Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts
Posted on Saturday, August 29, 2009

Syukur Alhamdulillah…

alhamdulillah

Sepanjang hari aku resah, risau, tidak keruan disebabkan awal pagi tadi aku dikejutkan oleh satu panggilan dari kampung. Ibuku yang berada di Tanah Suci menelefon adik iparku di Perak memberitahu yang beliau kehilangan beg berisi segala dokumen penting termasuk wang tunai. Aku kaget kerana memang risaukan kejadian sebegini akan berlaku.

Aku jadi buntu apa tindakan dan peranan perlu aku usahakan dari sini kerana hari ini hari dan esok adalah hujung minggu dan Isnin pula cuti 31 Ogos, sudah tentu Bank dan pusat khidmat yang diperlukan tidak beroperasi.

Aku hanya mampu berdoa semoga Ibuku dipelihara dan dipermudahkan urusannya di sana kerana beliau hanya akan pulang pada Hari Raya kedua nanti.

Tetapi Alhamdulillah baru sebentar tadi adik iparku memberitahu yang beg ibuku telah dijumpai semula tanpa diusik kandungannya. Aku menarik lafaz lega dan syukur kehadrat Ilahi.

Mungkin ini dugaan dan ujian untuk menguji ketabahan ibuku di sana. Aku difahamkan beliau tidak tidur semalaman berdoa dan solat untuk diberikan petunjuk.

Semoga Ibuku terus terpelihara di sana dan dapat meneruskan ibadah dengan tenang dan khusyuk sehinggalah kami dipertemukan semula di KLIA pada Aidilfitri kedua nanti.

InsyaAllah.