Yang aku kesalkan aku baru saja terdetik mahu berhenti kejap hingga hujan reda. Saat tu juga aku rasa macam renjatan letrik dari keyboard masuk ke tangan aku. Terjerit aku akibat refeksi. Tak sakit. Cuma rasa sensasi kejutan.
Bulu roma meremang.
Gigi dan gusi kebas. Telinga berdesing.
Otak macam blur/pening-pening lalat.
Terus aku off laptop.Off modem.Cabut all plug.
Bila hujan dah stop aku on balik laptop.Nampak fine. Bila turn on ADSL modem aku LAN lights tak menyala..aku dah agak dah. Lantas aku call streamyx hotline mudah-mudahan dapat replacement modem tapi hampa sebab warranty sudah tamat tempoh.
Sekarang ni aku sedang online di cyber cafe. Ingat tadi nak survey ADSL modem kat kedai komputer tapi tutup lak. Sedih.
So singgah dulu CC ingat nak sambung entry tertangguh tadi.Tapi CC ni pun satu hal. Slow. Pulak tu tak boleh view certain widgets in my blog termasuk shoutmix.
Nampaknya aku terpaksa cut short sesi aku kat CC ni akibat tiada kepuasan. Bising. Hilang mood. Bila dah beli modem baru nanti aku akan sambung kembali entry tersebut.
Jiwa kacau.
Update 27/2/2009:
Aku telah membeli ADSL modem/router baru pagi tadi. Ingatkan episod bahagia akan menjelang rupa-rupanya setelah gigih memasang dan menginstall modem masih tidak dapat LAN/Internet connection. Setelah bermacam diagnosis, aku mendapat konklusi:
MOTHERBOARD laptopku turut menjadi mangsa kilat itu. ADUH! *tepuk dahi*
Maka berakhirlah riyawat laptop Asus kesayangan ku yang berumur 1 tahun setengah itu. Ia akan menjadi tempat penyimpanan fail sajalah lepas ini. Aku difahamkan kalau nak replace baru bagi sebuah laptop adalah tidak praktikal.
Maka..
Sesiapa antara kawan-kawan ada lubang laptop atau PC dengan harga berpatutan tapi dengan specs yang bagus sila inform saya yang malang ini seberapa segera. Hidupku tidak bermakna tanpa internet.
Sekarang ni aku mengakses internet dari CC setelah berapa lama menanti giliran pc dari budak-budak yang tidak jemu-jemu bermain games yang bingit itu.
Tinggal harapan jelah kalau aku nak buat entry dari CC ni. Pening. Seksa jiwa raga.
Semoga ketemu kembali bila aku sudah membeli laptop/pc baru nanti.