*Maaf karena lambat update dan menyambung kisah cinta pertama aku ni. Kebelakangan ini aku agak sibuk dengan hidup.
Ternyata naluri negatif aku benar berlaka. Memang ada orang ketiga yang telah mencuri hatinya. Sebelum ni memang aku pernah mendengar gossip-gossip dan syak dengan perilakunya yang mencurigakan apabila sedang berbual ditelefon namun semuanya aku sangkal demi kepercayaan jitu padanya. Aku jadi buta dan menganggap kedinginannya sebelum ni hanyalah satu pemberontakan emosi untuk menagih lebih perhatian.
Aku mungkin tidak akan sakit hati, terasa teraniaya dan diperbodohkan kalau dia mengambil masa untuk kembali bercinta dengan lelaki lain. Perhubungannya bermula sejurus selepas dia memutuskan hubungan dengan aku. Lelaki itu pun aku kenali. Tidak rapat tetapi selalu terserempak kerana dia bekerja di tempat yang sama cuma berlainan tingkat.
Aku memendam rasa, menahan diri aku dari memberontak kerana menjaga reputasi aku yang sudah mula diterima baik oleh rakan-rakan sekerja setelah aku meredhai perpisahan dengan perempuan itu.
Sampai satu hari..
Tekanan dan pendaman perasaan aku tidak tertahan lagi hari itu lalu aku melakukan tindakan bodoh yang aku sesali sehingga kini. Aku membeli beberapa papan pil panadol. Semasa di workstation aku telan kesemuanya dan masuk ke tandas. Niat aku bukanlah ingin membunuh diri tetapi lebih kepada inginkan perhatian dan simpati dari perempuan itu. Aku masih ada perasaan padanya dan ingin dia kembali.
Di dalam tandas aku mual lalu termuntah. Aku rebah, terbaring sehingga beberapa lama. Aku masih sedar tetapi hanya biarkan diri aku dalam posisi sebegitu sehinggalah rakan sekerja yang menyedari aku telah lama away datang memeriksa dan menjumpai aku terbaring bersama taburan muntah.
Suasana kecoh di pejabat, ambulan dipanggil dan membawa aku ke SJMC di Subang Jaya. Dipendekkan cerita, aku ditahan di wad selama beberapa hari. Selama itu juga aku dapat rasakan kembali kemesraan perempuan itu. Setiap hari selepas kerja dia datang menziarahiku. Dia mengambil berat padaku seperti dulu. Aku rasa berbunga kembali dan sangkaku dia sudah kembali.
Aku silap. Hatinya memang tiada lagi untukku..
Bersambung...
(maaf ya, terpaksa sebab masih panjang dan terpaksa melayani tuntutan hidup)
April 6, 2009 at 9:57 AM
laaa...nape plak time tu bro corey pendek akal kekdahnye...yg pegi telan pil tu byk2...aduhhh! sib baik idup...kalo idak...xdptla nak bc blog ...huhuhuhu
next time carik je pompuan yg syg btul2 nak kt kite okey...
ermm...ze pgang peribahasa 'what u give u get back'...ALLAH tu MAHA ADIK & SAKSAMA..
April 6, 2009 at 10:14 AM
parah3
April 6, 2009 at 10:22 AM
April 6, 2009 at 10:48 AM
April 6, 2009 at 10:52 AM
April 6, 2009 at 11:29 AM
April 6, 2009 at 11:32 AM
part yg di tgg tiba....
huhu...
sedih jg...
igt masih de hati..
rupenye tiade...
huhu
=)
April 6, 2009 at 11:48 AM
April 6, 2009 at 7:19 PM
April 6, 2009 at 7:59 PM
heheh zaman tua eh.. motif immortal mcm abg gak.
April 6, 2009 at 11:04 PM
April 6, 2009 at 11:58 PM
April 7, 2009 at 12:18 PM
apa yang boleh di perkatakan di sini adalah kamu begitu mudah membenarkan masalah membelengui diri kamu sehinggakan kamu sendiri tidak dapat membezakan mana yang baik dan buruk utk diri kamu. kamu sendiri mengkhianati dan mnganiaya diri kamu... betapa malangnya tubuh badan kamu mempunyai tuan yang berfikiran singkat seperti kamu... maaf andai apa yang di perkatakan ini menguris perasaan kamu... sekadar sebuah nasihat dan pendapat... kalau tak suka anda boleh delete sebab blog andakan...
nasihat sy tuk kamu adalah jangan sesekali membenarkan masalah menguasai diri kamu... dan sayangilah... cintailah diri sendiri sebelum menyinyai dan menyayangi oran lain...
sekian, ratu putus fius
April 7, 2009 at 1:48 PM
Bagi sesiapa yang mungkin tersangka kisah ini baru atau sedang sy alami sy dah buat satu entry khas sebagi penjelasan or disclaimer for this story.
April 7, 2009 at 1:57 PM
April 7, 2009 at 2:29 PM
April 7, 2009 at 5:08 PM
yerp
padamkan saja kenangan..
dia bukan ntk aku lg
April 7, 2009 at 6:39 PM
April 8, 2009 at 3:05 PM
nyway bagus jadikan pengajaran kepada diri kamu dan juga org lain..
April 9, 2009 at 12:09 AM