+ merajuk.
Kepulangan
Jam 12.30pm tadi aku telah selamat menjejakkan kaki ke kampung halamanku. Terasa damai sekali lebih-lebih lagi dapat menatap kembali wajah ibuku yang telah lama dirindui. Segala kerungsingan yang ku alami selama ini tiba-tiba hilang. Aku tidak lagi kisah dengan apa jua kegusaran dalam hidup.
Ini mungkin satu kelemahan bagi aku kerana ‘misi’ yang aku cuba capai pun hampir goyah dek euforia yang membuatkan aku tidak peduli lagi dengan semua itu. Namun ku terus kuatkan semangat setelah kilasan wajah rakan-rakan blogger yang menjadi saksi tekad dan komitmen aku dulu muncul mengingati diri.
Ramadan nanti aku mungkin akan kembali ke Kuala Lumpur dan mungkin juga akan menyambut Raya pertama di sana. Rasa kurang manis pula jika hanya tinggal berdua saja dengan adik iparku di sini. Ibuku tiada ketika itu kerana menjalankan umrah di Tanah Suci sepanjang Ramadan. Beliau akan pulang mungkin pada Hari Raya ke dua. Jadi, aku di KL turut sebagai ‘standby’ menanti kepulangannya.
Inilah kali pertama aku bakal menyambut puasa dan Aidilfitri bersendirian, juga tahun pertama disambut tanpa Ayahandaku yang telah kembali ke Rahmatullah Februari lalu. Keghairahan pun rasanya tidak seperti rutin tahun-tahun lepas. Mungkin tahun ini aku hanya akan jalani sepertimana hari-hari biasa sahaja. Harap tiada elemen yang datang menggugat ketahanan emosiku.
I will survive.
Insya Allah…
Merintis jalan pulang…
Nekad.
Aku akan kembali ke dakapan damai kampung halamanku hari ini.
Setelah sekian lama leka bergelumang dengan aral demi aral di kota yang seperti suka menangguhkan kepulanganku.
Baru tiga minggu tapi terasa begitu lama sekali. Aku sesak, rimas, lemas di sini. Mungkin jiwa yang sering diulit melankoli ini telah longlai dek deraan rakus kota.
Lemah.
Aku perlu di-cas semula…
Yasmin Ahmad passed out BUKAN passed away!
Beberapa jam yang lepas aku menerima khabar gempar yang pengarah tersohor, Yasmin Ahmad telah meninggal dunia. Terkejut tetapi sabar, tidak terus tergadah untuk mempercayainya dan menganggapnya hanya khabar angin selagi belum menerima sebarang makluman dari sumber yang boleh dipercayai.
Ternyata berita tersebut hanyalah salah faham. Beliau diberitakan koma selepas jatuh pengsan di Sri Pentas, lalu dikejarkan ke Pusat Pakar Perubatan Damansara. Khabar terbaru yang diterima, kondisi beliau kini semakin stabil.
Alhamdulillah.
Marilah kita sama-sama doakan semoga kesihatan beliau kembali pulih dan dikurniakan kekuatan bagi menghadapi dugaan ini.
Amin.
Aku kesal dengan pihak tidak sensitif yang awal-awal lagi telah membuat spekulasi tanpa menyelidiki lebih lanjut kesahihan fakta yang diterima.
Keji!
Tidak baik mempermainkan ajal sesorang walau sekritikal manapun kondisinya ketika itu. Selagi seseorang itu masih bernafas, mereka punya hak berjuang untuk terus hidup…
Hidup tiada makna tanpa persahabatan?
Apabila membuka ruangan komen bagi entry “Penghargaan Chekdenoor” di bawah aku tertarik dengan satu komen dari bekas rakan sekerjaku, Effa…
okey just now u said "Hidup memang tiada makna tanpa persabahabatan"...ok bkn nak agree atau disagree...but sumtimes kwn yg kita hope sngt2 jadi sahabat, end up tikam kita dari belakang!!or pijak kepala or wat so ever...smpaikan da xtrust langsung semua org dlm hidup kita...and what its all about?!!!boley x klu kita just being lonely cause xder org nak disturb dan kita rase besh macam tu?!!...
Maaf Effa kerana quote komen kau. Ilham aku tiba-tiba terpicu untuk mengupas topik “Hidup tiada makna tanpa persahabatan”.
Walau sebesar mana pun trauma yang dialami akibati tersilap dalam memilih kawan, kita tidak seharusnya menghukum dan memutuskan perhubungan dengan kawan-kawan lain. Sestabil mana pun hidup kita, pasti satu hari kita akan menempuh saat sukar yang tidak mampu ditatang.
Aku akui yang kekadang aku turut suka menyendiri dan tidak begitu gemar menyusah atau mengharap bantuan rakan. Mungkin disebabkan aku gemar suasana damai dan sunyi tetapi rangkaian sosial dan jalinan persahabatan tetap aku perlukan.
Mengapa hidup tiada makna tanpa persahabatan?
Bagiku, persahabatan dapat memberi realisasi yang aku sedang hidup. Bahaya jika terus menyisihkan diri, terasa seolah mati kerana tiadanya interaksi dengan makhluk berakal yang lain. Sahabat bak satu medium umtuk aku menyalurkan keluar segala rasa dan emosi yang berkelodak di dalam diri. Kita seolah berperang dengan diri sendiri apabila memendam rasa, Oleh itu jika tiada pihak berkecuali yakni orang kedua yang dapat menjadi pendamai sudah pasti depresi akan menguasai, lama-kelamaan putuslah fius kewarasan diri. Bukan hanya jadi anti sosial malah psikotik.
Mungkin ada yang akan berkata hidup mereka sentiasa stabil dan ceria tetapi apa makna semua kebahagian yang dikecapi jika hanya terpendam hidup tanpa insan lain untuk acknowledge kebahagiaan tersebut? Semurni mana seseorang pasti punya sedikit ego untuk menagih admirasi dari insan lain. Rasa ceria tersebut kemungkinan bertukar depresi jua akhirnya dek rasa terkilan tiada siapa yang tahu dan endah.
Kita cuma perlu arif dalam menapis siapa yang betul-betul ikhlas dan layak digelar sahabat. Tidak dinafikan ramai manusia yang hebat memainkan watak sehingga kita yakin dialah sahabat sejati, malah sehingga dianggap saudara sendiri.
Aku faham dan pernah rasa betapa sakitnya hati apabila dikhianati orang yang kita percayai. Namun konsep “nila setitik rosak susu sebelanga” dalam konteks persabahatan tidak harus diamalkan. Jangan pamerkan diri seolah lemah dan mudah mengalah. Jangan puaskan hati golongan sahabat palsu ini. Tunjukkan pada mereka yang kita cekal, tidak mudah tergadah, mampu teruskan hidup dan punya sahabat lain yang lebih baik dari mereka. Jika kita lari menyendiri, bertambah bangga dan lagi sinislah mereka, puas hati melihat kesengsaraan kita.
Perlu diingat, ada golongan ini yang punya prinsip “ jika aku bukan kawan kau, orang lain pun tak boleh jadi kawan kau”, jika kita buang semua orang dari hidup kita, makin senanglah kerja mereka. Jika kita teruskan hidup seperti biasa, mungkin akan ada cabaran dari mereka seperti hasutan dan segala macam cubaan untuk menjatuhkan pada mata orang lain tetapi hadapi semua ini dengan senyuman tabah.
Hikmahnya, kita akan kenali mana satu kawan tempelan yang mudah terpengaruh dan mana satu kawan setia yang tidak mudah terpedaya, malah berdiri mempertahankan nama kita.
Konklusi untuk Effa,
Adakala nasib kita kurang baik sentiasa saja bertemu kawan yang sering membuat onar pada kita, tetapi janganlah stereotaipkan semua. Tidak adil. Secara tak langsung aku pun turut terasa kerana terlabel sekali dalam golongan “semua orang dalam hidup” yang kau nyatakan tu.
Tidak semua bersifat begitu, kalau diri dipencilkan, maka makin kecil lah kebarangkalian peluang untuk bertemu kenalan baru yang InsyaAllah bakal menjadi sahabat sebenar yang diimpikan.
Memang ‘besh’ bersendiri bagi mengelak risiko hidup dikacau tapi sampai bila? Hidup sebagai manusia ini sangat rapuh. Semua boleh berlaku tanpa dijangka. Ngeri jika difikirkan.
Tapi apa-apa pun kita punya hak atas diri sendiri. Jika keputusan kau ingin bersendiri ini terbaik bagi diri kau…by all means… but remember, lonely may lead to melancholy…
Aku bukan lagak pandai sebab aku pun ada konflik dan trauma yang masih parah tapi sebagai seorang yang pernah kagumi kau, aku rasa terpanggil untuk cetuskan rasa aku. Mungkin juga disebabkan aku takut kau tarik dari aku satu gelaran mahal yang bernama… “SAHABAT”.
Penghargaan ChekdeNoor & Award dari Arif Rusli
Gambar di atas adalah pemberiaan Chekdenoor sebagai penghargaan kepada teman-teman yang setia mengunjungi dan berinteraksi di blognya.
Hidup memang tiada makna tanpa persabahabatan. Di zaman serba canggih ini persabahatan bukan hanya perlu dijalin di dunia luar tetapi juga di dunia maya ini, malah dengan bantuan teknologi internet, rangkaian persahabatan akan lebih meluas lagi.
Terima kasih Chekde atas penghargaan ikhlas ini. Tersentuh rasa.
Jika kalian yang belum dan ingin mengenali wanita gigih ini sila ke blog beliau di http://chekdenoor.blogspot.com
Award di atas pula datangnya dari salah seorang blogger kegemaran aku, Encik Arif Rusli. Terima kasih ya!
Eh ada disertakan sekali dengan tag pula. Aku jawab fakta yang pertama saja boleh tak? Soalan fakta diri tu dah jawab banyak kali dah dalam tag sebelum ni. Malas nak ulang takut rugi dakwat keyboard ni. Jangan marah ya sebab break the chain hehe.
NYATAKAN LIMA FAKTA MENARIK TENTANG PEMBERI AWARD INI:
1. Awet muda
2. Blogger tegar
3. Budak UITM Shah Alam
4. Pencinta Kucing
5. Masih single (ye ke?)
Mari kita terjah ke blog beliau di http://arifrusli.blogspot.com
Tata
Pelamin angannya musnah jua…
Jika kalian ada membaca tentang “misi” rahsia aku selang satu entry di bawah pasti terbaca kenyataan yang aku telah menetapkan had sasar pada Oktober nanti untuk menamatkan misi tersebut dengan harapan dapat menghadiri dan seterusnya membuat penampilan pertama aku di majlis pernikahan seorang rakan blogger. Namanya eloklah dirahsiakan.
Namun kita sebagai insan biasa hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang punya takdir putus penentuan. Pelamin yang di angankan oleh rakan ku itu hanya tinggal impian sahaja kerana tanpa dijangka telah musnah sebelum sempat terbina. Walaupun aku tiada kaitan terus, impaknya turut ku rasai kerana matlamat dan sumber rangsangan misi aku turut terbantut. Malah menguatkan lagi fobia yang membelenggu diriku.
Sayu hati bilamana membaca luahan rasa beliau di yahoo messenger. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggungnya. Walaupun aku sedia maklum yang bekas jodohnya itu hanya pilihan ibu bapa namun jauh di sudut hati seorang wanita walau seteguh mana pun benteng pertahanan jiwanya, akan luluh juga dek penangan emosi.
Pilihan ibu bapa tidak bermakna beliau tidak perlu endah dan dengan pantas kembali jalani kehidupan seperti biasa kerana sebagai bakal pengantin sudah tentu menjadi watak utama lantas beliaulah orang pertama yang bakal menjadi bahan bisikan perlian, jelingan sinis dan spekulasi liar segelintir golongan masyarakat yang dahagakan drama hidup.
Tambahan pula mengikut perancangan awal, Majlis yang dirancang merupakan perkahwinan berkembar kerana adiknya juga akan diijabkabulkan pada hari yang sama. Ini antara sebab yang membuatkannya lebih terkilan.
Disebalik simpati, aku turut kagum dengan semangat tidak mementingkan diri yang mana beliau pula yang berasa bersalah, risau maruah keluarga akan tercemar dek tohmahan walhal beliaulah sebenarnya yang menjadi mangsa.
Beliau sanggup mengenepikan hak sendiri dengan menerima dengan pasrah lelaki pilihan ibu bapa walaupun hati budi bakal suaminya itu belum sempat diselami. Mungkin pada hematnya apa yang terbaik bagi ibu bapa, baik juga baginya.
Rakanku ini, biarpun pada lahiriah beliau tampak tegas lagi gah tetapi nilai murni seorang wanita melayu sejati yang pantang derhaka masih digenggam erat. Beliau juga redha dengan sikap bakal tunangannya yang mula mempamerkan kejengkelan. Segala kongkongan dan larangan lelaki tersebut diterimanya dengan akur.
Makan hati? sudah semestinya. Mahunya tidak…setiap wanita pasti impikan pasangan hidup yang sejiwa, yang dapat memberi sepenuh dorongan dan galakan atas minatnya serta memberi kebebasan untuk menjadi dirinya sendiri, bukan dengan lagak egois dan kongkongan tanpa belas. Dalam bahasa mudah, beliau mengharapkan seorang lelaki yang dapat menerima dirinya seadanya.
Tiada serangan balas, beliau hanya mampu memendam rasa dan terima saja semuanya dengan redha demi untuk menjaga hati bakal tunang/suami dan tidak rela menghancurkan harapan keluarga jika memberontak.
Namun aku percaya Tuhan sangat sayangkannya. Segala kepincangan dan rahsia sisi gelap lelaki tersebut yang disembunyi rapi selama ini akhirnya terbongkar jua. Barulah bapa kepada rakanku menyedari rupa-rupanya lelaki tersebut bukanlah bakal menantu kebanggaan yang ditatang selama ini.
Ibu bapa mana yang sanggup membiarkan anak daranya bersuamikan seorang lelaki banjingan?
Si bapa akhirnya mengambil keputusan nekad dengan membatalkan segala perancangan pertunangan dan pernikahan anak gadisnya dengan lelaki tersebut. Kemurnian dan keluhuran lebih penting dari pangkat dan harta.
Apa pun kepincangan lelaki tersebut tidak perlulah aku dedahkan di sini. Apa yang penting, syukur kerana kebenaran muncul diperingkat awal. Bayangkan jika semuanya sudah sah, sudah tentu perkahwinan tersebut bakal menjadi satu episod hidup yang amat tragis bagi rakanku.
Sebelum mengakhiri sesi luahan rasa, beliau pernah bertanya padaku bagaimanakah beliau harus hadapi tarikh-tarikh keramat yang sepatutnya menjadi hari bersejarah pertunangan dan pernikahannya itu? Semakin hari semakin dekat, risau beliau mungkin tewas dengan luluhan emosi. Beliau sebolehnya ingin cuba untuk melupakan terus tarikh-tarikh tersebut yang dianggapnya malang.
Jawabku…
Mulai tahun ini, jangan sesekali lupakan tarikh tersebut, Ingati! Raikan! Sambutlah dengan senyuman dan lafaz syukur ke hadrat Ilahi kerana beliau telah terselamat dari menjadi mangsa seorang lelaki rakus lagi dayus. Jika diteruskan juga perahwinan tersebut, sudah pasti tarikh itu bakal menjadi tarikh yang akan diratap sesal sepanjang hidupnya…
Tabah rakanku, tabah.
Bersabarlah. Percaya atas segala hikmah disebalik ujian getir ini…
Aku ingin pulang…
Masih di Kuala Lumpur.
Kalau ikutkan aku sedari minggu lepas lagi aku sudah pulang ke kampung halamanku yang damai. menatap kejernihan wajah ibuku yang lagi mendamaikan.
Tetapi aral sering datang silih berganti membantutkan niatku.
Terlalu banyak konflik cinta dan kehancuran perhubungan yang aku saksikan sepanjang di ibukota ini.
Trauma.
Aku ingin pulang.
Segera!
Outstation dan sedikit tentang misi
Buat masa ini aku sedang berada di KL atas urusan peribadi. Maaf kerana tidak dapat bertemu rakan-rakan blogger di sini. Bukan sombong, bukan tak sudi tapi aku perlu selesaikan dahulu misi dan azam aku yang telah tertangguh tahun demi tahun. Aku telah bernazar selagi misi tersebut belum tercapai, aku akan elak dari bersosial di luar.
Dengan erti kata lain ini bagaikan satu penggerak semangat aku untuk komited dan serius kali ini. Aku ingin sekali bertemu rakan-rakan blogger, jadi harus usaha keras untuk mencapai misi itu seterusnya dapatlah bertemu kalian semua akhirnya.
Target aku, diharapkan misi akan tercapai InsyaAllah sebelum oktober ini kerana aku telah menerima jemputan ke majlis perkahwinan salah seorang rakan blogger. Aku tidak sampai hati menghampakannya dan untuk itu aku perlu menggandakan usaha bagi membolehkan aku melihatnya sendiri bersanding di atas pelamin biru angannya.
oh ya..
Misi apa yang aku ghairah sangat uar-uarkan di atas? jumpa nanti akan ku ceritakan, hehe.
Malu dong ah!
Awards dari Fatin & Precious
Terima kasih Fatin atas award di atas. Maaf kerana lambat claim atas kesibukan yang menjurus kealpaan :)
Kepada anda yang belum dan ingin mengenali Fatin lebih lanjut sila ziarahi blognya di http://fatinbaharum.blogspot.com/
Award di bawah pula diterima daripada kenalan baru yg dikenali sebagai Precious aka Queen. Award ini disertakan sekali dengan tag. Akanku cuba menjawab seberapa yang mampu, maklumlah terkadang aku sendiri agak samar jika ditanya soalan-soalan peribadi.
1. Copy badge "Vespa Blogger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.
- - siap!
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
- Diterima daripada Precious seperti dinyatakan di atas.
- Sila ke blognya di http://lili-precious.blogspot.com/
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya(anda di-tag).
- seorang philophobic
- gemar membaca
- mudah simpati dan percayakan insan lain
- self-conscious
- pemaaf
- mudah bosan dengan rutin
- kerap mengalami sindrom time-lagged
- suka berimaginasi
- gemar menganalisa insan lain
- minat memasak dan makan tetapi alah pada daging lembu, kambing serta semua kategori daging yang berasal dari haiwan berkaki empat.
4. Anda perlu memilih 6-7 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
- Sabar dulu ya.
Sekian, Terima kasih :)
-GeLArAn-
SELAMAT PAGI tuan tanah iaitu abg COREY chantek.. eh silap ensem (atas permintaan beliau) hahahahahaha... pagi2 dah x betul kan.. hik3... tuan tanah tido lagi tu.. harus senyap berjalan kat blog dia yek.. sape yang jalan2 sambil bawak sarapan tu.. tinggal kan la sikit kat meja makan dia..ekekekekke..
Ok.. hari ni hari AHAD..ataupun javanese kata WEEKEND (harus blaja jawa ngan aku yekk.. wakakkakaka) Hari ahad sinonim sangat dengan kapel2.. xkesah la yang berboyfren gulrfren ke.. yang berlaki bini ke.. yang beratuk nenek ke... semua golongan ni akan menghabiskan masa dengan lepaking ngan pasangan masing2... dan yang galak sangat spend masa kompom2 la yang berboyfren gulrfren nie.. sampai orang kata belangkas di kota..hik3
Ok2.. bese la jiwa muda.. ujung minggu ikut suka la berdating kat ceruk mana pun cuma kat sini aku nak kupas.. panggilan atau gelaran yang kapel2 ni panggil xkesah la yang dah berkahwin atau belum..
Yang belum berkahwin ni biasa yang aku dengar gelaran nya ada macam2.. kalau yang malu2 sikit tu.. besenya AWAK-AWAK.. yang ala-ala romantik tu SAYANG-AYANG.. ada yang panggil B-SAYANG.. dan B itu stand up for two words.. some kata B tu untuk BABY or HUBBY...hehehehe mesti nanti ada tanya aku kan aku guna yang mana.. aku guna yang B-SAYANG.. dia panggil aku B..hubby katanya.. so x kesah la.. yang penting ktorang bahagia.. terlupa pulak ada juga yang dok panggil PAPA-MAMA...paling common ABANG-SAYANG so terpulang pada pasangan masing2..
Yang nak story mory ni.. bila jodoh tu panjang sampai ke jinjang pelamin.. panggilan manja sume ni makin tenggelam.. mungkin tahun pertama perkahwinan panggilan manja masih diteruskan...tapi bila sudah beranak satu.. panggilan bertukar.. kenapa..? alasan yang diberi kata malu depan anak.. laa.. jawapan diberikan macam anak tu bukan anak dia pulakkan.. macam orang asing.. lagi satu beranggapan perkahwinan ni tanda perubahan.. tapi perubahan dari negatif ke positif.. ni yang positif diubahnya.. bukan ke gelaran manja ni banyak positifnya.. x gtu..?
Sebenarnya tak salah pun terus menggunakan SAYANG-SAYANG, ABANG-SAYANG..selepas berkahwin... dengan cara tu kita mendidik keluarga kita erti kasih sayang..ni pun terbukti dalam sesi kaunseling rumah tangga... dengan keadaan sekarang..kes penceraian semakin bertimbun...memang mereka ada alasan masing2 untuk bercerai.. tapi dasarnya sama iaitu kasih sayang dah semakin berkurang..
Maybe ramai yang beranggapan gelaran manja ni tak berapa penting tapi ia terbukti sebagai salah satu cara meningkatkan keharmonian antara pasangan kekasih.. so soalan tercepuk untuk TUAN TANAH..TUAN TANAH guna gelaran mana...? hik3
p/s: kak HEZE mesti panggi BANGPO.. stand for ABANG POMEN.. ekekekeke... lariikkk!!
AUF WIDERSEHEN
Buku Telah Tiba
Assalamualaikum
Lama juga rasanya tidak menulis di sini. Bukan kerana tiada bahan. Banyak. Tapi ilham untuk menulis seakan tiada. Mungkin disebabkan kebelakangan ini kapasiti minda aku telah banyak digunakan untuk satu projek yang sedang aku rancangkan. Projek apa? masih rahsia. Sabar.
Mujurlah ada penulis tetamu yang sudi mewarnai blog aku yang kian usang ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat Encik Rahman Hashim aka Eterna, Encik Mohd Subri aka B-boy dan Puan Heze Suze Abu Hasan aka Ezus Ezeh. Selepas ini kalian akan dapat membaca banyak lagi hasil nukilan mereka di blog ini. Nantikan.
Oh ya tentang tajuk di atas. Tadi semasa khusyuk berkuntum di alam maya aku dikejutkan oleh panggilan seseorang dari luar. Mulanya tidak endah tetapi makin kuat dan berbunyi namaku. Rupanya empat buku yang aku order dari MPHonline telah tiba. Entah ada atau tidak masa dapatku peruntukkan untuk membaca buku-buku ini.
Empat buku yang aku order itu adalah:
- Lucky Bastard! : “ How one 25-Year-Old Makes A Six-Figure Income…Working Four Hours A Day from Home!”, by Adam Wong.
- Skinny Bastard: “ A Kick-in-the Ass for Real Men Who Want to Stop Being Fat And Start Getting Buff ”, by Rory Freedman and Kim Barnouin.
- Jangan Main-Main: Buku motivasi tentang semangat, daya tahan, daya juang membangunkan minda, kepimpinan dan sebagainya, oleh Dr. HM Tuah Iskandar.
- Resipi Bonda: Koleksi resipi tradisional melayu oleh Allahyarhamah Hajjah Teh Mohd Hassan yang dibukukan oleh anaknya, Dato’ Syed Munshe Afzaruddin, Duta Besar Malaysia ke Republik Islam Iran.
Tiga daripada buku-buku tersebut merupakan buku self-help dan motivasi. Hanya satu saja buku resipi. Hehe memang aku minat memasak sendiri di rumah. Memasak bagaikan satu terapi bagi aku.
Jika ada kelapangan nanti akan aku buat ulasan penuh berkenaan buku-buku di atas. Itupun jika berjaya aku habiskan dalam masa terdekat ini..
;)
-CinTA PerTAmAku- "b-boy"
OK.. entry kali ni aku nak ceritakan kisah CINTA PERTAMA aku.. wah asik pasal cinta je kan.. hek3.. yela mak orang citer pasal abg polis.. so aku nak la jugak citer.. lagipun abgCOREY beria2 nak taw kan.. so meh le story..
Sejak aku dilahirkan.. aku idak le kenal apa itu cinta..yela sume duk cakap pasal cinta monyet kan..sebabkan aku masa sekolah sangat la lemah semangat..pantang kena gertak..nangis sokmo.. and aku sng jatuh sakit..kira antibodi lemah sikit.. sebab tu aku lebih diebri perhatian oleh my mom..
So segala tindak tanduk aku dikawal..sampai la aku habis sekolah rendah and masuk sekolah menengah.. sekolah menengah pun aku x didedahkan dengan cintan cintun nie.. ye memang benar..aku telah diterapkan dengan MOTO "Jangan bercinta waktu sekolah" oleh my mom.. disebabkan aku dijaga agak rapi..so pergaulan aku agak terbatas.. pagi pegi sekolah... petang aktiviti kokurikulum..ujung minggu tusyen..even tusyen kat KL pun.. aku x reti nak merayau2..abis tusyen balik rumah..
Tapi aku tidak la pasif..aku boleh dikategorikan antara pelajar yang glamer la bersama rakan2 aku..ini pun disebabkan aku aktif berpersatuan bagai.. *kira sambil2 tu mencapap la sekali kan..ekekekeke.. so junior2 memang la ramai kenal aku.. sampai waktu petang bila selisih siap bagi salam tu..dialog dia macam nie.. "Assalamualaikum abg SUBRI..".. pastu sengih2 dak2 sekolah petang.. tapi aku x amik pusing... and yang paling aku ingat ramai anta proposal nak wat abang angkat.. ekekeke.. macam2 budak2 ni kan.. tapi aku stil wat bodo jer..
Sampaila aku join satu motivasi program nie.. kira macam kursus la.. kursus fasilitator sebenarnya.. selepas tamat kursus motivasi nie..kita diiktiraf sebagai fasilitator untuk guide junior2 kat sekolah.. sekolah aku anta 4 orang.. 2 laki 2 perempuan.. and aku termasuk sekali utk join.. and bila sampai.. mula aktiviti.. aku masuk dalam satu kumpulan yang diberi nama AL-FAIZIN.. bermaksud 'JUARA'.. and dalam grup tu..ada seorang gadis yang tiba2 buat rasa diri aku ni x tenteram sejak 1st day lagi...bila ada LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK).. aku dengan die selalu berborak pasal family.. padahal kawan2 lain sebuk menyiapkan tugasan diberi.. hek3..(kursus nie balik hari yek..amik masa 3 minggu)
And hendak dijadikan kesah... selepas habis program..kami bergegas pulang menaiki PUTRA LRT..and dalam PUTRA tu..aku dengan rakan2 sekolah aku bergerak balik ke rumah...tapi si dia singgah kat KLCC bersama rakan2 sekolah dia.. and dalam train dia kasi aku nombor telefon..
BUT..aku masih lagi was2.. yela nak call cheq malu naa... lagipun nak bermsg.. ms tu aku mana ada enset lagi.. so nombor telefon tu aku simpan je.. sampai kesudah aku x call die.. and masa hari raya aku terima kad raya dari die (kami bertukar alamat selepas kursus 3 minggu tu habis) so aku balas kad raya die.. and masa aku masuk matrikulasi.. aku terputus hubungan dengan dia.. sampai sekarang aku igt kat dia.. orang kata cinta pertama adalah cinta yang tidak dpt kita lupa walaupun kita bertemu dengan orang yang baru...si dia itulah SURIATI binti ISMAIL.. alamat terakhir di PUCHONG...
Selesai... siapakah lagi yang berjaya menawan hati aku..tungguuu....
AUF WIDERSEHEN
Malaysians.
What irks me almost all the time is the civic-mindedness of the people in our country. A simple example is using the elevator. I personally would never use the elevator if I am just going up the first floor. Why would I want to waste people's time when I can use the stairs? Unless of course you're an old makcik or pakcik or a pregnant lady or whatever. Then I would actually insist that you take the elevator. Earlier this month I went to the LCCT and there were many cars parked at corners of the junctions. Big cars, small cars. To make it worse, there were cars parked on both sides of the road. These cars made it difficult for other drives to get through the corner. Is it so torturous to walk for just a few minutes under the hot sun? I parked at the other end of the damn parking lot and I didn't even once complain. Malaysians always park their cars at the "Dilarang meletak kenderaan di sini", always throw their rubbish at the "Dilarang membuang sampah" signs. Are we all illiterate? I'm sure that we're not illiterate. We're just selfish.