Posted on Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri

shr

Salam Aidilfitri buat semua umat Islam, khususnya buat rakan-rakan dan follower blog coreyalias. Ku susun sepuluh jari mohon kemaafan jika sepanjang penglibatan seorang Corey Alias ini di dunia blog ini ada tercetus ketidakpuasan hati dan salah silap yang mungkin menyinggung kalian sama ada sedar atau tidak. Aku hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari sebarang kekhilafan.

Maaf jua kepada rakan-rakan blog yang telah mendedikasikan e-kad buatkutetapi tidak sempat ku paparkan dan balas.. Ingatan tulus ikhlas kalian amat aku hargai. Cuma masa dan keadaan kebelakangan ini tidak mengizinkan aku untuk menumpukan perhatian sepenuhnya ke atas blog ini.

Semoga kalian semua menyambut kedatangan syawal ini dengan penuh ceria dan syukur bersama keluarga dan sahabat handai tercinta. Kepada perantau yang pulang berhari raya di kampung halaman, aku doakan selamat berangkat pulang ke desa dan selamat kembali ke Ibukota.

Semoga kita ketemu lagi…

Wassalam.


2 Responses to Selamat Hari Raya AidilFitri

  1. chekdenoor
    September 20, 2009 at 9:10 AM
    Salam,

    Selamat hari raya dan maaf jika ada bahasa chekdee yang menyinggong perasaan. Semuga di hari yang mulia ini, kita semua akan bergembira dan happy disamping keluarga tercinta.

    Mak corey balek bila ya??
  2. Hezesuze
    September 23, 2009 at 6:03 PM
    slmt ari raya & maafin segala kesalahan ze (ade ke???) ekeke kt bro...

    peace no war...hahahaha