Jam 12.30pm tadi aku telah selamat menjejakkan kaki ke kampung halamanku. Terasa damai sekali lebih-lebih lagi dapat menatap kembali wajah ibuku yang telah lama dirindui. Segala kerungsingan yang ku alami selama ini tiba-tiba hilang. Aku tidak lagi kisah dengan apa jua kegusaran dalam hidup.
Ini mungkin satu kelemahan bagi aku kerana ‘misi’ yang aku cuba capai pun hampir goyah dek euforia yang membuatkan aku tidak peduli lagi dengan semua itu. Namun ku terus kuatkan semangat setelah kilasan wajah rakan-rakan blogger yang menjadi saksi tekad dan komitmen aku dulu muncul mengingati diri.
Ramadan nanti aku mungkin akan kembali ke Kuala Lumpur dan mungkin juga akan menyambut Raya pertama di sana. Rasa kurang manis pula jika hanya tinggal berdua saja dengan adik iparku di sini. Ibuku tiada ketika itu kerana menjalankan umrah di Tanah Suci sepanjang Ramadan. Beliau akan pulang mungkin pada Hari Raya ke dua. Jadi, aku di KL turut sebagai ‘standby’ menanti kepulangannya.
Inilah kali pertama aku bakal menyambut puasa dan Aidilfitri bersendirian, juga tahun pertama disambut tanpa Ayahandaku yang telah kembali ke Rahmatullah Februari lalu. Keghairahan pun rasanya tidak seperti rutin tahun-tahun lepas. Mungkin tahun ini aku hanya akan jalani sepertimana hari-hari biasa sahaja. Harap tiada elemen yang datang menggugat ketahanan emosiku.
I will survive.
Insya Allah…
July 27, 2009 at 10:38 PM
bro kg kat perak eh
kat ne 2?
coZ kg eazy pun d sane...
;D
July 27, 2009 at 10:52 PM
bro kat Lenggong.Eazy lak?
July 27, 2009 at 11:16 PM
kg ayah kat kuala kurau, perak
kg mak kat Selama, perak
bro tau?
July 27, 2009 at 11:50 PM
July 28, 2009 at 12:34 AM
slmat kembali kepangkuan jln bro...wakaka
eloklatu ramadan kt KL ek....de rejeki bleh le kita jumpa...hehehe
hope misi bro tu selesai copat ek...ekeke
p/s setia menanti dirimu...cewahhh!
July 28, 2009 at 12:49 AM
July 28, 2009 at 1:20 AM
hehe doa2kan ler gak misi bro cepat selesai..
Encik Arif:
thanks atas kata2 semangat itu. appreciate it :)
July 28, 2009 at 11:06 AM
p/s: aku seorg yg tidak tabah..owh
July 28, 2009 at 11:52 AM
July 28, 2009 at 12:13 PM
thanks..
p/s: wah awal2 dah akui, hehe
rizz:
InsyaAllah jika tiada aral..teringin..tapi...
July 28, 2009 at 4:50 PM
dr dulu terpikir2 org mn erk agknye incik corey neh,..
ehehe,.. selamat balik kg bro,..
July 28, 2009 at 4:52 PM
hehe akhirnya ketahuan juga yer..
thanks ayinn :)
July 28, 2009 at 8:11 PM
Mudah-mudahan ibunda corey selamat pergi dan selamat kembali.
July 28, 2009 at 8:56 PM
amin..
thanks chekde.
asalnya sy pun ingin ikut skali tp terbatal disebabkan aral menghalang. mungkin satu hari.
July 29, 2009 at 3:08 AM
July 30, 2009 at 12:41 AM
July 30, 2009 at 10:54 AM
aminnnn
suziey:
bkn stakat sedih malah melankoli :(.tu sbb nak anggap mcm hari2 biasa je tnpa pikir sgt.