Posted on Thursday, February 12, 2009

Tanda dilamun cinta a.k.a sedang ANGAU!



I have Philophobia tapi tak bermakna aku tak pernah bercinta. Aku tau dah faham macam mana syoknya be in love. Sesuatu yang aku tak pasti dapat mengalaminya lagi atau tidak setelah 15 tahun hatiku hilang.

Jatuh cinta pada seseorang memang satu pengalaman yang indah. Bagi yang belum pernah bercinta mungkin perasaan ini agak mengelirukan terutama pada remaja yang baru baligh dan mula aktif hormonnya.

Selalunya mereka akan berasa pelik kenapa bilamana memandang one particular person tu hatinya akan berdegup kencang, terasa semacam butterfly in the stomach, muka akan jadi berbahang dan bermacam lagi reaksi. Setiap orang pernah dan akan mengalami situasi sebegini dalam hidup.

Juga tak terkecuali perasaan marah dan cemburu yang maha hebat bila didapati ada orang lain cuba merapati orang yang kita admire. Kita terasa seolah hanya kita saja yang berhak memiliki dia, orang lain tak boleh kacau.

Setiap orang yang cuba merapati dia kita rasakan seolah dia mempunyai agenda mahu merampas dia dari kita. Dengan erti kata lain kita menjadi seolah gila atau lebih tepat lagi paranoid bila sedang dilamun cinta walaupun kadang2 orang yang kita admire tu tiada perasaan atau tidak tahu pun yang kita meminatinya.
Ini yang dinamakan angau!

Berikut adalah antara 10 tanda anda sedang dilamun cinta atau sedang ANGAU:

1. Anda memikirkan tentang si dia sepanjang masa. Can't get him/her out of your mind.

2. Semua benda mengingatkan anda tentang si dia. Macam dengar lagu jiwang2 automatic akan terbayangkan si dia.

3. Jika akan ambil berat akan si dia melebihi orang lain dan diri anda sendiri. Risau yang tak logik sometimes.

4. Anda mula jadi self concious. Mula risau jika penampilan atau fizikal anda tidak menepati citarasa si dia.

5. Anda akan berbuat apa saja untuk menawan atau impress si dia. Contohnya diet atau exercise untuk kelihatan langsing dan sexy.

6. Anda sangat gigih untuk tahu luar dalam tentang diri si dia. Sanggup stalk atau check everything yang dia buat or layan termasuklah dalam online.

7. Duit anda mula kering dan mula tiada masa disebabkan selalu membelanja si dia atau keluar dating. Atau mungkin juga membeli benda-benda yang dia recommend atau sedang miliki sebab wujud keinginan untuk miliki semua benda yang dia suka.

8. Bila keluar dengan kawan-kawan anda sudah tidak merasa enjoy dan fun anymore. Asyik terbayang saat indah bersama si dia je. Lama-kelamaan anda hanya akan keluar bersama si dia saja. Tidak melayan lagi ajakan rakan.

9. Mula rasa bersedia untuk komited pada hubungan dengan si dia.. contohnya tiba-tiba dah bersedia untuk kahwin walaupun anda dikirakan masih mentah dan belum stabil dalam hidup. Mula berfantasi namakan future anak dan sebagainya.

10. Mula hilang perasaan pada orang lain.Walau setampan atau secantik, seseksi mana orang tu anda tidak endah. Anda jadi seolah buta dan hanya si dia je yang hebat, cantik, menarik dan memang da bomb!

2 Responses to Tanda dilamun cinta a.k.a sedang ANGAU!

  1. Adinda Atie
    February 12, 2009 at 2:43 PM
    diam r
    shhh
    wkakakakakaka suke2
    i angau
    wkakakakkaaa
  2. Corey
    February 12, 2009 at 2:44 PM
    hehe terasa ke.. kebetulan aja dong..cinta is universal feeling :P