Posted on Tuesday, August 04, 2009

Mangsa Cinta Si Philophobic #2 : Kasih Gadis Cina - Prelude

Sudah lama aku tidak berbicara tentang kisah lampauku. Terkadang aku terlupa akan janjiku dahulu untuk berkongsi pengalaman dibelenggu cinta dan kasih yang aku jebaki tanpa rela setelah gagal cinta pertama lama dahulu.

Nah, kini aku akan persembahkan kisah kedua dlm siri “Mangsa Cinta Si Philophobic” yang mana jika ada yang mengikuti, kisah lepas adalah berkenaan “Kasih Gadis Tomboy”.  Jika anda berminat untuk membaca kembali nukilan-nukilan lepas, pautan boleh anda cari di dalam ruang ‘ARKIB BLOG’ March dan April.

Perlu diingati, walaupun aku menggunakan istilah “Mangsa Cinta”, tidak bermakna aku ini playboy atau kasanova yang sengaja mempermainkan gadis. Bagi istilah peribadi aku, ia lebih menjurus kepada harapan kasih tidak kesampaian seorang gadis yang mengharapkan balasan cintaku tetapi tidak dapat aku penuhi, lantas membuat aku dalam dilema kerana aku tidak lagi punya hati dan perasaan untuk membalas cinta dek penangan trauma cinta pertama yang masih belum kebah.

Sebenarnya jarak kisah antara Mangsa #1 dan Mangsa #2 ini agak jauh. Ada lagi kisah-kisah yang berlaku di antara tapi aku fokuskan dahulu “Kasih Gadis Cina” ini kerana buat masa ini persahabatan antara kami telah pulih, dan aku mahu luahkan kisah ini secepat mungkin sebelum persahabatan kami kembali goyah. Entah mengapa kami kekadang ibarat anjing dan kucing. Mudah bergaduh online atas kesalahfahaman hal-hal picisan walaupun tidak lagi bersua muka.

Untuk rekod, gadis cina ini adalah bekas rakan sekerjaku, kisah ini boleh dikatakan antara yang terbaru berlaku dalam hidupku. Baru tahun lepas. Dia telah pun memberi kebenaran untukku meluahkan di blog malah menggalakkan lagi. Sekadar nostalgia mungkin.

Nantikan nukilan “Mangsa Cinta Si Philophobic #2 : Kasih Gadis Cina” ini menyusul.

bersambung…


13 Responses to Mangsa Cinta Si Philophobic #2 : Kasih Gadis Cina - Prelude

  1. ezzati
    August 4, 2009 at 10:00 PM
    suke gadis cina??
  2. Blog Eazy Izzuddin
    August 4, 2009 at 10:06 PM
    huhu
    de jgk mangse lain
    nantikan...
    =D
  3. Corey
    August 4, 2009 at 10:29 PM
    ezzati:
    ni bkn kisah suka atau preference. sesiapa pun kalu hati blum trbuka xleh terima gak.

    eazy:
    hehe dgr pktaan mangsa rasa mcm kejam lak. yea nntikan..coming soon.
  4. b0b0y
    August 5, 2009 at 12:38 AM
    gtew kan..gimmick..I like uuu...muahahahaha
  5. b0b0y
    August 5, 2009 at 12:38 AM
    This comment has been removed by the author.
  6. Hezesuze
    August 5, 2009 at 12:41 AM
    fuyooooooooo!!!
    bcinta ngan gadis cino ek...eekeke

    cepatin kesinambungannye...xsabo da ni...wakakakaka

    bkn xnak on9 tp tgh meeting lagi la bro...ni pn pnjam jp lappy crew team...ekekeke
  7. Corey
    August 5, 2009 at 1:18 AM
    bboy:
    gimmick apa tu boy.. tak fahamin la hehe


    heze:
    meeting3x..dah jauh malam ni aiyoo.. abg pomen babap kang hehe
  8. Suziey Ahmad
    August 5, 2009 at 11:20 AM
    adeiii suke tau buat2 gimik ni...cpt ler story..lama dh tunggu nih..ouh dia tau ek corey nk buat n3 ni..siap galakkan tu...sporting btol..ekek:D
  9. Corey
    August 5, 2009 at 2:32 PM
    suziey: huhu patutnya dari dulu lagi citer tp terbantut sbb gaduh. nnt sambung after n3 ke 100
  10. Hezesuze
    August 5, 2009 at 9:10 PM
    bro! abg pomen pn turut meeting daaa...ekeke
  11. Corey
    August 5, 2009 at 10:53 PM
    heze:
    iyer.. baru bro tau ni.
    maluuuu
  12. sue-ab
    August 6, 2009 at 11:47 AM
    salam kenal...tq...muaahhhh!!...ooo hari ni besday ze ke....nanti aku nak tembak dia...
  13. Corey
    August 6, 2009 at 12:28 PM
    suhaila-ab
    A'ah besday dia hari ni. selamat menembak! :)