Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Posted on Friday, July 03, 2009

Buku Telah Tiba

Assalamualaikum

Lama juga rasanya tidak menulis di sini. Bukan kerana tiada bahan. Banyak. Tapi ilham untuk menulis seakan tiada. Mungkin disebabkan kebelakangan ini kapasiti minda aku telah banyak digunakan untuk satu projek yang sedang aku rancangkan. Projek apa? masih rahsia. Sabar.

Mujurlah ada penulis tetamu yang sudi mewarnai blog aku yang kian usang ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat Encik Rahman Hashim aka Eterna, Encik Mohd Subri aka B-boy dan Puan Heze Suze Abu Hasan aka Ezus Ezeh. Selepas ini kalian akan dapat membaca banyak lagi hasil nukilan mereka di blog ini. Nantikan.

Oh ya tentang tajuk di atas. Tadi semasa khusyuk berkuntum di alam maya aku dikejutkan oleh panggilan seseorang dari luar. Mulanya tidak endah tetapi makin kuat dan berbunyi namaku. Rupanya empat buku yang aku order dari MPHonline telah tiba. Entah ada atau tidak masa dapatku peruntukkan untuk membaca buku-buku ini.

Empat buku yang aku order itu adalah:

  1. Lucky Bastard! : “ How one 25-Year-Old Makes A Six-Figure Income…Working Four Hours A Day from Home!”, by Adam Wong.
  2. Skinny Bastard: “ A Kick-in-the Ass for Real Men Who Want to Stop Being Fat And Start Getting Buff ”, by Rory Freedman and Kim Barnouin.
  3. Jangan Main-Main: Buku motivasi tentang semangat, daya tahan, daya juang membangunkan minda, kepimpinan dan sebagainya, oleh Dr. HM Tuah Iskandar.
  4. Resipi Bonda: Koleksi resipi tradisional melayu oleh Allahyarhamah Hajjah Teh Mohd Hassan yang dibukukan oleh anaknya, Dato’ Syed Munshe Afzaruddin, Duta Besar Malaysia ke Republik Islam Iran.

Tiga daripada buku-buku tersebut merupakan buku self-help dan motivasi. Hanya satu saja buku resipi. Hehe memang aku minat memasak sendiri di rumah. Memasak bagaikan satu terapi bagi aku.

Jika ada kelapangan nanti akan aku buat ulasan penuh berkenaan buku-buku di atas. Itupun jika berjaya aku habiskan dalam masa terdekat ini..

;)