Posted on Thursday, April 30, 2009

Selamat Hari Pekerja!

Kepada semua bloggers dan sesiapa jua yang bergelar pekerja aku ucapkan Selamat menyambut Hari Pekerja. Memang best 1 Mei 2009 jatuh pula pada hari Jumaat, boleh terus sambung bercuti sehingga Ahad. Sesiapa yang hendak bersantai atau berfoya-foya inilah masanya.

Walaupun sekarang ini aku telah bebas dari cengkaman korporat dan organisasi tetapi aku masih menganggap diri ini sebagai pekerja. Bekerja dengan diri sendiri. Akulah Boss akulah kuli.

Setelah lama tidak bekerja di bawah orang lain aku terkadang timbul juga rasa bosan kerana tiada lagi rakan-rakan sekerja yang boleh jadi teman berbual. Dahulu hendak tak hendak terpaksa bekerja keras, laksanakan saja tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan setia, disamping perlu disiplinkan diri demi meningkatkan prestasi dan reputasi. Hujung bulan terima upah.

Namun setelah difikirkan kembali aku redha dengan jalan yang aku pilih ini. Aku telah puas menyusuri alam pekerjaan rutin sebegitu selama berbelas tahun. Kini tiba masa untuk aku berdikari menentukan sendiri jumlah rezeki tanpa limitasi yang aku idam-idamkan ketika terbelenggu dahulu.

Mungkin lain orang lain cara, lain pilihan. Ada yang selesa bekerja makan gaji tetap tanpa perlu risau apa-apa dugaan dan risiko yang mungkin menjelma sekiranya bekerja sendiri. Yang penting rezeki halal dan dapur berasap.

Apa-apa pun, Selamat bercuti! Semoga dapat rehatkan minda secukupnya dan rejuvinasikan semula khudrat untuk digunakan setelah kembali bertugas Isnin nanti. Bagi yang terpaksa bekerja tu redha sajalah. Anggap itu sebahagian daripada ibadat. Lagipun rezeki pasti berganda kan?

kredit foto: www.compassgroup.com.au


26 Responses to Selamat Hari Pekerja!

  1. farish izaryl @izreez
    May 1, 2009 at 12:10 AM
    eh corey bkerja sdirik ke hehhehe
  2. Corey
    May 1, 2009 at 12:27 AM
    rizz: yup. dah puas dgn hidup KL, tak larat dah keje under org.
    tp dah lama kat perak ni rasa bosan gak. rasa mcm gi KL jap lepas rindu.
  3. arifrusli
    May 1, 2009 at 1:59 AM
    YEAH! Selamat Bercuti dan Tidak Bekerja pada esok hari :)
  4. Corey
    May 1, 2009 at 6:25 AM
    arif:
    Selamat bercuti dan bersantai to you too! :D
  5. fazi
    May 1, 2009 at 8:48 AM
    selamat hari pekerja..
    ;]
  6. Corey
    May 1, 2009 at 9:59 AM
    fazi: selamatttt.. enjoy! :)
  7. Cik Jannah
    May 1, 2009 at 1:51 PM
    selamat hari pekerja!

    kalo la ade hari penganggur sedunia kan best?

    kih3
  8. Corey
    May 1, 2009 at 2:05 PM
    Jannah: Selamat!
    hehe boleh saja buat hari penggaur sedunia. untuk laksanakan sesuatu perlu seseorang yg jadi "the one" yg mulakan gerak. apa kata jannah berkempen, pasti ramai yg akan follow and support. hehe :)
  9. Cik Jannah
    May 1, 2009 at 2:06 PM
    wow!
    nak kempen???
    ade ke yg nak follow?
    mcm plk i nak jd PM kan nak kne berkempen??
    hiksss
  10. Anonymous
    May 1, 2009 at 4:46 PM
    selamat hari pekerja.
    tak kira la keja ker ke,
    swasta ke,
    korporat ke,
    sendiri ke,
    janji bekerja tuk sara hidup.
    ghee~
  11. Anonymous
    May 1, 2009 at 4:46 PM
    selamat hari pekerja.
    tak kira la keja ker ke,
    swasta ke,
    korporat ke,
    sendiri ke,
    janji bekerja tuk sara hidup.
    ghee~
  12. Corey
    May 1, 2009 at 7:24 PM
    jannah: sure ramai yg akan follow, i akan support u hehe.

    Lili: Selamat hari pekerja to u too!
    yeah. Tingkatkan prestasi, kurangka kontroversi!
  13. ~miszirdawaty~
    May 2, 2009 at 1:53 AM
    cuti yg siyuk.
    haha~
  14. Corey
    May 2, 2009 at 6:42 AM
    misz: yeahh..bergembiralahh.. jgn emo2 :P
  15. Hezesuze
    May 2, 2009 at 11:08 AM
    kalo surirumah pun ada gak cuti buruh kan bro...coz kene keje mlam....wakkaka

    rindu KL??? meh ler bpoya2 ngan weolss...huhuhuh
  16. Corey
    May 2, 2009 at 11:34 AM
    Heze: eh setau bro yg naif dan suci ni surirumah hanya bekerja keras malam jumaat je. wahh heze overtime everynite eh. tabah yer hehe

    nanti very2 soon sampai ler kat KL. tgh merancang ler ni. nnt bleh la join uolls berpoya2
  17. shandye.
    May 2, 2009 at 3:42 PM
    aku seorang pelajar terlampau. juga mengambil peluang cuti umum tersebut untuk mengularkan diri sambil mencomelkan wajah dengan melantai big apple donuts yg ditapau dari midvalley.
    haha. nikmatnya dibelanja rakan2 berbiasiswa. ngee...
  18. Corey
    May 2, 2009 at 3:48 PM
    shandye: haha nikmatilah semasa masih berpeluang. nanti dah bekerja atau dah punya uang giliran kamu pula membalas.baru berkat
  19. syafiqahjasmin
    May 2, 2009 at 10:10 PM
    This comment has been removed by the author.
  20. syafiqahjasmin
    May 2, 2009 at 10:10 PM
    This comment has been removed by the author.
  21. syafiqahjasmin
    May 2, 2009 at 10:10 PM
    This comment has been removed by the author.
  22. syafiqahjasmin
    May 2, 2009 at 10:10 PM
    YA ALLAH, sejak bekerja ni walaupun part time, CUTI ADALAH SESUATU YANG SANGAT MENGGEMBIRAKAN. teruja betul tengok kalendar bila nak cuti.

    teacher iqa penat juga nak melayan budak setiap hari. PERLU CUTI. ahahaha.

    baru pertama kali menghargai CUTI HARI PEKERJA. GEMBIRA.
  23. Corey
    May 2, 2009 at 11:04 PM
    syafiqah: setiap yg bekerja perlu masa rehat utk refleksi diri dan rejuvinasi kembali tenaga utk perform lbh jitu
  24. Suziey Ahmad
    May 3, 2009 at 11:00 AM
    selamat hr pekerja..erkk dh lewat..
  25. Corey
    May 3, 2009 at 11:06 AM
    suziey: hehe selamat belated hr pekerja!
  26. Mak Su
    May 4, 2009 at 2:25 PM
    mmg tak puas hati...tapi sebagai penonton, tonton saja lah... dah 2 minggu maksu tak tgk AF, tiba2 konsert ke 8 maksu tertengok dan...errr, malas nak tulislah. :)

    tq sbb sudi folo ceritakosong ya.