Posted on Friday, July 03, 2009

Buku Telah Tiba

Assalamualaikum

Lama juga rasanya tidak menulis di sini. Bukan kerana tiada bahan. Banyak. Tapi ilham untuk menulis seakan tiada. Mungkin disebabkan kebelakangan ini kapasiti minda aku telah banyak digunakan untuk satu projek yang sedang aku rancangkan. Projek apa? masih rahsia. Sabar.

Mujurlah ada penulis tetamu yang sudi mewarnai blog aku yang kian usang ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat Encik Rahman Hashim aka Eterna, Encik Mohd Subri aka B-boy dan Puan Heze Suze Abu Hasan aka Ezus Ezeh. Selepas ini kalian akan dapat membaca banyak lagi hasil nukilan mereka di blog ini. Nantikan.

Oh ya tentang tajuk di atas. Tadi semasa khusyuk berkuntum di alam maya aku dikejutkan oleh panggilan seseorang dari luar. Mulanya tidak endah tetapi makin kuat dan berbunyi namaku. Rupanya empat buku yang aku order dari MPHonline telah tiba. Entah ada atau tidak masa dapatku peruntukkan untuk membaca buku-buku ini.

Empat buku yang aku order itu adalah:

  1. Lucky Bastard! : “ How one 25-Year-Old Makes A Six-Figure Income…Working Four Hours A Day from Home!”, by Adam Wong.
  2. Skinny Bastard: “ A Kick-in-the Ass for Real Men Who Want to Stop Being Fat And Start Getting Buff ”, by Rory Freedman and Kim Barnouin.
  3. Jangan Main-Main: Buku motivasi tentang semangat, daya tahan, daya juang membangunkan minda, kepimpinan dan sebagainya, oleh Dr. HM Tuah Iskandar.
  4. Resipi Bonda: Koleksi resipi tradisional melayu oleh Allahyarhamah Hajjah Teh Mohd Hassan yang dibukukan oleh anaknya, Dato’ Syed Munshe Afzaruddin, Duta Besar Malaysia ke Republik Islam Iran.

Tiga daripada buku-buku tersebut merupakan buku self-help dan motivasi. Hanya satu saja buku resipi. Hehe memang aku minat memasak sendiri di rumah. Memasak bagaikan satu terapi bagi aku.

Jika ada kelapangan nanti akan aku buat ulasan penuh berkenaan buku-buku di atas. Itupun jika berjaya aku habiskan dalam masa terdekat ini..

;)


16 Responses to Buku Telah Tiba

  1. arifrusli
    July 3, 2009 at 6:25 PM
    welcome back encik corey~

    cool! im waiting for the review of Lucky Bastard. macam best kan.
  2. Precious
    July 3, 2009 at 6:27 PM
    Weii ... banyak nyer beli buku. Review ek!
  3. Corey
    July 3, 2009 at 6:47 PM
    Thanks encik Arif! :)
    alright nnt I'll review it when done.
  4. Corey
    July 3, 2009 at 6:48 PM
    Precious:
    Tak banyak..4 jer. InsyaAllah nnt akan ada review. keep watching this space :)
  5. Hezesuze
    July 3, 2009 at 6:54 PM
    uik smpat ke update blog nnti...huhuhu

    tdo..mkn..baca novel..update blog..masak..mkn...tdo...wakakak

    ishhh byk tul keje harian bro kan kan...larikssssssssss
  6. Corey
    July 3, 2009 at 7:09 PM
    Heze:
    hehe update blog tu x gusar sgt sbb dah ada authors. so klu nmpk bersawaang tu tlg2 la update yer :P

    hehe masak dan makan satu keperluan.
    membaca tu selalunya sebelum tido.jadi bahan utk lelap.
    hehe :P
  7. b0b0y
    July 3, 2009 at 9:06 PM
    hohohoho.. g perak ni dapat le rasa masakan abg corey..ye idak..? ekekeke
  8. Corey
    July 3, 2009 at 10:56 PM
    boy:
    saboorr.. tunggu bro memorize dulu semua resipi dlm buku tuh hehe
  9. Blog Eazy Izzuddin
    July 3, 2009 at 11:11 PM
    selamat kembali bro
    lame x menyinggah sini
    =D

    menarik lah buku2 tu
  10. Corey
    July 3, 2009 at 11:24 PM
    Thanks eazy.. yea mmg menarik..beli ni pun sbb baca recommendation dari bloggers lain.
  11. Ahmad Zulfadhli Zulkefli
    July 5, 2009 at 6:51 PM
    Bro suke review buku eh? Kalo nk pinjam boleh tak? hehe

    Putra Al-Maliki,
    http://putraalmaliki.via.my/
  12. Corey
    July 6, 2009 at 12:48 AM
    baca suka, review jrg hehe, ikut kelapangan dan kerajinan.

    nak pinjam boleh, np
  13. farish izaryl @izreez
    July 7, 2009 at 2:10 PM
    wahh suke gak bce buku2 cmtu hehee
  14. Corey
    July 7, 2009 at 7:10 PM
    rizz:hehe bro baca je semua jenis bacaan yg boleh difahami
  15. Madkin's Babyy
    July 7, 2009 at 9:32 PM
    rinduu kt coreyy .

    mana hlg before nii ?
    thx fr ur cncern . ;)
  16. Corey
    July 8, 2009 at 12:52 AM
    biyan:
    same here :)
    i'm always around cuma less exposure.
    no problemo :)
    take care k