Posted on Sunday, February 15, 2009

Chain SMS



Fuhh akhirnya berakhir juga Valentine's day. Barulah handphone aku boleh rehat sket.
Kalau tidak asyik dapat sms chain mail Valentine yang berbaur ugutan jika tidak disebarkan ke 10, 20 orang or so. Pulak tu membazir lagi sebab kena forward to 10, 20 orang. Kalau suruh hantar to 100 orang tak ke nayaaa..

Email aku pun sama..dah penuh dengan junk-junk chain mail ni. Nampak je such topic in subject aku delete, malas nak baca sebab dah tau dah apa contentnya.

Aku tak nak la paste any of those sms or email sebab nak menjaga hati kawan-kawan aku. Takut nanti ada yang terasa atau tak puas hati.Aku pun bukannya perfect, pernah juga rasa phobia bila sesuatu kebetulan berlaku, so I included myself in this topic.

Kita teruatamanya kaum melayu memang cepat cuak bila menerima chain email/sms sebegini. Cepat sangat menyerah dan gentar pada unknown things. We feel obligated to comply to these chain sms sebab utama bukannya percaya tapi just for the sake of our peaceful mind.

Minda kita memang powerful, sometimes kalau kita fikir sangat benda negatif tu, ia akan attract negative energy, eventually bad things yang kita takutkan sangat tu maybe akan terjadi so dari situlah selalunya akan tertanam tekad dalam diri kita untuk terus melayan all these such nonsense to avoid anymore consequences.

Dalam tak sedar jika kita takut bila menerima sms sebegini seolah kita menidakkan qada' dan qadar yang menjadi teras hidup dan still fall victim to the valentine's day trick walaupun sebelum ni bertekad konon tak mahu celebrate.

Even kita tak membazir beli bunga or chocolate ke yang sememangnya melampau harganya pada hari tersebut tapi kita still contribute to valentine's pembaziran dengan menghantar bulk sms tersebut. satu sms dah kena hantar 10,20 orang kalau dapat 10, 20 sms lagi camne? tak ke gila tu..

0 Responses to Chain SMS