Posted on Tuesday, April 14, 2009

Mangsa Cinta Si Philophobic - prelude

Bagi yang telah mengikuti kisah " Trauma Cinta Pertama "ku dalam entry yang lepas-lepas tentu telah mengetahui bagaimana aku bermula dari seorang pencinta akhirnya menjadi seorang yang fobia cinta.

Namun aku pada asalnya tidak terus mengalah pada hakikat yang aku tidak lagi mampu bercinta. Aku terus juga berusaha mencari cinta bagi mengisi kekosongan jiwa tetapi semuanya tidak berhasil. Aku pula end up menjadi seorang pemangsa yang acapkali mengecewakan gadis-gadis murni yang mengharapkan secebis cinta sejati dariku.

Sumpah. Aku memang ikhlas melamar atau menerima cinta dari mereka. Tidak pernah terniat untuk menzalimi mereka tetapi setelah cinta itu aku perolehi aku tiba-tiba jadi tergamam, hati kebas. Aku seolah jadi bodoh, tidak pandai lagi bagaimana menjaga hati seorang kekasih, blur.. hilang skill bagaimana mengambil hati wanita, tidak lagi romantis seperti Corey yang dahulu. Pendek kata aku bagaikan naif, seolah tidak pandai atau tidak pernah bercinta.

Entry ini merupakan prelude atau intro bagi salah satu kisah hidup philophobia aku yang aku ingin kongsi pada sesiapa yang sudi membaca. Kali ini aku pula yang berada di posisi terbalik yakni sebagai seorang pemangsa. Nantikan “Mangsa Cinta Si Philophobic – Part 1” tidak lama lagi.

Bagi yang belum mengetahui atau ingin mengikuti kisah cinta pertama aku yang menjadi titik tolak aku menjadi seorang philophobic kini, Di bawah aku sertakan links untuk entry-entry kisah tersebut:

  1. Trauma Cinta Pertama – part 1
  2. Trauma Cinta Pertama – Part 2
  3. Trauma Cinta Pertama – Part 3
  4. Trauma Cinta Pertama – Part 4
  5. Trauma Cinta pertama – Part 5

edit: Title ditukar dari “Mangsa Cinta Corey” ke “Mangsa Cinta Si Philophobic” atas nasihat rakan yang prihatin untuk mengelakkan persepsi negatif atau kesalahfahaman awal.


16 Responses to Mangsa Cinta Si Philophobic - prelude

  1. Blog Eazy Izzuddin
    April 14, 2009 at 10:28 PM
    oh ho...
    x sbr tgg citer nih..
    =)
  2. farish izaryl @izreez
    April 14, 2009 at 10:43 PM
    takot lah nk berchenta ni huhuuk
  3. b0b0y
    April 14, 2009 at 11:00 PM
    abg oo abg..
    nape tajuk nanti "mangsa cinta corey"..?

    boy rasa cam xbest je nanti.. more negative impact..
  4. Corey
    April 14, 2009 at 11:21 PM
    Eazy: nantikan :)

    rizz: eh bukan rizz tgh brcinta ke?

    boy: owh ye ke.. ada idea for tajuk yg sesuai x?
  5. Corey
    April 14, 2009 at 11:28 PM
    boy: Ok dah tukar tajuk "mangsa cinta si philophobic"..ok x?
  6. b0b0y
    April 14, 2009 at 11:33 PM
    ok... gtu le.. xnampak negative..
  7. Suziey Ahmad
    April 15, 2009 at 12:58 AM
    waaa hebat tu..bape list mangsa yg menjadi mangsa..erkk:D
  8. Corey
    April 15, 2009 at 1:39 AM
    suziey: yg akan diceritakan cuma dua kisah je kerana dua ni je yg paling meninggalkan kesan
  9. ~miszirdawaty~
    April 15, 2009 at 1:37 PM
    adOi~
    xsbr nk bce...
    haha~
  10. Hezesuze
    April 15, 2009 at 2:17 PM
    horayyyy!! akan ku nant & harusss baca...
  11. Corey
    April 15, 2009 at 3:15 PM
    misz, heze: yea nntkan. samaada cepat atau lambat je sbb lately otak celaru.
  12. Bil
    April 16, 2009 at 12:48 AM
    me is waiting for the sequele.
    love life documentaries... sassy!
  13. Corey
    April 16, 2009 at 6:51 AM
    Bil: ..still waiting for inspiration to start :)
  14. aRa RaMaDhAn
    April 17, 2009 at 3:24 PM
    Corey...i penah jadi "mangsa cinta si Philophobic" tau...1 thn rupanya dia berusaha cuba cintakan i but in the end dia ngaku kat i...Sungguh kecewa ok...bab selama ini dia berpura²...

    Itew 1 of my kisah duka yg perit...i have another...hurmmmm...not telling u...agagaga...
  15. Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah
    April 17, 2009 at 6:11 PM
    cepat arr wat n3 aku dah x sabau dah nie wakakak blur..

    hilang skill bagaimana mengambil hati wanita, tidak lagi romantis seperti Corey yang dahulu.

    ker memang tak reti?? wakakka hajarnya aku wakakak
  16. Corey
    April 18, 2009 at 5:39 PM
    hehe memang hajar. ofcoz la reti.. dulu jiwang karat gitu