Posted on Monday, April 06, 2009

Trauma Cinta Pertama – Part 4

*Maaf karena lambat update dan menyambung kisah cinta pertama aku ni. Kebelakangan ini aku agak sibuk dengan hidup.

Ternyata naluri negatif aku benar berlaka. Memang ada orang ketiga yang telah mencuri hatinya. Sebelum ni memang aku pernah mendengar gossip-gossip dan syak dengan perilakunya yang mencurigakan apabila sedang berbual ditelefon namun semuanya aku sangkal demi kepercayaan jitu padanya. Aku jadi buta dan menganggap kedinginannya sebelum ni hanyalah satu pemberontakan emosi untuk menagih lebih perhatian.

Aku mungkin tidak akan sakit hati, terasa teraniaya dan diperbodohkan kalau dia mengambil masa untuk kembali bercinta dengan lelaki lain. Perhubungannya bermula sejurus selepas dia memutuskan hubungan dengan aku. Lelaki itu pun aku kenali. Tidak rapat tetapi selalu terserempak kerana dia bekerja di tempat yang sama cuma berlainan tingkat.


Aku tidak salahkan lelaki itu kerana dia jarang ke tempat aku. Mungkin cuma terjatuh hati selepas terkesima dengan kelembutan dan kemesraan perempuan itu. Aku masih cuba bersabar tetapi hati aku luka dan bernanah tiada siapa tahu. Setiap kali masa rehat perempuan itu terus bergegas ke lounge untuk menghubungi extension lelaki itu. Alasannya hanya kawan biasa tetapi sebodoh mana seseorang itu dapat menafsirkan cara perbualan antara kawan dengan perbualan dengan seseorang yang bertahkta dihati.

Aku memendam rasa, menahan diri aku dari memberontak kerana menjaga reputasi aku yang sudah mula diterima baik oleh rakan-rakan sekerja setelah aku meredhai perpisahan dengan perempuan itu.

Sampai satu hari..

Tekanan dan pendaman perasaan aku tidak tertahan lagi hari itu lalu aku melakukan tindakan bodoh yang aku sesali sehingga kini. Aku membeli beberapa papan pil panadol. Semasa di workstation aku telan kesemuanya dan masuk ke tandas. Niat aku bukanlah ingin membunuh diri tetapi lebih kepada inginkan perhatian dan simpati dari perempuan itu. Aku masih ada perasaan padanya dan ingin dia kembali.


Di dalam tandas aku mual lalu termuntah. Aku rebah, terbaring sehingga beberapa lama. Aku masih sedar tetapi hanya biarkan diri aku dalam posisi sebegitu sehinggalah rakan sekerja yang menyedari aku telah lama away datang memeriksa dan menjumpai aku terbaring bersama taburan muntah.


Suasana kecoh di pejabat, ambulan dipanggil dan membawa aku ke SJMC di Subang Jaya. Dipendekkan cerita, aku ditahan di wad selama beberapa hari. Selama itu juga aku dapat rasakan kembali kemesraan perempuan itu. Setiap hari selepas kerja dia datang menziarahiku. Dia mengambil berat padaku seperti dulu. Aku rasa berbunga kembali dan sangkaku dia sudah kembali.


Aku silap. Hatinya memang tiada lagi untukku..

Bersambung...
(maaf ya, terpaksa sebab masih panjang dan terpaksa melayani tuntutan hidup)


20 Responses to Trauma Cinta Pertama – Part 4

  1. Hezesuze
    April 6, 2009 at 9:57 AM
    wah! akhirnye...dpt jugak bc kesinambungan n3 ni...

    laaa...nape plak time tu bro corey pendek akal kekdahnye...yg pegi telan pil tu byk2...aduhhh! sib baik idup...kalo idak...xdptla nak bc blog ...huhuhuhu

    next time carik je pompuan yg syg btul2 nak kt kite okey...

    ermm...ze pgang peribahasa 'what u give u get back'...ALLAH tu MAHA ADIK & SAKSAMA..
  2. hanis
    April 6, 2009 at 10:14 AM
    obsesi nih..
    parah3
  3. farish izaryl @izreez
    April 6, 2009 at 10:22 AM
    aduss tertusuk jntung tuh ngn pisau.hurmm .jgn telan pil g k
  4. Corey
    April 6, 2009 at 10:48 AM
    heze,hanis,rizz: time tu muda remaja lagi..baru 19 thn. mmg pendek akal dan cepat ikut perasaan.
  5. Suziey Ahmad
    April 6, 2009 at 10:52 AM
    lerr...kes kayu tiga la nih..astaghfirullah..ngapenye smpai sepapan telan panadol..seb bek Allah pnjgkn umur utk bertobat..jgn ikt hati dn perasaan..but im sure that was before..now u dh strong rite..u have to ok:)
  6. Corey
    April 6, 2009 at 11:29 AM
    suziey: bukan sepapan.. lebih berpapan2 lagi.. yea dulu masih mentah.. masih kejutan budaya cinta. skrg dah mature and wiser.. tu cerita balik sbg pengajaran agar pencita muda tidak mudah tergadah mcm i.
  7. Blog Eazy Izzuddin
    April 6, 2009 at 11:32 AM
    hiks,,
    part yg di tgg tiba....
    huhu...

    sedih jg...
    igt masih de hati..
    rupenye tiade...
    huhu
    =)
  8. Corey
    April 6, 2009 at 11:48 AM
    Eazy: huhuhu..yea..mmg terlalu mengharap tp hampa
  9. b0b0y
    April 6, 2009 at 7:19 PM
    abg COREY nie macam boy la.. tp xde la telan pil.. ada la bnda lain.. tp risiko die sama yg abg COREY wat.. tp tu masa zaman TUA2.. skang ni zaman MUDA... ekekeke
  10. Corey
    April 6, 2009 at 7:59 PM
    boy: nnt citer la pulak versi kisah boy ye.. nak tau what's ur going thru.sharing is caring is educating.
    heheh zaman tua eh.. motif immortal mcm abg gak.
  11. ~miszirdawaty~
    April 6, 2009 at 11:04 PM
    adeh...maen telan2 pil pulak~
  12. Corey
    April 6, 2009 at 11:58 PM
    misz: kekhilafan zaman muda. if i could turn back time..
  13. Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah
    April 7, 2009 at 12:18 PM
    kita seringkala alpa dengan tuntutn diri sendiri semata2 mengejar sebuah cinta yang kita sendiri tidak tahu penghujungnya. kenapa perlu bertindak sedemikian??? sehingga memudaratkan diri sendiri semata2 nakkan perhatian si dia??? apakah dengan berbuat sedemikian sidia akan kembali kepada kamu? pernahkan kamu terfikir bahawa si dia akn mengatakan bahawa kamu bukanlah seorang lelaki yang tabah menghadapi ujian dari Yang Esa??? sedangkan ujian sebegini kamu tidak boleh mengatasinya apatah lagi jika sudah bersamanya??

    apa yang boleh di perkatakan di sini adalah kamu begitu mudah membenarkan masalah membelengui diri kamu sehinggakan kamu sendiri tidak dapat membezakan mana yang baik dan buruk utk diri kamu. kamu sendiri mengkhianati dan mnganiaya diri kamu... betapa malangnya tubuh badan kamu mempunyai tuan yang berfikiran singkat seperti kamu... maaf andai apa yang di perkatakan ini menguris perasaan kamu... sekadar sebuah nasihat dan pendapat... kalau tak suka anda boleh delete sebab blog andakan...

    nasihat sy tuk kamu adalah jangan sesekali membenarkan masalah menguasai diri kamu... dan sayangilah... cintailah diri sendiri sebelum menyinyai dan menyayangi oran lain...

    sekian, ratu putus fius
  14. Corey
    April 7, 2009 at 1:48 PM
    Qiellah: Sy hargai pandangan dan komen cik qiellah tu. FYI kisah tersebut berlaku sesama sy muda dan naif lagi..mmg byk perlakuan bodoh yg sy sesali telah sy lakukan dulu.

    Bagi sesiapa yang mungkin tersangka kisah ini baru atau sedang sy alami sy dah buat satu entry khas sebagi penjelasan or disclaimer for this story.
  15. Anonymous
    April 7, 2009 at 1:57 PM
    Lumrah hidup kan... =)
  16. Corey
    April 7, 2009 at 2:29 PM
    dania: ya setiap org pasti ada pengalaman pahit manis dlm hidup walau pun sekali.
  17. ainShahajar
    April 7, 2009 at 5:08 PM
    kite pun tgh putus cinta

    yerp

    padamkan saja kenangan..

    dia bukan ntk aku lg
  18. Corey
    April 7, 2009 at 6:39 PM
    Orange Rose: mmg dah padam lama dah. bukan menanti atau mengharap dia lagi. cuma trauma frust tu sampai skrg takleh hilang.
  19. cik helena
    April 8, 2009 at 3:05 PM
    Ya Allah,sampai camtu sekali..sy faham macamne perasaan kamu pada dia..

    nyway bagus jadikan pengajaran kepada diri kamu dan juga org lain..
  20. Corey
    April 9, 2009 at 12:09 AM
    helena: btul. motif sy luahkan tanpa cover mmg sbg pengajaran. jiwa muda memang tak fikir panjang selalunya.