Kisah Cinta. Show all posts
Posted on Tuesday, August 04, 2009

Mangsa Cinta Si Philophobic #2 : Kasih Gadis Cina - Prelude

Sudah lama aku tidak berbicara tentang kisah lampauku. Terkadang aku terlupa akan janjiku dahulu untuk berkongsi pengalaman dibelenggu cinta dan kasih yang aku jebaki tanpa rela setelah gagal cinta pertama lama dahulu.

Nah, kini aku akan persembahkan kisah kedua dlm siri “Mangsa Cinta Si Philophobic” yang mana jika ada yang mengikuti, kisah lepas adalah berkenaan “Kasih Gadis Tomboy”.  Jika anda berminat untuk membaca kembali nukilan-nukilan lepas, pautan boleh anda cari di dalam ruang ‘ARKIB BLOG’ March dan April.

Perlu diingati, walaupun aku menggunakan istilah “Mangsa Cinta”, tidak bermakna aku ini playboy atau kasanova yang sengaja mempermainkan gadis. Bagi istilah peribadi aku, ia lebih menjurus kepada harapan kasih tidak kesampaian seorang gadis yang mengharapkan balasan cintaku tetapi tidak dapat aku penuhi, lantas membuat aku dalam dilema kerana aku tidak lagi punya hati dan perasaan untuk membalas cinta dek penangan trauma cinta pertama yang masih belum kebah.

Sebenarnya jarak kisah antara Mangsa #1 dan Mangsa #2 ini agak jauh. Ada lagi kisah-kisah yang berlaku di antara tapi aku fokuskan dahulu “Kasih Gadis Cina” ini kerana buat masa ini persahabatan antara kami telah pulih, dan aku mahu luahkan kisah ini secepat mungkin sebelum persahabatan kami kembali goyah. Entah mengapa kami kekadang ibarat anjing dan kucing. Mudah bergaduh online atas kesalahfahaman hal-hal picisan walaupun tidak lagi bersua muka.

Untuk rekod, gadis cina ini adalah bekas rakan sekerjaku, kisah ini boleh dikatakan antara yang terbaru berlaku dalam hidupku. Baru tahun lepas. Dia telah pun memberi kebenaran untukku meluahkan di blog malah menggalakkan lagi. Sekadar nostalgia mungkin.

Nantikan nukilan “Mangsa Cinta Si Philophobic #2 : Kasih Gadis Cina” ini menyusul.

bersambung…


Posted on Thursday, July 02, 2009

-CinTA PerTAmAku- "b-boy"

GUTEN TAG.. ya salam.. YEBA-YEBA

OK.. entry kali ni aku nak ceritakan kisah CINTA PERTAMA aku.. wah asik pasal cinta je kan.. hek3.. yela mak orang citer pasal abg polis.. so aku nak la jugak citer.. lagipun abgCOREY beria2 nak taw kan.. so meh le story..

Sejak aku dilahirkan.. aku idak le kenal apa itu cinta..yela sume duk cakap pasal cinta monyet kan..sebabkan aku masa sekolah sangat la lemah semangat..pantang kena gertak..nangis sokmo.. and aku sng jatuh sakit..kira antibodi lemah sikit.. sebab tu aku lebih diebri perhatian oleh my mom..



So segala tindak tanduk aku dikawal..sampai la aku habis sekolah rendah and masuk sekolah menengah.. sekolah menengah pun aku x didedahkan dengan cintan cintun nie.. ye memang benar..aku telah diterapkan dengan MOTO "Jangan bercinta waktu sekolah" oleh my mom.. disebabkan aku dijaga agak rapi..so pergaulan aku agak terbatas.. pagi pegi sekolah... petang aktiviti kokurikulum..ujung minggu tusyen..even tusyen kat KL pun.. aku x reti nak merayau2..abis tusyen balik rumah..

Tapi aku tidak la pasif..aku boleh dikategorikan antara pelajar yang glamer la bersama rakan2 aku..ini pun disebabkan aku aktif berpersatuan bagai.. *kira sambil2 tu mencapap la sekali kan..ekekekeke.. so junior2 memang la ramai kenal aku.. sampai waktu petang bila selisih siap bagi salam tu..dialog dia macam nie.. "Assalamualaikum abg SUBRI..".. pastu sengih2 dak2 sekolah petang.. tapi aku x amik pusing... and yang paling aku ingat ramai anta proposal nak wat abang angkat.. ekekeke.. macam2 budak2 ni kan.. tapi aku stil wat bodo jer..

Sampaila aku join satu motivasi program nie.. kira macam kursus la.. kursus fasilitator sebenarnya.. selepas tamat kursus motivasi nie..kita diiktiraf sebagai fasilitator untuk guide junior2 kat sekolah.. sekolah aku anta 4 orang.. 2 laki 2 perempuan.. and aku termasuk sekali utk join.. and bila sampai.. mula aktiviti.. aku masuk dalam satu kumpulan yang diberi nama AL-FAIZIN.. bermaksud 'JUARA'.. and dalam grup tu..ada seorang gadis yang tiba2 buat rasa diri aku ni x tenteram sejak 1st day lagi...bila ada LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK).. aku dengan die selalu berborak pasal family.. padahal kawan2 lain sebuk menyiapkan tugasan diberi.. hek3..(kursus nie balik hari yek..amik masa 3 minggu)

And hendak dijadikan kesah... selepas habis program..kami bergegas pulang menaiki PUTRA LRT..and dalam PUTRA tu..aku dengan rakan2 sekolah aku bergerak balik ke rumah...tapi si dia singgah kat KLCC bersama rakan2 sekolah dia.. and dalam train dia kasi aku nombor telefon..

BUT..aku masih lagi was2.. yela nak call cheq malu naa... lagipun nak bermsg.. ms tu aku mana ada enset lagi.. so nombor telefon tu aku simpan je.. sampai kesudah aku x call die.. and masa hari raya aku terima kad raya dari die (kami bertukar alamat selepas kursus 3 minggu tu habis) so aku balas kad raya die.. and masa aku masuk matrikulasi.. aku terputus hubungan dengan dia.. sampai sekarang aku igt kat dia.. orang kata cinta pertama adalah cinta yang tidak dpt kita lupa walaupun kita bertemu dengan orang yang baru...si dia itulah SURIATI binti ISMAIL.. alamat terakhir di PUCHONG...

Selesai... siapakah lagi yang berjaya menawan hati aku..tungguuu....

AUF WIDERSEHEN



Posted on Monday, June 29, 2009

CiNTa PeRTaMa YaNg KeCuNdaNG. **eksklusif!**

Terima Kasih kepada Bro Corey yang sudi menjemput aku sebagai penulis jemputan di blog dia...hope one day dapatlah kita bertemu ye bro...insyaallah

Buat pertama kalinya aku ingin berkongsi pengalaman bercinta dengan seorang anggota polis semasa usia ku baru menjangkau 18 tahun ketika itu. Sebelum ini aku mempunyai ramai kawan lelaki tetapi bila aku diperkenalkan oleh makcik aku sendiri ketika itu rasanya inilah cinta pertama ku.

Walaupun jarak usia antara kami sememangnya jauh tetapi disebabkan makcik ku yang menjadi orang tengah, hubungan kami berjalan lancar sekali dan aku begitu gembira sangat ketika itu. Aku percaya pada si dia...yelah kami diperkenalkan oleh makcik aku sendiri...

Kami keluar (dating) bersama2 tapi kebanyakkannya makcik aku akan join sekali. Lagipun masa tu suami makcik aku pun seorang polis. Entah kenapa aku berasa selamat & tenang saja bila berada di samping si dia walaupun ada jugak kedengaran bisikan syaitan di telinga aku mengatakan yang polis ini orangnye janganlah dipercayai. Betul ke??? Ahhh...aku tidak memperdulikan bisikan2 itu.

Hampir 2 tahun kami menjalinkan hubungan di mana semua keluarga aku sudah mengetahui tentang kami terutama arwah nenek aku yang memang rapat sangat dengan dia. Aku akui dia bukanlah ciri2 idaman lelaki yang aku ingini tetapi entah mengapa hati ini begitu menyayangi dia sepenuh jiwa dan raga. Mungkin cara layanan dia terhadap aku yang begitu mengambil berat & rapat dengan keluarga aku yang membuatkan aku terlalu sayang kepada dia.

Sehingga keluarga aku menggelarkan dia sebagai anak angkat. Hati aku begitu seronok bila dia boleh sesuka hati datang & makan bersama tanpa berselindung. Kami bergelak tawa bersama, bergurau senda bersama walaupun di hadapan ibu bapa aku sendiri. Mereka pun merestui perhubungan kami.

Tetiba aku dikejutkan dengan berita gempar. Dimana aku diberitahu dia akan dikawinkan dengan pilihan keluarga iaitu pilihan ibunya sendiri. Ya ALLAH! besarnya dugaan buat diriku. Disebabkan dia adalah anak bongsu maka dengan itu dia mengikut saja kata ibunda dia. Takut jadi anak derhaka katanya.

Seminggu sebelum majlis pernikahan, dia minta izin untuk bertemu dengan aku. Dengan berat hati & kecewa ketika itu, aku gigihkan jugak badan dan kudrat aku. Rasanya lemah longlai segalanya. Ketika itu aku fikir, boleh kah aku menanggung kekecewaan yang sebegini rupa.

Dalam perbincangan kami, dia menyatakan yang dia tidak mahu hubungan kami diputuskan dan ingin meneruskan hubungan itu walaupun dia telah menikah. Aku terkedu seketika, mana mungkin aku nak menjalin hubungan dengan suami orang. Memang pantang aku!

Dipendekkan cerita, aku yang membuat keputusan hubungan kami berakhir pada malam itu kerana aku tidak sanggup untuk melukai hati wanita lain walaupun dia tidak mencintai wanita itu. Hubungan kami berakhir disitu dan dia menghantar aku pulang.

Selepas perjumpaan kali terakhir itu, aku tidak menghubungi lagi dia tetapi dia tetap menghubungi aku sehinggakan esoknya nak bernikah dia masih lagi menghubungi aku. Dia kata dia dengan keputusannya yang ingin meneruskan hubungan kami walaupun dia dah berkahwin.

Selama sebulan jugak aku frust menonggeng. Tak lalu makan dan kemurungan melanda diri aku. Tetapi dengan berkat dan nasihat teman2 dan keluarga, syukur alhamdulillah aku bangkit kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Dan selama setahun jugak lah pintu hati aku tertutup rapat buat insan yang bergelar LELAKI. Dan akhirnya aku telah dipertemukan dengan suami aku sekarang dan kami mempunyai 3 orang cahayamata yang sungguh comel.

Ingin tahu kisah percintaan aku dengan suami aku??? dan apa yang terjadi dengan bekas teman lelaki aku itu??? Nantikan kesinambungannye hanya di dalam BLOG COREYALIAS.

http://www.mylivesignature.com/signatures/54487/217/0BC15186A5B6A7EE9EB19629CAEE0477.png


Posted on Monday, April 27, 2009

Mangsa Cinta Si Philophobic #1 - Kasih Gadis Tomboy

Hari ini tibalah masanya untuk aku kongsi bersama kisah pra cinta yang aku telah tempuhi setelah trauma cinta pertama. Kisah pertama dengan seorang gadis tomboy.

Gadis itu bernama Azur. Bukan Azura. NorAzur. Ketika aku mula menjejaki Institut tersebut kami tidaklah rapat malah tidak pernah terfikir satu hari kami akan menjadi sepasang kekasih. Salah satu sebabnya mungkin kerana dia seorang gadis yang agak kasar penampilan dan boleh dikategorikan sebagai tomboy.

Dari semester ke semester persahabatan semakin akrab. Setiap kali diberi tugasan kerapkali juga aku dipilih untuk masuk ke kumpulannya. Lama kelamaan timbul pula rasa suka. Seperti ada daya tarikan. Nak kata cantik tidak. Dia tidak gemar berhias atau bermake-up seperti gadis-gadis lain. Tapi aku rasa geram bila melihatnya. Mungkin disebabkan gerak lakunya yang cheeky dan poyo.

Aku lupa bagaimana ianya berputik. Mungkin kalau tidak silap aku pernah meluahkan dengan cara berseloroh dengan salah seorang kawan karibnya yang aku menyukainya. Rupa-rupanya aku dapat tahu yang aku tidak bertepuk sebelah tangan.

Pada masa itu aku tidaklah bertekad mahu hubungan yang serius sebagai pasangan kekasih. Cuma admirasi dan flirt sahaja tetapi setelah mengetahui aku meminatinya dia kelihatan agak malu-malu. Tidak lagi beraksi poyo terhadapku. Dengan erti kata lain dia “kontrol ayu”.

Tetapi apabila tamat kelas, Sebelah malamnya kerap pula dia melelefon aku di rumah untuk berbual kosong. Sesuatu yang tidak pernah dilakukannya dulu. Caranya seolah menanti reaksi lanjut dariku. Aku memahaminya tetapi apabila dia semakin intim aku jadi seolah janggal. Timbul perasaan gentar dalam diri. Mungkin juga aku tak boleh terima caranya yang seolah push aku untuk ke next level. Aku mungkin akan teruskan jika aku yang take charge dan mengemudinya secara slow and steady.

Aku pun kekadang hairan, bila mula menjalin sesebuah hubungan selalunya gadis tersebut yang akan memulakan gerak langkah. Mungkin disebabkan inilah aku rasa sedikit kaget dan janggal. Aku tahu dia menanti hari aku mengajaknya keluar bersama tetapi tidak pernah berlaku. Ketika berbual dia pernah memberi hint tetapi aku buat seolah tidak faham. Dari sinilah aku mula merasai yang aku gentar untuk melalui jalan cinta lagi.

Dipendekkan cerita, suatu malam seperti biasa dia menelefonku. Setiap kali dia menelefon timbul rasa bersalah kerana aku tidak pernah pun sekali pun punya inisiatif untuk menghubunginya walaupun sekali. Lalu aku meluahkan padanya yang aku mahu kami kembali menjadi kawan biasa seperti dahulu. Aku nyatakan yang aku rindu Azur yang dahulu. Gadis lincah, kasar dan poyo yang selalu make my day. Caranya sekarang seolah tidak menjadi dirinya sendiri.Pretentious. Aku tidak selesa jika orang lain berubah semata-mata kerana aku.

Aku luahkan juga yang aku belum bersedia mahu serius dengannya. Aku mintak maaf dan menyatakan yang aku tidak mahu dia kecewa satu hari nanti jika hubungan ini makin serius. Lebih baik putuskan sekarang sebelum semuanya masih berada di gear bebas.

Dia diam sepanjang perbualan aku. Akhirnya dengan nada tenang dia berkata “Takpelah kalau macam tu”. Lalu memutuskan talian.

Aku faham hatinya remuk. Harapannya hancur. Mungkin juga malu kerana aku menolak cintanya. Tapi aku masih anggap seorang gadis tomboy sudah tentu dia selamba, cekal dan tabah menghadapinya. Rupa-rupanya tidak. Aku dapat tahu dari rakannya yang selepas sahaja meletak telefon dia menghubungi rakannya dan menangis. Aku tidak pernah bayangkan gadis sepertinya dalam suasana duka dan menangis.

Sayu aku mendengarnya dan timbul rasa bersalah. Justeru aku bercadang meminta maaf secara muka ke muka. Tidak berhasil kerana dia kerap mengelak dariku. Malah tidak langsung mahu melihatku. Bila aku cuba tegur dia tidak mahu membalas. Tetapi kelakuannya telah kembali seperti biasa ketika berinteraksi dengan orang lain. Ceria, lincah dan poyo tetapi tidak lagi denganku.

Agak seminggu juga dia tidak menegurku. Akhirnya setelah berkali-kali aku cuba memperbaiki persahabatan kami melalui rakan-rakannya, dia kembali seperti biasa melayaniku sebagai seorang sahabat. Walaupun terkadang rindu dengan sisi romantisnya dulu namun aku sedar hakikat yang kami tidak mungkin dapat bersama.

Setelah tamat belajar kami terputus hubungan. Kali terakhir aku dengar dia telah pun berkahwin dan kini telah menukar penampilan dengan bertudung. Alhamdulillah. Tentu ayu kini. Aku doakan dia berbahagia bersama teman hidupnya…

Kredit foto: http://femifist.today.com