Jika kalian ada membaca tentang “misi” rahsia aku selang satu entry di bawah pasti terbaca kenyataan yang aku telah menetapkan had sasar pada Oktober nanti untuk menamatkan misi tersebut dengan harapan dapat menghadiri dan seterusnya membuat penampilan pertama aku di majlis pernikahan seorang rakan blogger. Namanya eloklah dirahsiakan.
Namun kita sebagai insan biasa hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang punya takdir putus penentuan. Pelamin yang di angankan oleh rakan ku itu hanya tinggal impian sahaja kerana tanpa dijangka telah musnah sebelum sempat terbina. Walaupun aku tiada kaitan terus, impaknya turut ku rasai kerana matlamat dan sumber rangsangan misi aku turut terbantut. Malah menguatkan lagi fobia yang membelenggu diriku.
Sayu hati bilamana membaca luahan rasa beliau di yahoo messenger. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggungnya. Walaupun aku sedia maklum yang bekas jodohnya itu hanya pilihan ibu bapa namun jauh di sudut hati seorang wanita walau seteguh mana pun benteng pertahanan jiwanya, akan luluh juga dek penangan emosi.
Pilihan ibu bapa tidak bermakna beliau tidak perlu endah dan dengan pantas kembali jalani kehidupan seperti biasa kerana sebagai bakal pengantin sudah tentu menjadi watak utama lantas beliaulah orang pertama yang bakal menjadi bahan bisikan perlian, jelingan sinis dan spekulasi liar segelintir golongan masyarakat yang dahagakan drama hidup.
Tambahan pula mengikut perancangan awal, Majlis yang dirancang merupakan perkahwinan berkembar kerana adiknya juga akan diijabkabulkan pada hari yang sama. Ini antara sebab yang membuatkannya lebih terkilan.
Disebalik simpati, aku turut kagum dengan semangat tidak mementingkan diri yang mana beliau pula yang berasa bersalah, risau maruah keluarga akan tercemar dek tohmahan walhal beliaulah sebenarnya yang menjadi mangsa.
Beliau sanggup mengenepikan hak sendiri dengan menerima dengan pasrah lelaki pilihan ibu bapa walaupun hati budi bakal suaminya itu belum sempat diselami. Mungkin pada hematnya apa yang terbaik bagi ibu bapa, baik juga baginya.
Rakanku ini, biarpun pada lahiriah beliau tampak tegas lagi gah tetapi nilai murni seorang wanita melayu sejati yang pantang derhaka masih digenggam erat. Beliau juga redha dengan sikap bakal tunangannya yang mula mempamerkan kejengkelan. Segala kongkongan dan larangan lelaki tersebut diterimanya dengan akur.
Makan hati? sudah semestinya. Mahunya tidak…setiap wanita pasti impikan pasangan hidup yang sejiwa, yang dapat memberi sepenuh dorongan dan galakan atas minatnya serta memberi kebebasan untuk menjadi dirinya sendiri, bukan dengan lagak egois dan kongkongan tanpa belas. Dalam bahasa mudah, beliau mengharapkan seorang lelaki yang dapat menerima dirinya seadanya.
Tiada serangan balas, beliau hanya mampu memendam rasa dan terima saja semuanya dengan redha demi untuk menjaga hati bakal tunang/suami dan tidak rela menghancurkan harapan keluarga jika memberontak.
Namun aku percaya Tuhan sangat sayangkannya. Segala kepincangan dan rahsia sisi gelap lelaki tersebut yang disembunyi rapi selama ini akhirnya terbongkar jua. Barulah bapa kepada rakanku menyedari rupa-rupanya lelaki tersebut bukanlah bakal menantu kebanggaan yang ditatang selama ini.
Ibu bapa mana yang sanggup membiarkan anak daranya bersuamikan seorang lelaki banjingan?
Si bapa akhirnya mengambil keputusan nekad dengan membatalkan segala perancangan pertunangan dan pernikahan anak gadisnya dengan lelaki tersebut. Kemurnian dan keluhuran lebih penting dari pangkat dan harta.
Apa pun kepincangan lelaki tersebut tidak perlulah aku dedahkan di sini. Apa yang penting, syukur kerana kebenaran muncul diperingkat awal. Bayangkan jika semuanya sudah sah, sudah tentu perkahwinan tersebut bakal menjadi satu episod hidup yang amat tragis bagi rakanku.
Sebelum mengakhiri sesi luahan rasa, beliau pernah bertanya padaku bagaimanakah beliau harus hadapi tarikh-tarikh keramat yang sepatutnya menjadi hari bersejarah pertunangan dan pernikahannya itu? Semakin hari semakin dekat, risau beliau mungkin tewas dengan luluhan emosi. Beliau sebolehnya ingin cuba untuk melupakan terus tarikh-tarikh tersebut yang dianggapnya malang.
Jawabku…
Mulai tahun ini, jangan sesekali lupakan tarikh tersebut, Ingati! Raikan! Sambutlah dengan senyuman dan lafaz syukur ke hadrat Ilahi kerana beliau telah terselamat dari menjadi mangsa seorang lelaki rakus lagi dayus. Jika diteruskan juga perahwinan tersebut, sudah pasti tarikh itu bakal menjadi tarikh yang akan diratap sesal sepanjang hidupnya…
Tabah rakanku, tabah.
Bersabarlah. Percaya atas segala hikmah disebalik ujian getir ini…
July 20, 2009 at 8:55 PM
hope dia tabah and betul nasib baik semua tu dpt tau lebih awal .
;)
corey ni such a gd frnd lahh .
sentiasa ada di sisi kwn kwn yg memerlukan .
gd gd ;D
July 20, 2009 at 9:01 PM
.sep bek sumenye dpt di selamatkan sblum terlambat
July 20, 2009 at 9:50 PM
InsyaAllah jika ada buah fikiran yg mampu di kongsi dgn kawan corey sedia memberi, klu x berpeluang jumpa di luar, medium lain byk..online..sms :)
corey pun sometimes need someone to share gak if cant handle alone..
cik intan:
yea..alhamdulillah, Tuhan nak tunjuk :)
July 20, 2009 at 11:18 PM
hari dia 'terlepas' dr lelaki yg x baik. ada hikmah semua tu.
slm kat kwn awk..
July 21, 2009 at 1:28 AM
ya,embrace that day dgn penuh kesyukuran.
InsyaAllah, mungkin juga dia sedang membaca dan menjawab salam awk :)
July 21, 2009 at 7:38 AM
July 21, 2009 at 8:20 AM
p/s: pelamin anganku hanya angan-angan
July 21, 2009 at 9:36 AM
Semoge insan tersebut kuat tabah utk hadapi segala rintangan yg mgkn lg besar pd ms akn dtg..
hargai kehidupan dan famly.. =)
July 21, 2009 at 10:08 AM
ade hikmah atas segala yg berlaku..tuhan masih sayangkan beliau..
July 21, 2009 at 10:22 AM
July 21, 2009 at 11:00 AM
Sian plak ble tau citer nih..
Xpelah bro, klo bro take over pun Pojie n geng² sumer pasti hepi giler..
Hehehe
*wink*
July 21, 2009 at 11:28 AM
thanks ya.. nnt i ambik :)
zamdotcom:
semuanya telah ditakdirkan...
feez:
btul tu..tp ada gak kekadang seseorang yg baik dpt pasangan yg sebaliknya.maybe ditakdirkn utk jd pembimbing yg ke arah kebaikan
July 21, 2009 at 11:36 AM
mmg jelas nmpk prtolongan yg dtg utk insan yg bakal teraniaya
suziey:
sudah suratan.. mmg terkilan tp hikmahnya lebih besar.
pojie:
hehehe bro ikhlas dan simpati hanya sekadar seorang sahabat yg suka mengambil berat. nak consult di luar bro sentiasa ada aral,yg mampu thru on9 jela. lagipun bro belum sembuh lagi dari philophobia ni.
July 21, 2009 at 1:35 PM
July 21, 2009 at 1:55 PM
iyolah...hope kwn bro tu kembali spt sedia kala...
p/s tetiba de ayat weols plak ek...ekekeke
July 21, 2009 at 2:29 PM
hehe banjingan katanya ek..motif penulis terlebih emo dari org yg jd mangsa itu :P
July 21, 2009 at 3:36 PM
pelamin angan sy turut musnah.. everything yg dirancang hilang sekelip mata when my ex-bf getting married with other gurl.. konon nyer pilihan org tua...
July 21, 2009 at 7:08 PM
insyaAllah..
salam simpati buat awk juga..
mungkin satu hari jika sudi awk bleh share kisah duka tu dlm blog awk.