Posted on Friday, April 24, 2009

Perkahwinan dan kebebasan

Aku ingin bertanya kepada mereka yang telah berkahwin. Pernah atau tidak rasa rindu pada kebebasan yang dikecapi semasa zaman bujang? Dahulu hanya fikir diri sendiri sahaja, hendak ke mana-mana, pulang lewat malam, jumpa siapa saja, apa-apa aktiviti yang ingin dilakukan. Bebas. Tiada siapa yang larang. Tiada perlu report pada sesiapa.

Dahulu hanya menanggung diri sendiri. Poket kering tidak mengapa. Setelah berkahwin terpaksa memikirkan tanggungjawab untuk mencari nafkah untuk menyuap mulut-mulut lain. Malah perlu mementingkan mereka terlebih dahulu dari diri sendiri. Tiada wang bukan lagi alasan untuk melepaskan diri. Wajib mencari rezeki walau dengan apa cara sekalipun yang mampu demi menyara insan-insan yang kita tanggungi.

Semua ini salah adalah antara faktor yang aku fikirkan samaada aku cukup kuat untuk menerima tanggungjawab besar ini. Mungkin aku kebelakangan ini bukan lagi seorang yang suka bersosial dan berfoya-foya. Kini aku lebih suka suasana yang tenang dan aman tanpa gangguan. Ketenangan ini juga satu kebebasan bagi aku. Aku tak dapat bayangkan terpaksa korbankan semua ini, terpaksa bertoleransi dengan segala hectic kerenah keluarga dan berkongsi masa dan dedikasi hidup aku dengan insan lain sepanjang hayat.

Mungkin keengganan melepaskan kebebasan dan kepentingan diri sendiri sebagai orang bujang ini salah satu tanda aku masih belum bersedia menempuh alam perkahwinan.

Gambar di atas sekadar gambar hiasan atas izin pemiliknya, Hezesuze. Hezesuze dan pasangannya ini antara pasangan yang telah berkahwin yang aku takjub dan kagumi kerana dari segi observasi, aku dapati hidupnya tetap ceria dan bebas walaupun sudah punya deretan cahaya mata. Lawatilah blognya di sini dan tatapilah wajahnya yang penuh blissful dan kepuasan hidup rumahtangga. Mungkin Heze telah ditakdirkan bertemu jodoh dengan soulmate sehati sejiwanya. Melihat mereka seolah memberi harapan baru dan inspirasi pada aku dan dapat menangkis persepsi negatif dalam diri berkenaan alam perkahwinan.

Disclaimer: Entry ini TIDAK dibayar mahupun disponsor oleh Hezesuze. Sekadar admirasi.


20 Responses to Perkahwinan dan kebebasan

  1. WeBViDeOKLiP
    April 24, 2009 at 1:33 PM
    aku lom kawen lg
    hehhehe
  2. tqa
    April 24, 2009 at 2:34 PM
    think positive
    :)

    anak2 tu adalah rezeki. tp dr mana dtg nya ank? pastinya perkahwinan. so,perkahwinan sbnarnya bukan meyusahkan, tapi terpulang individu sendiri serta pasangan masing2..

    *it's just my humble opinion. walaupun masih terlalu jauh dgn alam perkahwinan. (",)
  3. farish izaryl @izreez
    April 24, 2009 at 2:49 PM
    hahah kemaennn gmbo kawen kak heze..btw pkahwinana ni byk cbarannye..da btol2 standby bru kawen k ahha
  4. Suziey Ahmad
    April 24, 2009 at 2:57 PM
    mmg rindu tp rindu2 pn bila pk balik sbnrnya ape yg kita buat lps kawen sume ade tujuan..mase bujang sume bende buat tanpa tujuan..skdar nk sonot2..xde sape nk pk,...wlaupn lps kawen nk pk suami n anak..tp dorang la tujuan hidup sbnrnya..hehehe..
    whatever it is..ianya subjektif dan depends on individu..xsama utk sume org :)
  5. aNa-FanA-
    April 24, 2009 at 3:10 PM
    Melalui p'kahwinan manusia akn dpt mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai munurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani maupun rohani.


    sy blm kwen..muda lg...^_~
  6. Blog Eazy Izzuddin
    April 24, 2009 at 3:30 PM
    hehe...
    gambo kawen kak heze...
    xD
    huhu
    berkahwin mmg byk tggjwb...
    huhu
  7. Corey
    April 24, 2009 at 4:40 PM
    Thanks all atas semua komen dan opinion. yea setiap individu berbeza nasib. kemungkinan yg tak pasti itulah yg selalu merisaukan.
  8. diary, fara
    April 25, 2009 at 12:17 PM
    This comment has been removed by the author.
  9. diary, fara
    April 25, 2009 at 12:20 PM
    bf aku cakap 'kalau nak g melancong bersama kat luar kena lepas kahwin k' so, tu maksudnya mencari kebebasan selepas kawin ker? masa bujang tak bleh enjoy sangat
  10. Corey
    April 25, 2009 at 12:41 PM
    fara: yea itu very rare komitmen. tahniah! awk dpt bf yg responsible.
  11. Dearie Pearls
    April 25, 2009 at 4:59 PM
    Salam..
    Untuk ke episod itu, kita kena benar2 bersedia..
  12. Corey
    April 25, 2009 at 7:30 PM
    pearls: salam..yea.buat masa ni belum.
  13. Hezesuze
    April 25, 2009 at 7:57 PM
    wah!!! muke mak inteprem ler...suke3...tp malu deh! hehehe

    definasi kawin mmgler bbeza2 mgikut pglaman individu masing2..smmgnye kenela bsdia dari segi mental dan fizikal dan juga DUIT dong...

    duit bknler sgala2nye tapi segala2nye mmerlukan duit...oleh itew jgnler bro takut tuk tmpuhi alam pkahwinan kerana dlm pkawinan itu jgak trdapat kebebasan yg sebenar2nye...

    kebebasan yg telah dpsetujui oleh kdua2 blah pihak (suami isteri)...give n take pun prlu ada bgi mgeratkan lagi hubungan itew...

    bila give n take itew ada maka kebebasan itu adalah hak mutlak anda...dan kepercayaan jgn skali2 dikhianati...insyaallah kita akan terus mdapat kebebasan yg sebenar2nya...

    p/s ze pun bsyukur coz dpt hubby yg mmahami kehendak & keperluan isterinye...huhuhu
  14. Corey
    April 25, 2009 at 11:08 PM
    Heze: hehe memula risau gak nak buat additional statement about heze n hubby sbb takut salah.
    yea mmg heze bertuah sbb punya pasangan yang memahami. rare ni. sbb bro tgk tak ramai yg mcm ni. samaada suami terlalu jealousy or control or sebaliknya.
    YOur hubby truly my sumber inspirasi and idola.
  15. arifrusli
    April 27, 2009 at 1:42 PM
    sebenarnya tak bole comment, sebab belum pnah kawin. saja je nak comment. hehe.
  16. Corey
    April 27, 2009 at 2:39 PM
    arif: hehe takpe.. nnt u dah kawin i akan tanya balik apa yg u rasa.
  17. arifrusli
    April 27, 2009 at 2:43 PM
    haha. baik2.

    Erm, entahlah. mungkin kot. lagipun dah lama dah retired from irc. so, dah tak ingat sangat :) By the way, time irc dulu, saya selalu lepak di #malaysian-help a.k.a #help.malaysian
  18. Corey
    April 27, 2009 at 8:24 PM
    arif: owh..mesti masa tu berhasrat nak jadi ircop eh. atau pun mmg ircop. Not sure selalu lepak tak channels tu tp mmg familiar. Walaupun tua tp masa tu jiwa muda eheh sampai dpt jadi founder #13thn and channel2 picisan yg lain.masa tu ramai gak users, ada je join gathering memana.
  19. Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah
    April 29, 2009 at 2:37 PM
    ceh kemain skema laie ayat bro kat sis heze yek... kalau ngan aku men hentam kromo jew... nie yg jeles nie wakakak
  20. Corey
    April 29, 2009 at 4:16 PM
    qiela: ekeke sabarr. 1 day ang dah kawin aku buat entry khas coverage psl ang and laki ang.