Posted on Thursday, July 23, 2009

Yasmin Ahmad passed out BUKAN passed away!

Beberapa jam yang lepas aku menerima khabar gempar yang pengarah tersohor, Yasmin Ahmad telah meninggal dunia. Terkejut tetapi sabar, tidak terus tergadah untuk mempercayainya dan menganggapnya hanya khabar angin selagi belum menerima sebarang makluman dari sumber yang boleh dipercayai.

Ternyata berita tersebut hanyalah salah faham. Beliau diberitakan koma selepas jatuh pengsan di Sri Pentas, lalu dikejarkan ke Pusat Pakar Perubatan Damansara. Khabar terbaru yang diterima, kondisi beliau kini semakin stabil.

Alhamdulillah.

Marilah kita sama-sama doakan semoga kesihatan beliau kembali pulih dan dikurniakan kekuatan bagi menghadapi dugaan ini.

Amin.

Aku kesal dengan pihak tidak sensitif yang awal-awal lagi telah membuat spekulasi tanpa menyelidiki lebih lanjut kesahihan fakta yang diterima.

Keji!

Tidak baik mempermainkan ajal sesorang walau sekritikal manapun kondisinya ketika itu. Selagi seseorang itu masih bernafas, mereka punya hak berjuang untuk terus hidup…


9 Responses to Yasmin Ahmad passed out BUKAN passed away!

  1. Pojiepooh Abdullah
    July 23, 2009 at 7:29 PM
    alhmdulillah beliau selamat..
    kalau tidak hilang lagi pertama dalam dunia seni tanah air kita..
  2. arifrusli
    July 23, 2009 at 7:40 PM
    they do not know the differences between passed out and passed away.
  3. Hezesuze
    July 23, 2009 at 7:50 PM
    Aku kesal dengan pihak tidak bertanggungjawab yang awal-awal lagi tanpa selidik telah memanipulasikan fakta sebenar.

    Keji!

    Tidak baik mempermainkan ajal sesorang walau sekritikal manapun kondisinya ketika itu. Selagi seseorang itu masih bernafas, mereka punya hak berjuang untuk terus hidup…

    * hanya mampu membisu
  4. Anonymous
    July 23, 2009 at 11:56 PM
    um kite sume doakan agar beliau kembali sihat seperti sediakala dan terus berkarya... ~
  5. ayien..
    July 24, 2009 at 12:11 AM
    nasib baik dia selamat
    i heart her so much
    sayang dia
    suka karya die
    memang best
    hidup aunty yasmin!!!!!
  6. Corey
    July 24, 2009 at 12:22 AM
    sama2 weols doakan yg kesejahteraan beliau. walaupun mungkin ada cerita yg kurg enak or ada yg kurang setuju dgn cara beliau, itu antara dia dgn Tuhan, kita sbg manusia perlu doakan yg terbaik utk insan lain.

    Heze, hehe knp membisu, alorr ayat tu bkn target heze lor...kan heze and org yg bgtau heze pun terpedaya sama oleh news x btul tu.. bukn ze yg mula..
    jgn sentap yer..kang bro berlalu sambil menyeret kasut dan mendelete blog lak ekeke
  7. farish izaryl @izreez
    July 24, 2009 at 11:24 AM
    rumorss kan bese la tu bro
  8. Suziey Ahmad
    July 24, 2009 at 11:26 AM
    yela..xbaik trus buat spekulasi camtu...org tu masih bernyaawa lagi..semga yasmin ahmad sembuh balik..
  9. watie wyyn
    July 24, 2009 at 11:33 AM
    weols pun terkezut gak... semoga dia cpt sembuh..sbb weols suka hasil seni dia..unik!