Posted on Saturday, August 29, 2009

Syukur Alhamdulillah…

alhamdulillah

Sepanjang hari aku resah, risau, tidak keruan disebabkan awal pagi tadi aku dikejutkan oleh satu panggilan dari kampung. Ibuku yang berada di Tanah Suci menelefon adik iparku di Perak memberitahu yang beliau kehilangan beg berisi segala dokumen penting termasuk wang tunai. Aku kaget kerana memang risaukan kejadian sebegini akan berlaku.

Aku jadi buntu apa tindakan dan peranan perlu aku usahakan dari sini kerana hari ini hari dan esok adalah hujung minggu dan Isnin pula cuti 31 Ogos, sudah tentu Bank dan pusat khidmat yang diperlukan tidak beroperasi.

Aku hanya mampu berdoa semoga Ibuku dipelihara dan dipermudahkan urusannya di sana kerana beliau hanya akan pulang pada Hari Raya kedua nanti.

Tetapi Alhamdulillah baru sebentar tadi adik iparku memberitahu yang beg ibuku telah dijumpai semula tanpa diusik kandungannya. Aku menarik lafaz lega dan syukur kehadrat Ilahi.

Mungkin ini dugaan dan ujian untuk menguji ketabahan ibuku di sana. Aku difahamkan beliau tidak tidur semalaman berdoa dan solat untuk diberikan petunjuk.

Semoga Ibuku terus terpelihara di sana dan dapat meneruskan ibadah dengan tenang dan khusyuk sehinggalah kami dipertemukan semula di KLIA pada Aidilfitri kedua nanti.

InsyaAllah.


9 Responses to Syukur Alhamdulillah…

  1. arifrusli
    August 29, 2009 at 7:53 PM
    Alhamdulillah. Biasalah tu kan encik corey, kt Tanah Suci tu adalah bahagian masing-masing. Yang penting, dah jumpa. Hehe. Selamat Berpuasa dan Shopping Raya~
  2. Corey
    August 29, 2009 at 8:26 PM
    arif:
    betul tu encik arif. syukur kerana ujian ni tidak getir sgt. yg dirisaukan keadaan ibu di sana je.
    huhu selamat berpuasa dan shopping to u too. i x smbut sgt raya. nnt nak beli songkok or kopiah je kot
  3. b0b0y
    August 29, 2009 at 10:59 PM
    berkat bulan ramadhan...
  4. watie wyyn
    August 30, 2009 at 6:21 AM
    alhamdulillah... uish mmg risau kan klu dlm keadaan helpless!yelah kita takde sama2 dgn dia kat sana utk tenangkan dia...

    btw, u ada ym tak?
  5. Corey
    August 30, 2009 at 10:01 AM
    boy:
    yeah..tidak dinafikan
  6. Corey
    August 30, 2009 at 10:04 AM
    mummyaeesh:
    mmg syukur sgt sbb masa tu agak restless gak risau dgn keadaan dan nasib my mom sana.nak terus fly to be by her side bukannya mudah.

    ym.. ada. mistacorey@yahoo.com
  7. Suziey Ahmad
    August 30, 2009 at 2:37 PM
    alhamdulillah..kalu mmg rezeki ur mom..insyaAllah ..akn dpt balik..ujian Allah utk seketika..nk sedarkan hambanya ...
  8. Corey
    August 30, 2009 at 6:37 PM
    suziey:
    betul tu. syukur ujian hanya seketika,kami yg di sini pun turut terasa kegelisahan dan kerisauan.
  9. chekdenoor
    August 30, 2009 at 9:47 PM
    Alhamdulillah, ibu correy telah dilindungi ALLAH.

    Bukan senang nak jumpa balek barangan yang hilang di makkah ketika orang ramai di bulan ramadhan ini ...kiranya ibu correy sangat bertuah kerana mendapat rahmat dari ALLAH.

    Mudah-mudahan dia akan dapat buat umrah yang terbaik.