Showing posts with label Mangsa Cinta. Show all posts
Showing posts with label Mangsa Cinta. Show all posts
Posted on Tuesday, August 04, 2009

Mangsa Cinta Si Philophobic #2 : Kasih Gadis Cina - Prelude

Sudah lama aku tidak berbicara tentang kisah lampauku. Terkadang aku terlupa akan janjiku dahulu untuk berkongsi pengalaman dibelenggu cinta dan kasih yang aku jebaki tanpa rela setelah gagal cinta pertama lama dahulu.

Nah, kini aku akan persembahkan kisah kedua dlm siri “Mangsa Cinta Si Philophobic” yang mana jika ada yang mengikuti, kisah lepas adalah berkenaan “Kasih Gadis Tomboy”.  Jika anda berminat untuk membaca kembali nukilan-nukilan lepas, pautan boleh anda cari di dalam ruang ‘ARKIB BLOG’ March dan April.

Perlu diingati, walaupun aku menggunakan istilah “Mangsa Cinta”, tidak bermakna aku ini playboy atau kasanova yang sengaja mempermainkan gadis. Bagi istilah peribadi aku, ia lebih menjurus kepada harapan kasih tidak kesampaian seorang gadis yang mengharapkan balasan cintaku tetapi tidak dapat aku penuhi, lantas membuat aku dalam dilema kerana aku tidak lagi punya hati dan perasaan untuk membalas cinta dek penangan trauma cinta pertama yang masih belum kebah.

Sebenarnya jarak kisah antara Mangsa #1 dan Mangsa #2 ini agak jauh. Ada lagi kisah-kisah yang berlaku di antara tapi aku fokuskan dahulu “Kasih Gadis Cina” ini kerana buat masa ini persahabatan antara kami telah pulih, dan aku mahu luahkan kisah ini secepat mungkin sebelum persahabatan kami kembali goyah. Entah mengapa kami kekadang ibarat anjing dan kucing. Mudah bergaduh online atas kesalahfahaman hal-hal picisan walaupun tidak lagi bersua muka.

Untuk rekod, gadis cina ini adalah bekas rakan sekerjaku, kisah ini boleh dikatakan antara yang terbaru berlaku dalam hidupku. Baru tahun lepas. Dia telah pun memberi kebenaran untukku meluahkan di blog malah menggalakkan lagi. Sekadar nostalgia mungkin.

Nantikan nukilan “Mangsa Cinta Si Philophobic #2 : Kasih Gadis Cina” ini menyusul.

bersambung…


Posted on Tuesday, April 14, 2009

Mangsa Cinta Si Philophobic - prelude

Bagi yang telah mengikuti kisah " Trauma Cinta Pertama "ku dalam entry yang lepas-lepas tentu telah mengetahui bagaimana aku bermula dari seorang pencinta akhirnya menjadi seorang yang fobia cinta.

Namun aku pada asalnya tidak terus mengalah pada hakikat yang aku tidak lagi mampu bercinta. Aku terus juga berusaha mencari cinta bagi mengisi kekosongan jiwa tetapi semuanya tidak berhasil. Aku pula end up menjadi seorang pemangsa yang acapkali mengecewakan gadis-gadis murni yang mengharapkan secebis cinta sejati dariku.

Sumpah. Aku memang ikhlas melamar atau menerima cinta dari mereka. Tidak pernah terniat untuk menzalimi mereka tetapi setelah cinta itu aku perolehi aku tiba-tiba jadi tergamam, hati kebas. Aku seolah jadi bodoh, tidak pandai lagi bagaimana menjaga hati seorang kekasih, blur.. hilang skill bagaimana mengambil hati wanita, tidak lagi romantis seperti Corey yang dahulu. Pendek kata aku bagaikan naif, seolah tidak pandai atau tidak pernah bercinta.

Entry ini merupakan prelude atau intro bagi salah satu kisah hidup philophobia aku yang aku ingin kongsi pada sesiapa yang sudi membaca. Kali ini aku pula yang berada di posisi terbalik yakni sebagai seorang pemangsa. Nantikan “Mangsa Cinta Si Philophobic – Part 1” tidak lama lagi.

Bagi yang belum mengetahui atau ingin mengikuti kisah cinta pertama aku yang menjadi titik tolak aku menjadi seorang philophobic kini, Di bawah aku sertakan links untuk entry-entry kisah tersebut:

  1. Trauma Cinta Pertama – part 1
  2. Trauma Cinta Pertama – Part 2
  3. Trauma Cinta Pertama – Part 3
  4. Trauma Cinta Pertama – Part 4
  5. Trauma Cinta pertama – Part 5

edit: Title ditukar dari “Mangsa Cinta Corey” ke “Mangsa Cinta Si Philophobic” atas nasihat rakan yang prihatin untuk mengelakkan persepsi negatif atau kesalahfahaman awal.