Posted on Wednesday, April 22, 2009

Cinta selepas kahwin lebih manis dan bahagia?

Kebelakangan ini aku teramat sibuk akibat dari segala tanggungjawab di alam realiti. Nak update blog pun kekadang tiada ilham akibat penat dan kekusutan fikiran. Bagi mereka yang menantikan kisah lanjut “Mangsa Cinta Si Philophobic” harap bersabar ya. Coming soon.

Baiklah. Merujuk pada tajuk di atas aku ingin berkongsi revelasi aku tentang adakah Cinta selepas berkahwin lebih manis, bahagia dan kekal? Pada yang telah berkahwin, pendapat dan pandangan kalian juga amat dialu-alukan.

Bagi aku secara personal terasa betulnya pendapat tersebut berdasarkan pengamatan aku yang mana pasangan yang bermula dengan percintaan sebelum ke jinjang pelamin selalu mengalami konflik rumahtangga. Berikut merupakan antara point aku yang menyokong topik ini. Jika ada lagi akan aku tambah kemudian. Jadi, sesiapa yang ada idea sila kemukakan.

1. Konflik terjadi disebabkan cinta telah habis diluahkan semasa zaman bercinta sehinggakan tiada lagi yang tinggal untuk bekalan untuk alam rumahtangga seterusnya mengakibatkan timbulnya perasaan jemu dan bosan dengan pasangan.

2. Tiada lagi kemanisan. Ini ditujukan pada pasangan kekasih yang terlalu jiwang dan rakus sehingga terlanjur. Jadi, apabila mereka telah berkahwin, tiada apa lagi yang istimewa untuk dipersembahkan pada pasangan.

3. Setiap hari dan selamanya merupakan bulan madu bagi mereka yang bercinta selepas berkahwin kerana setiap hari merupakan satu pengembaraan untuk mempelajari dan menerokai hati budi pasangan. Jika dah puas bercinta sebelum kahwin rasanya sudah tiada thrill.

4. Sejarah membuktikan bahawa perkahwinan selepas berkahwin kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Ini terjadi pada orang-orang lama yang mana perkahwinan mereka diatur oleh ibu bapa mereka. Contoh terdekat adalah parents aku sendiri. Mereka hanya mengenali satu sama lain pada hari pernikahan itu sendiri. Alhamdulillah kekal bahagia sehinggalah bapaku meninggal dunia baru-baru ini. Ibuku dengan penuh setia tanpa keluhan menjaga bapaku ketika arwah sakit.

5. Melalui sumber yang aku baca, bercinta selepas berkahwin sebenarnya adalah sunnah junjungan kita, Rasulullah S.A.W sendiri. Ini untuk mengelak zina dan perlakuan yang boleh menjurus ke arah itu. Rasanya majoriti yang sedang bercinta pasti mempunyai imaginasi dan nafsu untuk bermesra dengan kekasih mereka yang sudah tentu bukan muhrim.

Tentu nanti ada yang bertanya apa motif aku bangkitkan topik ini. Adakah aku akan mengambil jalan ini untuk menamatkan zaman teruna bujangku?

Jawapannya aku sendiri belum mengetahui. Masih menanti seru. Masih belum yakin adakah aku sanggup memperjudikan nasib aku dan masa depan anak dara orang dengan berkahwin dengan sesiapa sahaja pilihan rakan atau keluarga dengan cuma berlandaskan harapkan cinta akan bersemi selepas berkahwin. Aku masih gentar dengan segala kemungkinan…

Kredit foto: http://www.mississippifamilylawblog.com


20 Responses to Cinta selepas kahwin lebih manis dan bahagia?

  1. Abir Abhar
    April 22, 2009 at 11:32 PM
    tak payah kahwin la bro..
    single pun ok what..
    haha
  2. Corey
    April 22, 2009 at 11:35 PM
    Abir: hehehe tak boleh buat keputusan. ikut takdir dan ketentuan Tuhan gak. Kalau ada jodoh..kahwin.. kalau tiada apa boleh buat.
  3. farish izaryl @izreez
    April 22, 2009 at 11:44 PM
    heheh x sabo nk mkn nasi minyak corey ni hahahahh
  4. Corey
    April 22, 2009 at 11:56 PM
    rizz: hehe sabo..takkan lari nasi minyak dikejar
  5. Blog Eazy Izzuddin
    April 23, 2009 at 12:45 AM
    hiks...
    betul kata2 itu...
    cam parents eazy,
    bercinta selepas kahwin...
    it pon di atur oleh atuk n nenek...
    alhamdulillah ok smpi skang...
    :D
  6. Corey
    April 23, 2009 at 1:07 AM
    Eazy: kan? tapi zaman skarg susah nak cari jodoh camtu.maybe dulu yg pmpuan kurg sosial sgt and kurg komunikasi.mcm skang dgn internet, hp segala.
  7. Blog Eazy Izzuddin
    April 23, 2009 at 1:17 AM
    hmm...
    yup2..
    rasenye lah, dulu kan x de sume2 2...
    pmpuan dulu rasenye dok umah tgg smpi d pinang..
    ehehe
    skang susah jek, bdk teens skang pon dah pndi bercinta, huhu
    ;)
    =D
  8. Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah
    April 23, 2009 at 8:22 AM
    adoaiiii bab kawen plak wakakak apa yek aku nak komen nie???? huh!!! (sambil mengusap2 lesung) apa pun aku setuju ngan statement ang tue wakakkak alangkah nikmatnyer cinta selepas nikah.... tukau... bukan kawen wakakak kawen arie2 leh wakakak hajarnya
  9. Suziey Ahmad
    April 23, 2009 at 8:28 AM
    corey...absolutely rite...i agree 100%..pegang je pd prinsip...jika kita jadikan sunnah nabi sbgai panduan kita dlm kehidupan harian,....insyaAllah kita dijamin tdk akn sesat..n regarding the topic..jika niat kita adlh mengamalkan sunnah nabi..kawen dulu utk tambahkan khalifah dimuka bumi ni..n then disusuli dgn rasa cinta utk menguatkan lagi ikatan suci tu..nescaya berbahagialah hingga ke akhir hayat..tp kalu niat sekadar melepaskn batuk ditangga..err i mean kawen sbb org pn kawen then baru pupuk rs cinta..emm xdijamin jgk kebahagiaan..sbb ade je org yg xkenal ttba kawen pastu bercinta xbahgia jgk..apepn..tawakal dan redha dgn qada' dan qadar Allah sbb kita hanya mampu merancang...
    waa panjang lebar plak ulasan..ekekk;D
  10. Corey
    April 23, 2009 at 9:08 AM
    qiela: hehe definisi umum guna kawen jela..nanti sampai masa ang bagitau ler ek nikmat ke tak. nak tau gak.

    suziey:yea.. yg penting niat penting. tu sbb sy tak gigih nak cepat kawin walaupun boleh saja even sekarang pun dgn sesiapa yg kawan or family rekemen tapi fikir2 balik buat pe kawin klu sekadar nak puaskan hati org and nak jaga imej. tunggu seru jela bila dah terbuka hati
  11. Hezesuze
    April 23, 2009 at 11:23 AM
    ni dari sudut pandangan ze okey...

    bercinta b4 kawin
    sgt molek coz kita ada masa tuk mengenali lbih dekat hati budi masing2..tp kdg2 dlm bcinta ni ada baik & buruknye..kira pangai ler...b4 kawin kentut pun wangi tp after kawin kentot merata2...wakakakaka (amponnn babah)

    bkwin baru cinta
    oooppsss tiada pglaaman tp ze da tgok ramai pasangan yg dimatch kan oleh ibunda ze sumenye mnjadi dan bahagia till now...(ibunda ajen cr jodoh kekdahnye)..hehehe

    kalo ze tau kan baik kawin dulu bru bcinta....huhuhuh mesti dua2 malu2 kingkong kan...wkakaka

    sume ajal, maut & jodoh ditangan ALLAH swt tp kita sbgai insan harusslah brusaha jgn serah kt takdri semata2...

    syukur alhamdulillah..till now ze bahagia disamping suami & anak2...selisih faham, gaduh2 kecik, masam muke (kejap ajo) itu asam garam rmh tangga...bila sume itew tjadi barulah kita tahu kekurangan diri kita so kita harus ler perbaikinya mjadi lebih baik...

    p/s kalo takat bro x jmpa2 gak pasangan idop..meh contact ibunda ze...kompem lepas tu merasa nasi minyak bro ....wkaakaka seyes ni...

    p/s/s x salah kan kalo kita saling mmbantu...huhuhuh
  12. Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah
    April 23, 2009 at 12:25 PM
    keji per plak tanya aku nikmat kew tak wakakak hajarnya!!!! tanya lew sis heze.. aku mana taw nikmat kew tak ... dengau org citer cam nikmat jew wakakak
  13. aNa-FanA-
    April 23, 2009 at 12:28 PM
    salam..
    ustazah sy dlu pun ckp,bercinta lepas kawin ni lbh manis dan diredhaiNYA
  14. Corey
    April 23, 2009 at 1:03 PM
    heze: bernas pandangan2 heze tu.thanks ya.betul cinta dulu baru kawin kita akan lebih serasi sebab dah kenal hati budi masing2 tapi kurang adventure terutama malam pertama, sure malu2 tp itulah yg paling manisnya sbb masing2 discover buat pertama kali,pengalaman manis itulah yg buat seolah baru jatuh cinta seterusnya hari2 jd mcm sepasang kekasih yg asyik menagih cinta.

    ya heze bro tgk salah satu contoh kebahagian perkahwinan.boleh rasa aura happiness tu.anak2 tu bukti kasih syg.

    p/s: hehe thanks for the offer..ok bila bebetul nekad nak tamatkan zaman bujang dan tiba masanya insyaAllah bro akan jumpa.
  15. Corey
    April 23, 2009 at 1:06 PM
    Qiela: ekeke soalan tu aku tanya in advance untuk ko jawab lepas ko baru kawin nnt. Nak tanya Heze takleh sebab dia dah panjang trailer, sure dah lali.

    aNa: wslm. yea betul tu.thanks ya mengconfirmkan :)
  16. aNa-FanA-
    April 23, 2009 at 7:01 PM
    This comment has been removed by the author.
  17. aNa-FanA-
    April 23, 2009 at 7:04 PM
    Konsep cinta dalam Islam sangat unik, iaitu menyintai sesuatu atau seseorang hendaklah kerana mencari keredhaan ALLAH dan menurut peraturan syarak. Islam mengajar kita bahawa perkahwinan adalah ikatan yang suci, tepat dan satu-satunya cara yang dibenarkan oleh syarak dalam menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita.


    bc strsnye http://www.iluvislam.com/v1/forum ^_^
  18. Corey
    April 23, 2009 at 8:37 PM
    aNa: thanks ya atas statement dan link tersebut :)
  19. OBSCURE
    April 23, 2009 at 10:48 PM
    Kalau sudah jodoh tidak ke mana..Percaya akan kekuasaan Allah..asalkan sebuah perkahwinan itu dibina bukan berpaksikan dosa, insyaAllah jodoh akan berpanjangan. byk2kan bdoa..terutama di malam jumaat.InsyaAllah segala permintaan dimakbulkan.
  20. Corey
    April 23, 2009 at 11:06 PM
    Obscure: thanks. insyaAllah