Alhamdulillah. Terlaksana jua keinginan dan hasrat ibuku untuk mengerjakan umrah buat kali ke 3. Tetapi kali ini beliau pergi berseorangan tanpa ayahku yang telah pergi menemui Ilahi.
Ibuku Hajjah Hamidah binti Che Man telah berangkat bersama rombongan umrah pada pagi semalam (Khamis, 13 Ogos). Ibu akan berada di Makkah dan Madinah sehingga Aidilfitri.
Sehubungan dengan itu aku turut melangkah kaki kembali ke Kuala Lumpur walaupun berat hati. Seperti yang aku khabarkan dalam entry yang lepas aku akan menyambut Ramadan dan mungkin berhari raya di Kuala Lumpur.
Motif utamaku sebenarnya bukan untuk membawa diri. Disamping mengelakkan rasa hiba dan pilu dan tidak manis hanya tinggal berdua bersama adik ipar, aku di sini kerana ada urusan bisnes yang akan dimulakan Ramadan nanti, juga untuk bersiap sedia menanti dan menyambut kepulangan ibuku di KLIA pada Hari Raya kedua nanti.
Akhir kata aku minta jasa baik teman-teman semoga sekali lagi dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan ibuku di Tanah Suci.
Semoga Ibu sihat sepanjang berada di sana dan dikurniakan khudrat untuk menunaikan umrah dengan sempurna dan khusyuk. Semoga segala ibadah dan doa ibu diterima Allah.
Anakmu di sini akan menanti kepulanganmu dan InsyaAllah satu hari kita akan ke sana bersama-sama.
Amin.
August 15, 2009 at 5:32 PM
August 15, 2009 at 6:58 PM