Anti Earth Hour?
Aku kira ramai yang telah berikrar untuk turut serta dalam kempen Earth Hour. Ramai juga yang aku lihat gigih mempromosinya di blog mereka. Malah aku agak lagi ramai yang menyertainya hanya kerana kiasu - tidak mahu ketinggalan dari hype semasa ini.
Aku tidak mahu bercerita tentang sejarah 60 Earth Hour ini kerana tentu ramai yang telah tahu asal usulnya.
Juga, dengan tajuk di atas tidak semestinya aku akan boikot sekerasnya kempen ini. Entry ini hanyalah pandangan dari sudut berbeza. Setiap satu perancangan manusia itu tidak semestinya kita patut ikut melulu bukan? kita bebas untuk menyelidiki dan keluarkan pendapat pro atau cons tentang sesuatu isu itu.
Jika ada yang tidak bersetuju dengan Anti Earth Hour ini aku hargai dan tidak akan berkeras untuk mempertahankannya kerana itu hak semua. Mungkin ramai yang akan berkata “Kalau tak suka baik diam”. Well, Aku juga ada hak untuk menyuarakan pendapat dan pandangan aku. Inilah fungsi blog di mana setiap orang bebas berkongsi dan meluahkan rasa mereka.
Aku cintakan bumi, malah theme blog ini aku pilih green kerana sukakan alam kehijauan. Apa yang aku kurang gemar adalah hype melampau yang tiada basis kukuh dan hanya menguntungkan golongan tertentu.
Jika memadamkan lampu untuk menjimatkan tenaga memang telah lama aku praktikkan hari-hari, malah di tempatku memang kerap berlaku black out. Jadi aku tidak perlukan hype simbolik ini kerana semua ini telah jadi rutin kami.
Tahukah anda yang global warming yang diwar-warkan hanyalah mitos, propaganda dan konspirasi digunakan pihak tertentu, salah seorangnya bekas naib presiden amerika, Al Gore untuk kepentingan kroni Illuminati dan Freemason mereka?
Mitos Global Warming
Dalam artikel ulasan dokumentari “The Great Global Warming Swindle” oleh S. Fred Singer, seorang Atmospheric Physicist menyatakan:
Al Gore’s An Inconvenient Truth has met its match: a devastating documentary recently shown on British television, which has now been viewed by millions of people on the Internet. Despite its flamboyant title, The Great Global Warming Swindle is based on sound science and interviews with real climate scientists, including me. An Inconvenient Truth, on the other hand, is mostly an emotional presentation from a single politician.
The scientific arguments presented in The Great Global Warming Swindle can be stated quite briefly:
1. There is no proof that the current warming is caused by the rise of greenhouse gases from human activity. Ice core records from the past 650,000 years show that temperature increases have preceded—not resulted from—increases in CO2 by hundreds of years, suggesting that the warming of the oceans is an important source of the rise in atmospheric CO2. As the dominant greenhouse gas, water vapour is far, far more important than CO2. Dire predictions of future warming are based almost entirely on computer climate models, yet these models do not accurately understand the role or water vapor—and, in any case, water vapor is not within our control. Plus, computer models cannot account for the observed cooling of much of the past century (1940–75), nor for the observed patterns of warming—what we call the “fingerprints.” For example, the Antarctic is cooling while models predict warming. And where the models call for the middle atmosphere to warm faster than the surface, the observations show the exact opposite.
The best evidence supporting natural causes of temperature fluctuations are the changes in cloudiness, which correspond strongly with regular variations in solar activity. The current warming is likely part of a natural cycle of climate warming and cooling that’s been traced back almost a million years. It accounts for the Medieval Warm Period around 1100 A.D., when the Vikings settled Greenland and grew crops, and the Little Ice Age, from about 1400 to 1850 A.D., which brought severe winters and cold summers to Europe, with failed harvests, starvation, disease, and general misery. Attempts have been made to claim that the current warming is “unusual” using spurious analysis of tree rings and other proxy data. Advocates have tried to deny the existence of these historic climate swings and claim that the current warming is "unusual" by using spurious analysis of tree rings and other proxy data, resulting in the famous “hockey–stick” temperature graph. The hockey-stick graph has now been thoroughly discredited.
2. If the cause of warming is mostly natural, then there is little we can do about it. We cannot control the inconstant sun, the likely origin of most climate variability. None of the schemes for greenhouse gas reduction currently bandied about will do any good; they are all irrelevant, useless, and wildly expensive:
• Control of CO2 emissions, whether by rationing or elaborate cap–and–trade schemes
• Uneconomic “alternative” energy, such as ethanol and the impractical “hydrogen economy”
• Massive installations of wind turbines and solar collectors
• Proposed projects for the sequestration of CO2 from smokestacks or even from the atmosphere
Ironically, even if CO2 were responsible for the observed warming trend, all these schemes would be ineffective—unless we could persuade every nation, including China, to cut fuel use by 80 percent!
3. Finally, no one can show that a warmer climate would produce negative impacts overall. The much–feared rise in sea levels does not seem to depend on short–term temperature changes, as the rate of sea–level increases has been steady since the last ice age, 10,000 years ago. In fact, many economists argue that the opposite is more likely—that warming produces a net benefit, that it increases incomes and standards of living. Why do we assume that the present climate is the optimum? Surely, the chance of this must be vanishingly small, and the economic history of past climate warmings bear this out.
But the main message of The Great Global Warming Swindle is much broader. Why should we devote our scarce resources to what is essentially a non–problem, and ignore the real problems the world faces: hunger, disease, denial of human rights—not to mention the threats of terrorism and nuclear wars? And are we really prepared to deal with natural disasters; pandemics that can wipe out most of the human race, or even the impact of an asteroid, such as the one that wiped out the dinosaurs? Yet politicians and the elites throughout much of the world prefer to squander our limited resources to fashionable issues, rather than concentrate on real problems. Just consider the scary predictions emanating from supposedly responsible world figures: the chief scientist of Great Britain tells us that unless we insulate our houses and use more efficient light bulbs, the Antarctic will be the only habitable continent by 2100, with a few surviving breeding couples propagating the human race. Seriously!
I imagine that in the not–too–distant future all the hype will have died down, particularly if the climate should decide to cool—as it did during much of the past century; we should take note here that it has not warmed since 1998. Future generations will look back on the current madness and wonder what it was all about. They will have movies like An Inconvenient Truth and documentaries like The Great Global Warming Swindle to remind them.
Senarai link hujah-hujah tentang mitos global warming dan lain-lain link berkenaan Anti Earth hour ini anda boleh dapatkan di akhir entry ini. Maaf kerana aku tidak mampu dan tiada masa untuk menterjemahkannya kerana kesuntukkan masa. Juga kerana tidak gemar entry ini nanti menjadi ekstra berjela panjangnya.
Pembakaran Lilin
Tentu ramai yang berimaginasi dan merancang mahu menyalakan lilin ketika event Earth Hour ini nanti. Langkah ini tidak efisyen.
Ya lilin sangat romantik, sangat syahdu dalam kegelapan tapi sedarkah kalian bahawa kebanyakan lilin diperbuat dari hydrocarbon.Pembakaran lilin menyumbang greenhouse gas dan carbon dioxide berlebihan melebihi dari penggunaan lampu elektrik yang ditutup itu sendiri.
Bayangkan ribuan, malah jutaan manusia menyalakan lilin ketika beramai-ramai merayakan simbolik ini, berapa banyak gas yang mencemarkan telah dirembes keluar walhal tujuan asal mahu menyelamatkan bumi.
Fikirkan...
Sumber-sumber:
http://www.catallaxyfiles.com/blog/?p=3483
http://enochthered.wordpress.com/2008/03/31/earth-hour-candles-and-carbon/
http://www.samanthaburns.com/2009/03/19/anti-earth-hour-is-approaching/
http://nebuchadnezzarwoollyd.blogspot.com/2008/03/earth-hour-60-minute-gimmicks.html
http://timblair.net/ee/index.php/weblog/hour_of_power1/
Trauma Cinta Pertama – Part 3
Aku selama beberapa lama cuba untuk tidak menyelami atau bercerita tentang pengalaman cinta ini. Bukan kerana menghindari melankolia tetapi malu jika semua tahu betapa dungunya aku dahulu setelah terlalu obses menghambakan diri pada cinta ini. Banyak tindakan bodoh dan psycho telahku lakukan yang kurasakan terlalu over demi untuk menyelamatkan cinta yang menyakitkan ini.
Berbalik pada kisah, akhirnya setelah beberapa kali ku desak dia mengaku yang cintanya padaku sudah tiada dan mahu memutuskan perhubungan. Kenyataan itu bagai satu gempa yang maha hebat menggegar aku.
Aku seperti tidak percaya. Dia yang memulakan kenapa dia juga yang menamatkan cinta ini. Dia yang bertanggungjawab merubah diri aku menjadi seorang pencinta dari seorang yang naif dan suci dari cela cinta. Aku tidak dapat menerima hakikat perpisahan ini. Tidak sanggup!
Alasannya dia lemas dengan caraku yang terlalu mengambil berat padanya dan selalu bersamanya. Dia rimas, tidak bebas dan rasa terkongkong. Mungkin salahku juga terlalu obses padanya.
Aku sedar ini dan cuba memunjuknya berkali-kali sehingga melupakan ego seorang lelaki dengan menangis di depannya dan teman-teman sekerja. Aku berjanji mahu berubah asalkan dia memberiku peluang kedua.
Kerja pun terganggu, prestasi merundum dan berkali diberi amaran kerana semasa kerja aku menyalahgunakan sistem telekomunikasi tempat kerja untuk berconference peribadi dengannya demi memujuknya. Perbualan kami pasti didengari kerana supervisors dapat tap setiap panggilan. Aku tidak peduli. Misi menyelamatkan cinta bagiku ketika itu lebih penting dari segalanya. Cinta itu telah sebati menguasaiku. Aku desperate!
Aku turut meminta bantuan kakak-kakak yang lebih senior dari kami untuk membantuku memujuknya tetapi gagal malah kakak-kakak itu pun turut mengkhianatiku dengan menyebelahi gadis itu serta turut memusuhiku setelah dia meluahkan isi hatinya pada mereka.
Sekarang aku sudah tiada sesiapa lagi. Semua telah membelakangi aku. Tempat itu sajalah duniaku pada ketika itu oleh kerana aku baru sahaja berhijrah ke kota dan tiada lagi rangkaian sosial yang kukuh.
Setelah puas berusaha menyakininya dan gagal aku akhirnya mengalah dan sedia melepaskannya asalkan kami masih boleh berkawan. Dia pula berkata yang dia mahu bersendiri dan berehat dari cinta akibat sudah serik. Aku terima alasan itu. Aku juga ingin semuanya kembali seperti sediakala agar aku dapat kembali berdiri memulihkan imej, reputasi dan prestasiku.
Aku akan terus terima hakikat itu dan kembali normal jika dia betul-betul ikhlas dengan pendiriannya. Ternyata apa yang aku syak dan sangsikan benar belaka. Dia ada agenda lain.
Oops!. Maaf kerana terpaksa menyambung konklusi pengalaman ini di Part 4 disebabkan aku harus menyahut lambaian komitmen duniawi.
Trauma Cinta Pertama - Part 2
Gadis itu aku kenali semasa diterima bekerja di sebuah syarikat telekomunakasi selepas tamat SPM. Kumpulan kami merupakan pioneer untuk sebuah department yang ketika itu yang bertempat di sebuah taman perindustrian di Shah Alam.
Semasa sesi orientasi dan latihan tiada apa-apa perasaan yang timbul. Dia pula tidaklah terlalu cantik dan tidak pula sebaliknya. Sedang-sedang sahaja.
Setelah mula bekerja sedikit demi sedikit perasaan itu muncul. Ini mungkin disebabkan dia selalu mendampingiku dan mengambil berat padaku. Disamping teman-teman sekerja yang kerapkali mengendengkan kami.
Dengan erti kata lain aku tidak memulakan perhubungan itu. Aku masih naif dan innocent. Maklumlah budak kampung yang baru berhijrah ke bandar.
Lama-kelamaan perasaan berbunga muncul dalam diriku. Aku tidak pernah mengalami perasaan sebegini indah. Semasa sekolah dahulu bukannya aku tidak pernah bercinta tetapi hanyalah cinta monyet yang bagiku sekadar picisan, tiada makna. Kali ini aku rasakan berlainan sekali. Lalu aku sedari aku telah jatuh cinta. My real first love.
Ia datang secara semulajadi. Entah bagaimana aku dah pandai pula berjiwang. Sekarang bagiku hanya dialah gadis yang paling cantik di dunia. Segala-gala tentangnya baik dan manis belaka. Seluruh jiwa dan perasaan ku serahkan padanya sehingga tiada satu pun ku simpan untuk diri sendiri. Hanya dia yang paling penting dan berharga dalam dunia.
Ini mungkin salah satu kesilapanku..menyayangi orang lain lebih dari diri sendiri. Sehinggakan aku rasakan seolah dia pelengkap diriku. Aku rasa incomplete tanpanya. Jika dia tidak bersamaku aku lebih rela tidak keluar, hanya memerap di rumah. Hidupku tidak lagi kujalani sepertimana aku solo dahulu. Begitu setia hinggakan tidak pandang, tidak fikir dan tiada gelora nafsu langsung pada gadis lain walau secantik manapun mereka.
Aku mula serius merancang masa depan. Sudah nekad mahu dia bertakhta menjadi permaisuri hidupku. Aku telah bercerita tentangnya pada ibu bapaku dan aku sudah merancang mahu melamarnya paling lewat pun ketika aku berumur 23tahun. Begitu cheesy sehinggakan nama-nama anak pun kami sudah rancang.
Cintaku padanya tidak pernah luntur walau seketika. Malah semakin mekar dari hari ke hari. Seluruh jiwa telahku serahkan. Tetapi mungkin tidak baginya. Lama kelamaan aku berasa kelainaan. Terasa rembesan kedinginan dari dirinya. Namun masih tidak ku jangka yang cinta yang ku tatang di ambang kemusnahan. Aku masih lagi bersangka baik.
Nantikan Part 3 coretan tentang bagaimana semuanya berakhir.
To be continued...
Tag dari Rizz
Tag kali ni aku terima dari Abe Rizz kita. Terima kasih juga sebab dapat juga aku jadikan filler post sebelum aku teruskan dengan Part 2 Trauma Cinta Pertama yang masih tertangguh. Menarik juga tag kali ni:
List 10 of your favorite LOVE songs and tell me the reason u like it..Heartbreak love songs can also counts.WARNING!!!!!!!!!! LOVE SONG,OKAY..p/s: and count it backwards like 10,9,8...because I think it's fun to read that way.
10
Can’t Live (If living is without you)- Mariah Carey
Lagu ni antara all time favorite aku. Selalu diulang-ulang sampai aku hafal setiap lenggok. Entah mengapa lagu ni begitu menyusuk kalbu sampai aku ternangis walaupun ketika itu aku belum lagi bercinta.
9
I’m All Out of Love – Air Supply
Juga antara lagu yang menusuk kalbu aku. Antara lagu tema semasa tengah asyik bercinta.
8
Munajat Cinta – The Rock
Lagu yang penuh makna dan syahdu dimana ia adalah satu doa dari seorang insan kesunyian yang berharap Tuhan dapat mengurniakannya seorang kekasih yang baik hati yang dapat menyintainya seadanya.
7
Selalu mengalah – Seventeen
Current favorite 1. Nice tune dan lirik yang penuh makna bagi aku.
6
Bila Rasaku ini Rasamu – Kerispatih
Current favorite 2. Melodi yang bagus. Juga lirik yang penuh makna.
5
Nikki – Cinta
Current favorite 3. Lagu dan lirik yang sangat marvelous. Dengan suara Nikki yang rich and classy. Boleh jadi my all time favorite malay song.
4
Yovie & Nuno – Menjaga Hati
Salah satu lagu kegemaran. Lirik yang juga penuh makna.
3
Kenangan Terindah – Samson
Lagu yang membuat aku mengimbau kenangan silam. Aku suka tune uplifting lagu ini.
2
Januari – Glenn Fredly
Salah satu all time favorite indonesian/malay song. Juga dengan tune uplifting yang ku gemari.
1
Father & Son – Ronan Keating feat Yusuf Islam
Ini boleh dikatakan lagu cinta juga. Cinta antara seorang bapa pada anaknya. Liriknya seolah perbualan/nasihat bapa yang telah berumur dan berpengalaman pada anaknya yang masih muda dan naif dalam menempuh hidup yang penuh pancaroba.
Banyak lagi sebenarnya lagu-lagu tema cinta yang menjadi kegemaran aku. Lagu-lagu di atas hanyalah lagu-lagu yang aku terfikir secara spontan dan susun secara rawak.
Tag ini aku serahkan pada sesiapa yang sudi.
Trauma Cinta Pertama – Part 1
Cinta pertama sememangnya satu pengalaman yang tidak mudah dilupakan oleh majoriti dari kita. Rasanya ramai yang mengenang cinta pertama sebagai salah satu episod indah dalam hidup mereka.
Tidak bagi aku.
Cinta pertama bagi aku satu pengalaman yang telah merubah hidupku selamanya. Aku menjadi philophobia akibat dari cinta pertama ini. Traumanya masih dirasai sehingga kini. Aku memang secara hakiki seorang yang suka mengambil berat dan intim pada semua orang. Ramai yang menyalahertikan kemesraan yang aku tunjukkan seolah memberi hint yang aku meminati mereka.
Kekadang aku terpaksa back off dari hidup seseorang jika dia mula menunjukkan minat ingin menjadikanku lebih dari seorang kawan. Tetapi aku akan cuba dahulu berdiplomasi dengan cara berbincang dari hati ke hati dengannya supaya dia memahamiku.
Jika dia masih tidak dapat menerima hakikat aku terpaksa mengambil langkah drastik cuba membuatnya melupakanku atau paling ekstrim membenciku. Dengan cara ini aku telah menyelamatkannya dari menjadi mangsa cinta yang tidak pasti dia dapat kecapi dariku. Ramai lagi lelaki lain yang aku kira mampu membahagiakannya dengan cinta sejati.
Bukan aku menolak jodoh tetapi aku masih belum bersedia dan masih gentar untuk memulakan level baru dalam hidup yakni alam perkahwinan. Aku risau jika aku tidak ikhlas dalam perhubungan tersebut dengan menerima cinta atas dasar menjaga hati orang lain. Aku tidak mahu satu hari aku dipersalahkan jika cinta itu hancur di tengah jalan. Dari menyeksa hati, perasaan dan harapan orang lain lebih baik aku sendiri...
Berbalik pada cinta pertama tadi..aku akan ceritakan bagaimana semuanya bermula..
Nantikan Part 2 coretan tentang trauma cinta pertama yang telah menjadikanku seorang manusia yang gentar pada cinta.
To be continued...
......................................
Selamat Tinggal Ayahanda
Allahyarham ayahku telah selamat disemadikan selepas zohor semalam. Alhamdulillah semuanya terlaksana dengan sempurna. Penghargaan kepada semua teman-teman yang sudi mendoakan kesejahteraan Allahyarham dan memberi kata-kata semangat pada aku. Hanya Allah yang dapat membalas budi kalian. Terima kasih.
Hari ni setelah analisis diri baru aku faham kenapa aku tidak langsung menangis semalam. Ya aku sebak, sedih, mahu luahkan tetapi air mata enggan keluar. Ini mungkin disebabkan aku telah bersedia secara mental dan emosi. Sudah lama aku jangkakan ini pasti terjadi dalam hidup aku di mana ibuku akan mengejutkanku memberitahu ayahku telah tiada. Hiba rasa bila melihat sekujur tubuh kaku, sejuk tanpa helaan nyawa sambil menyabarkan ibuku yang masih belum yakin suaminya telah pergi menemui Ilahi.
Sebelum ini aku seperti sudah rasakan yang ajalnya telah dekat melihatkan tanda-tanda pada fizikal dan kelakuannya. Kesihatannya tidak berubah walaupun telah discharged dari hospital. Bermacam ikhtiar telah dicuba namun tiada perubahan.
Walau lemah arwah tetap cuba menggagahi diri berdikari kerana tidak mahu menyusahkan orang lain. Arwah tetap mahu duduk bersama keluarga, sama-sama ketawa dan bergossip semasa menonton Tirai AF7 walaupun beberapa jam sebelum itu mengadu sakit dada dan pedih ulu hati. Arwah berkeras menyatakan jangan risau, beliau tidak apa-apa.
Sebelum aku melangkah masuk tidur tidakku sangka wajahnya yang ku tatap adalah kali terakhir bernyawa.Aku bersyukur kerana arwah pergi ketika tidur dalam aman tanpa melalui azab.
Tanpaku paksa dan sedar titisan air mata pertama menitis semasa menaip entry ini. Semoga aku ada kekuatan untuk terus blogging kerana imej-imej syahdu sepanjang hari semalam masih memenuhi minda. Namun begitu aku tetap redha dengan pemergiannya.
Selamat tinggal Ayahanda. Nantikan ku di sana...
Ayahku telah kembali ke Rahmatullah
Innalillahi wainna ilaihirajiun
Pada awal pagi tadi Ayahanda saya telah kembali ke Rahmatullah di dalam tidurnya.
Kepada semua teman-teman diharap dapat bersama-sama saya doakan kesejahteraan rohnya.
Al-Fatihah
Salam Maulidur Rasul
Assalamualaikum..
Seperti yang kita semua maklum 12 Rabiul Awal yang tahun 2009 ini jatuh pada 9 Mac merupakan Hari keputeraan junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Ucapan Salam Maulud ini saya tujukan kepada semua teman bloggers dan para pengunjung yang beragama Islam.
Semoga dengan memperingati hari ini akan memperkukuhkan lagi semangat kecintaan kita pada Rasulullah. Sama-sama kita kenang dan ambil iktibar dari sejarah perjuangan Baginda.
Semoga kita semua mendapat kap ba ro kap alif ta nun. Keberkatan.
InsyaAllah.
"maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung."
Al-Araf: 157
Selamat Hari Wanita Sedunia
Tadi aku ziarah blog aWeKCLunK. Baru aku sedar hari ni, 8 mac adalah Hari Wanita Sedunia. Terima kasih Haliza atas inspirasi ini!
Oleh itu, dikesempatan ini sebelum 8 mac berlalu aku ingin ucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita, perempuan dan gadis yang pernah, sedang dan akan aku kenali dalam hidupku. Tak kira samaada yang pernah dan bakal meluka atau menceriakanku.
Semua aku hargai kerana tanpa kalian mungkin aku masih naif. Pahit, manis yang aku kecapi dari kalian mendewasakan aku. Terima kasih!
Dan anugerah utama Hari Wanita ini aku serahkan pada Ibu ku, Hajah Hamidah bte Che Man yang selama berpuluh tahun berkorban dengan penuh ikhlas dan sukarela dalam membesarkanku dan empat lagi anak-anaknya. Memang sungguh besar jasa dan budi yang telah dicurahkan sampaikan aku rasa seolah tidak mampu membalasnya. Semoga kami dipanjangkan umur untukku terus membahagiakannya dan untuknya terus merasa siraman kebahagiaan dariku.
Mak.. you are my Superwoman. The greatest one.
Aku tidak mungkin dapat membenci seorang yang berjantina wanita walau sekejam mana seorang wanita itu menyiksaku.
Semuanya disebabkan Ibuku juga seorang wanita..
p.s- Lawati blog aWeKCLunK a.k.a Haliza di sini untuk puisi dedikasi buat para wanita.
Memburu mood di Lata Kekabu
Buntu! itu yang aku alami sejak semalam. Barangkali disebabkan selalu terperap dalam rumah. Terfikir pula nak jelajahi pelusuk kampung ku. Lagipun Sudah lama rasanya aku tidak pusing-pusing sekitar Lenggong ni.
Destinasi yang aku tuju ialah Lata Kekabu, Taman rekreasi perkelahan yang terkenal di sini. Mungkin dengan melihat keindahan alam dan menghirup udara segar dapat mengembalikan mood ku.
Agak lama juga tidak ke sini. Dahulu memang menjadi port ponteng budak-budak sekolahku. Juga port maduan asmara pasangan remaja yang sedang aktif merembes hormon.
Tiba saja di sana cuaca makin mendung seperti mencemburuiku. Tak dapatlah nak bersantai lebih lama. Dalam perjalanan pulang hujan turun dengan lebatnya beserta petir dan guruh. Kelam kabut aku mahu sampai ke rumah risau takut laptop dan router disambar kilat lagi. Terlupa pula nak cabut cable. Nasib baik tak jadi apa-apa. Lega!
Berikut adalah rentetan gambar-gambar yang sempat aku rakamkan di sepanjang perjalanan pergi, di lokasi dan perjalanan pulang. Klik gambar tersebut untuk paparan lebih besar dan jelas.
Aku akan kembali lagi satu hari untuk review dan gambar yang lebih lengkap dan menarik tentang tempat ini. Terfikir pula mahu membuat satu blog khas tentang lokasi-lokasi menarik di Lenggong ni. Ramai yang mungkin belum mengetahui yang di sini banyak tempat-tempat riadah, rekreasi, pengembaraan, sejarah dan arkeologi yang terkenal. Sila google "Lenggong" untuk maklumat lebih meluas.
Konklusi moodku setelah pulang ke rumah..
Masih buntu.
Tolong!
| |
Aku mangsa cabulan emosi
Aku sangkakan aku sudah cukup memahami perempuan.
Rupa-rupanya ternyata meleset! cuma disebabkan wujudnya seorang perempuan dengan sifat unik yang buat aku keliru dan pilu. Aku berasa seolah emosi aku sedang dicabul, didera dan dikhianati tanpa belas.
Tiada pernah terlintas langsung suatu hari seorang perempuan yang kukenali selama tiga tahun dan selalu ku tatang dan sokong setiap kali dia tergadah dalam percaturan hidup dan hubungan akhirnya merobek emosi aku sebegini.
Kami tiada apa-apa hubungan intim atau dengan erti kata lain bukanlah pasangan kekasih. Cuma sahabat online dan teman gosip. Disebabkan jarak umur yang jauh berbeza aku juga mengasihi dia sebagai seorang adik.
Tetapi baru-baru ini aku dapati dia tiba-tiba berubah. Tidak lagi ghairah melayaniku dalam ym, kadangkala langsung tidak online (atau invi), blognya didelete, kemudian dibukanya pula blog baru yang lebih serius tetapi kandungan entry yang selalu diedit dan dibuang.
Aku hairan tetapi masih tidak menyangka aku menjadi salah satu punca. Aku bersangka baik ,mungkin dia hanya perlu masa sendiri dan hanya gangguan emosi sementara yang biasa dialaminya sebelum ni. Aku cuba menegur tetapi dapat rasakan kedinginan menerpa.
Akhirnya dia luahkan dalam blognya tentang kecemburuannya apabila ada melihat mesej shoutmix perbualan aku dengan seorang temanku yang mana teman itu memanggilku 'syg' dan aku membalas 'hun' sebagai ganti namanya. Teman itu sudah kukenali lebih lama dari perempuan itu dan kami memang rapat.
Terkedu aku. Perkataan itu bagi aku normal dan flirty. Juga aku difahamkan yang dia turut cemburu apabila aku bergurau secara flirty dalam mesej komen blog sahabatnya.
Aku kaget kenapa dia terasa. Adakah aku kekasihnya? Tidak. Bercinta jauh sekali. Kalau benar pun aku sudah tidak philophobia dan mahu bercinta kembali dengan sesiapa pun adakah itu salah? adakah itu bermakna aku mengkhianatinya dan tidak boleh lagi meneruskan persahabatan dengannya?
Adakah aku tidak bebas mengekspresi apa saja yang aku kehendaki semata-mata perlu menjaga hatinya. Aku tak faham. Walhal aku pun pernah malah selalu flirty dengannya. Dia of all people yang sepatutnya memahami dan tau cara aku dan tidak prasangka. Aku tidak terasa hati pun malah redha bila acapkali dia melupakanku tatkala sedang asyik dengan idola, teman dan abang-abang angkatnya yang lain.
Timbul juga rasa tidak adil kerana dia bebas berbuat apa saja. Dia bebas flirt dan intim dengan sesiapa saja yang dia ingini tetapi bila aku yang hanya mengucapkan 'hun' dan gurauan flirty dengan orang lain.. dia boleh pula terasa dan sensitif. Adakah aku perlukan permisi untuk berkawan dengan orang lain selainnya? Apa aku tak layak berkawan ramai?
Kenapa aku? apa salah aku? itu yang selalu bermain dalam diri aku sehingga sekarang. Setelah aku cuba tegur, menasihati dan memberi pandanganku dia lantas menghilang. Blognya didelete (atau mungkin buka yang baru). Tidak lagi follow blogku (tetapi masih kekal follow blog-blog orang lain).
Ini menunjukkan aku seolah bersalah padanya. Padahal hakikat sebenar akulah mangsa keadaan. Aku cuma menjadi aku. Adakah itu salah? Adakah dia berasa dirinya sempurna dan maksum, bebas berbuat apa saja, boleh memiliki semua yang dia inginkan tetapi jika orang lain berbuat perkara yang sama tidak boleh sama sekali.
Ini tidak adil!
Memang ini semua di luar jangkaan aku. Memang sejak mengenali dia aku tidak sangka persahabatan akan berakhir begini. Aku pernah mendengar kisah darinya perihal insan-insan yang telah dibuang dari hidupnya..
..Tidak ku sangka kini aku menjadi salah seorang dari mereka..
Sedih.