31 Ogos kembali lagi. Bagi seluruh anak Malaysia pasti tidak akan melupakan tarikh keramat ini. Tarikh ini bukan sekadar hari cuti umum, bukan hanya peluang untuk berlibur sepanjang malam, bukan cuma detik penantian dentuman dan pancuran bunga api.
Inilah masa untuk kita refleksi kembali perjuangan Bapa-bapa nusa kita dahulu yang telah banyak berkorban menabur jasa untuk kita mengecapi kebebasan ini. Jangan disia-siakan anugerah pusaka ini.
Walau ada segelintir yang punya rasa tidak senang, Kenikmatan hidup di Malaysia, tanahair bertuah kita ini tidak mungkin dapat dibandingi. Sorotilah serata dunia. Adakala mungkin tercuit konflik tetapi kembali utuh tanpa tergadah.
Merdekakan minda, Jangan alpa. Silap langkah, negara tergadai. Maklumlah, Lumrah manusia apabila sudah kehilangan sesuatu barulah dikenang, dihargai.
Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-52 buat seluruh warga Malaysia. Kibarilah Jalur Gemilang sebagai simbol kesetiaan dan kebanggaan kita sebagai anak Malaysia tercinta…