Posted on Monday, August 31, 2009

MERDEKA!

31 Ogos kembali lagi. Bagi seluruh anak Malaysia pasti tidak akan melupakan tarikh keramat ini. Tarikh ini bukan sekadar hari cuti umum, bukan hanya peluang untuk berlibur sepanjang malam, bukan cuma detik penantian dentuman dan pancuran bunga api.

Inilah masa untuk kita refleksi kembali perjuangan Bapa-bapa nusa kita dahulu yang telah banyak berkorban menabur jasa untuk kita mengecapi kebebasan ini. Jangan disia-siakan anugerah pusaka ini.

Walau ada segelintir yang punya rasa tidak senang, Kenikmatan hidup di Malaysia, tanahair bertuah kita ini tidak mungkin dapat dibandingi. Sorotilah serata dunia. Adakala mungkin tercuit konflik tetapi kembali utuh tanpa tergadah.

Merdekakan minda, Jangan alpa. Silap langkah, negara tergadai. Maklumlah, Lumrah manusia apabila sudah kehilangan sesuatu barulah dikenang, dihargai.

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-52 buat seluruh warga Malaysia. Kibarilah Jalur Gemilang sebagai simbol kesetiaan dan kebanggaan kita sebagai anak Malaysia tercinta…


11 Responses to MERDEKA!

  1. Aku Iron Man
    August 31, 2009 at 12:25 AM
    Salam merdeka untuk kau.
    Oh, jaga kesihatan (dari H1N1)ya?
  2. Corey
    August 31, 2009 at 12:37 AM
    Salam merdeka buat kau juga, iron man.
    ok thanks for the reminder :)
  3. Frodo Baggins
    August 31, 2009 at 12:51 AM
    salam merdeka ..


    semoga semangat atok moyang kita dulu dalam menuntut kemerdekaan akan terus subur di hati kita dan tidak luntur dek waktu

    merdeka

    merdeka

    merdeka


    ((uhukzzzz ~ hilang suara))

    xoxoxoxoxo wink wink wink


    wassalam ~
  4. Corey
    August 31, 2009 at 6:25 AM
    frodo & azli:
    salam merdeka, marakkan lagi gelora patriotisme di bulan kemerdekaan ini.
  5. DaliaLiyana
    August 31, 2009 at 9:46 AM
    wah ..pagi ni semua blogger memperkatakan ttg merdeka....
    SALAM KEMERDEKAAN!
    MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..!!
    SATU MALAYSIA!
  6. Corey
    August 31, 2009 at 12:15 PM
    DaliaLiyana:
    huhuhu baguslah. semangat patriotik tgh membara.
  7. Blog Eazy Izzuddin
    August 31, 2009 at 1:48 PM
    HepyMerdeka!
    =D
  8. watie wyyn
    August 31, 2009 at 2:15 PM
    betul3!perjuangan lom selesai.. melayu mudah lupa!

    happy merdeka day bro!
  9. b0b0y
    August 31, 2009 at 5:29 PM
    melayu makin nyanyukk..asik ikut telunjuk orang yang kononnya perjuangkan bangsa..akhirnya bangsa sendiri terpinggir di tanah sendiri..mana laungan TANAH MELAYU???

    p/s: emo lak...hek3
  10. Hezesuze
    August 31, 2009 at 6:39 PM
    yeh!! agree wit bboy...now sama melayu pn nk bertelagah...ermm tp hope 1day all melayu will be 2gether....huhuhhu

    merdeka!merdeka!merdeka!
    wlpon dlm keadaan skit peyut uols...huk3...
  11. chekdenoor
    September 3, 2009 at 3:06 PM
    Salam merdeka...... benarkah kita sudah merdeka?????