Posted on Saturday, September 05, 2009

Kesibukan Maksima

Kebelakangan ini aku terlalu sibuk melayani kerenah dan tuntutan kehidupan sehingga tiada masa untuk menulis walhal banyak darinya boleh sahaja dijadikan material blog.

Akibat kekurangan masa untuk online, material tersebut akhirnya menjadi bahan basi, sudah tidak ghairah lagi untukku kongsi di sini. Adakalanya pula bersedia diluahkan tetapi ilham pula tiada untuk diterjemahkan di dalam bentuk penulisan.

*sigh*

Terkadang bilamana membaca entry gathering berbuka puasa di blog rakan-rakan timbul juga perasaan makan hati dan sedikit cemburu kerana tidak berpeluang/ tiada kelapangan / halangan komitmen peribadi.

Teringin untuk turut serta dan kembali bersosial seperti dahulu tetapi apakan daya…belum sampai masanya. Aku telah bertekad untuk lebih gigih melaksanakan komitmen yang masih belum selesai itu. Jadi,  hendak tak hendak aku harus kuatkan diri dan bersabar.

Tidak lama lagi wahai rakan-rakanku…tidak lama lagi.

Kita pasti bersua jua akhirnya…


7 Responses to Kesibukan Maksima

  1. Suziey Ahmad
    September 6, 2009 at 7:16 AM
    memenuhi tuntutan komitmen jg dikira ibadat..dahulukan mana yg patut didahulukan..kemudian kan mana yg patut dikemudiankan.:)
  2. Corey
    September 7, 2009 at 8:28 AM
    benar suziey. Tu sbb tgh fikir positif now, hilangkan kekesalan.
  3. farish izaryl @izreez
    September 7, 2009 at 11:15 AM
    ble la nk jupe bro corey heheee
  4. Hezesuze
    September 7, 2009 at 1:07 PM
    Tidak lama lagi wahai rakan-rakanku…tidak lama lagi.

    Kita pasti bersua jua akhirnya…

    lama lagik tu bile????ekekekeke
  5. Corey
    September 7, 2009 at 2:30 PM
    rizz,ze:
    xde tarikh pasti.tunggu je pengumuman keramat itu.x best la klu dpt jangka. huhu
  6. chekdenoor
    September 9, 2009 at 10:26 AM
    Salam corey ....

    Bagi chekdee ...kesibukan adalah rezeki....ukhusss.....pepatah orang berniaga.

    Kalau sibuk...badan letih...tapi hati ceria........

    Itulah bezanya berniaga dengan makan gaji.
  7. Corey
    September 9, 2009 at 3:58 PM
    salam chekde.
    yea betul tu.tetapi terkadang rasa terkilan juga bila x dapat lagi cari masa utk bersosial eratkan silaturrahim dgn sahabat tercinta. redha jelah